January 24, 2011

Khurafat Mantap Dalam Banyak Hal...

Firstly, ni bukanlah review, ulasan atau komen terhadap filem terbaru karya Syamsul Yusuf! Sekadar pandangan dan juga pemerhatian aku terhadap respon peminat dan penonton filem tempatan kepada filem ini setelah lebih seminggu ia ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara. Rata-rata ramai pihak yang menyukai dan menyokong serta berpuas hati akan filem Khurafat sebagai sebuah karya yang unik dan lain daripada yang lain. Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir (mungkin juga ramai) pemerhati, penonton dan bloggers yang me’ngondem’ filem ini sebagai karya yang cliché, tak seram langsung dan lakon layar yang tak berapa nak mantop!

Tanpa aku sedari, sejak karya Syamsul yang pertama lagi diterbitkan di layar perak, aku belum pernah ‘miss’ menonton filem-filem beliau. Aku boleh katakannya sebagai suatu kebetulan! Atas satu sebab yang paling utama… tidak pernah terlintas mahu menonton BOHSIA: Jangan Pilih Jalan Hitam! Ini semua gara-gara teman kuliahku yang beria-ia sangat mahu menontonnya. Selain daripada itu, TIADA! Semuanya diatas kehendakku sendiri…

Untuk KHURAFAT, Syamsul aku boleh kirakan sebagai berjaya membawa ‘mood’ thrill, seram dan sayu. Mungkin sahaja aku tak berperasaan sedemikian rupa ketika menontonnya kerana terlalu banyak membaca reviewnya sama ada di akhbar atau ulasan bloggers di internet sehinggakan mengetahui pengakhiran cerita filem ini. Terlalu banyak spoilers dalam blog-blog yang aku baca! Tetapi ada satu hal yang mengejutkan aku diakhir cerita ini… tatkala Johan tersedar dari komanya! Plot ini langsung tiada dalam benak dan jangkaan aku… inilah satu-satunya ‘surprise’ yang aku dapatkan dalam filem ini. Yang lain, kebanyakannya telah aku ketahui dari awal cerita (menyesal baca review banyak sangat).

Aku tidak mahu mempersoal sesetengah hal yang giat dibangkitkan oleh sesetengah bloggers tentang “kenapa hospital tak bayar bil elektrik?” lantaran terlalu banyak scene malam di hospital yang gelap semacam je untuk menaikkan mood seram, “kenapa Syamsul mengenepikan realiti semata-mata mahukan GELAP sebagai elemen utama dalam penyampaian mood seram?” dan “kenapa Syamsul mesti berlakon dalam setiap filem yang diarahkannya?”…. Semua hal ini bukanlah menjadi keinginanku untuk berkata-kata tentang Khurafat! Sebabnya, tidak aku rasakan semua itu mencacatkan jalan cerita yang ‘genuine’ dari Syamsul. Bagi yang meminati filem-filem terbitan MIG, sudah tentu mereka tidak akan mengharapkan sesuatu yang lebih baik kerana pengarah-pengarahnya bukanlah diiktiraf dari kalangan yang terbaik. Melainkan mengharap hiburan kosong semata dan mungkin juga mengharapkan lambaian tangan hantu yang mahu menerkam mangsanya. Makanya, apabila filem Khurafat ‘released’, para penonton mengharapkan itu, tapi tidak ada pada Khurafat!

Susunan plot yang menarik dan suspen antara sebab mengapa Khurafat harus ditonton di layar lebar… iringan dan alunan ‘signature tune’ yang sesuai dengan scene memantapkan lagi emosi dan keinganan penonton untuk terus menonton… terkadang kita perlu mengenepikan realiti tatkala berfantasi. Antara alasan yang cukup kuat untuk menjawab “mengapa Johan sanggup mengendong jenazah Ana dalam hutan, sedang temannya yang terkorban ditinggalkan! Walau apapun alasannya, pemahaman plot adalah diatas kebolehan penonton untuk menghadamnya sendiri, kerana terlalu banyak tafsiran (mungkin dua atau tiga) dan juga kemungkinan yang boleh diolah mengikut perspekstif penonton.

Tapi sayang, ada satu scene yang aku rasakan Syamsul tidak terfikir untuk lakukan untuk menambahkan satu lagi kejutan di saat-saat akhir sebelum tersedarnya johan dari komanya. Ketika Johan meratap mayat yang terbuju kaku yang disangka jenazah ibunya, SEPATUTNYA, shot kejutan boleh ditambah dengan menghalakan pandangan kamera ke arah ibu dan Aisyah (yang sedang bersimpuh meratap sedih kepadanya) terlebih dahulu sebelum melihat kepada wajah jenazah yang sebenar! Ini kerana, apabila penonton disedarkan dengan kenyataan bahawa ibunya masih hidup, siapa pula yang mati?!!! Kenapa shot ini perlu? Sebab apabila penonton membayangkan wajah Fauziah Nawi sebagai jenazah terlebih dahulu, “face matching’ dalam satu shot (shot wajah Johan dalam kafan) yang singkat agak sukar diterjemah oleh penonton (membuatkan orang berkata “aik? Ni mayat sape pulak?”). Wajah Johan bertudungkan kafan tidak jelas, hampir sahaja penonton menyangka itu bukan Johan. Ini membuatkan elemen kejutan terlambat dan boleh jadi gagal sama sekali!

Bagi aku, Syamsul membawa kesegaran dalam filem-filem beliau. Kesegaran yang macam mana? Yang pertama, aku suka dari segi shot dan teknik penggambaran yang dijalankan. Yang kedua, skrip dan storyline yang semakin mantop! Untuk hal yang kedua…mungkin sahaja banyak lagi ‘improvement’ yang boleh dilakukan… penonton kini pandai menilai dan mahukan sesuatu yang bersahaja dari lontaran dialog pemain-pemainnya. Walaupun begitu, ia tak membawa kecacatan apapun selagi para penonton dapat menerimanya tanpa soal jawab!

p/s: sekadar pendangan peribadi...mahu tahu, tontonlah sendiri!

Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.