February 1, 2011

Astro First...to Exploits!

Salam 1 dunia!

Disebabkan aku agak 'concern' dengan industri perfileman negara dewasa ini, tergerak pulak aku mahu berbicara tentang isu yang agak 'significant' dengannya...Astro First! Telah umum mengetahui fungsi dan perkidmatan terkini yang ditawarkan oleh stesen TV satelit tersebut dengan menyiarkan filem-filem tempatan yang baru masuk panggung setelah dua minggu ditayangkan di pawagam... Terdapat beberapa perspektif yang muncul sama ada positif atau negatif daripada para penggiat seni tanahair khususnya penerbit-penerbit filem. Ada yang mengatakan bahawa mereka khuatir dengan adanya perkhidmatan ini di Astro, ia akan mengganggu kutipan tiket di pawagam-pawagam berikutan filem yang disiarkan sedang aktif ditayangkan dipawagam dan ada pula yang menganggap bahawa Astro dapat membantu pihak penerbit sekiranya  sesebuah filem itu tidak mendapat sambutan di pawagam serta memberi alternatif lain kepada penonton untuk tidak membeli CD/DVD cetak rompak...

Walau apapun alasannya, aku berpendapat bahawa, Astro tidak salah dengan menawarkan perkhidmatan yang sedemikian rupa dan para penerbit filem tempatan pun tidak perlu risau atau khuatir dengan adanya isu ini. Walaupun kementerian sudah menetapkan skim wajib tayang (dua minggu tayangan) kepada pengusaha-pengusaha panggung, ia adalah suatu KEBEBASAN yang terletak pada bahu pihak penerbitan filem sama ada mahu setuju atau tidak filem-filem mereka disiarkan di televisyen! Maksud aku, tiada akta yang mewajibkan sesebuah filem itu harus disiarkan di kaca TV selepas dua minggu ia ditayangkan di pawagam. Makanya, jika pihak penerbit merasakan filem mereka masih berpotensi menjana kutipan yang memberansangkan di layar perak selepas dua minggu tayangan, tidak perlulah mereka membenarkan pihak Astro menyiarkan filem mereka atau menolak sahaja wang royalti yang ditawarkan oleh Astro!

Ini semua juga terpulang kepada keyakinan penerbit untuk memasarkan filem-filem mereka di ruang yang lebih besifat dua hala...kepada penerbit yang optimis bahawa penyiaran filem di TV dengan masa singkat tidak akan menjejaskan kutipan tiket, nah, itu hal mereka! Untung rugi sesebuah filem bukan sahaja terletak pada nilai eksklusif atau status 'box office' yang diraih tetapi dipengaruhi jugak oleh sentimen peribadi penonton yang mahukan kepuasan menonton tidak mengira medium mana yang mereka pilih! Memang benar nilai eksklusif sesebuah filem itu adalah selama mana ia tidak ditayang di televisyen dan selama mana ia tidak boleh dimuat turun di Internet, tapi nilai eksklusif jugak akan terus hilang jika ia tidak ditonton dan kualiti filem tersebut memang berada di tahap yang HAMPAS! Dalam hal ini, tiada pihak yang harus dipersalahkan... jika Astro mahu meneruskan perkhidmatan ini juga tiada salah, jika penerbit tidak mahu filem-filem mereka disiarkan di TV sekalipun tiada salah...semuanya TERGANTUNG!

p/s: tiada apa yang perlu dirisaukan...semuanya duit jugak!

Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.