Kala ini, terdapat banyak filem yang dihasilkan di atas kejayaan filem yang lain. Peribahasa Inggeris 'reinventing the wheels' sangat ketara apabila melibatkan jalan cerita yang seakan sama dan seperti dibuat semula. Bukan disebabkan oleh kekurangan idea segar, tetapi lebih kepada mencari jalan selamat. Namun begitu, tidak sedikit pembikin filem yang berjaya memanfaatkan cerita asal yang 'pecah panggung' ini kepada interpretasi dan gaya penceritaan yang tampak OK malah mungkin lebih baik!
Apa yang aku maksudkan sebagai filem-filem murni adalah filem yang tidak hanya 'tangkap muat' tapi juga bermaruah dalam menyampaikan naskhah berkualiti dan punya jiwa. Berikut adalah filem-filem pilihan yang boleh aku kategorikan sebagai filem kacukan yang bermaruah (sebelah kiri); Kesemua enam (6) filem di bawah membawa premis cerita yang berbeza secara total tetapi mempunyai idea yang tipikal dengan filem sebelumnya (sebelah kanan).
1. Arrival v Interstellar
Arrival (2016): Teka-teki 3000 tahun (alien language pattern) diselesaikan dengan watak Dr. Louise Bank yang boleh melihat masa depan (halusinasi).
Interstellar (2014): Teka-teki anomali (dust pattern) diselesaikan oleh Dr. Brand yang dibantu oleh bapanya, Cooper yang terperangkap dalam ruang masa depan (tesseract).
2. Fan v The Terror Live
Fan (2016): Gaurav Chadana mendesak permohonan maaf daripada Aryan Khanna akibat penghinaan melampau walhal dia adalah seorang peminat 'kipas-susah-mati'nya.
The Terror Live (2013): 'Culprit' mendesak permohonan maaf daripada pemimpin tertinggi negara itu akibat pengabaian pekerja kontrak yang mati lemas ketika proses pembinaan jambatan.
*Aftermath (2017): Filem lakonan Arnold Schwarzeneggar ini juga punya idea yang sama, kemaafan atas sebuah kekhilafan. Diinspirasikan dari kisah benar pertembungan dua pesawat penumpang.
3. Drishyam v Perfect Number
Drishsyam(2015): Seorang bapa yang gemar menonton filem suspen thriller memanipulasi fakta benar sebagai umpan kepada bukti alibi oleh pembunuhan tanpa niat ke atas anak pesuruhjaya polis.
Perfect Number (2012): Seorang guru matematik yang memanipulasi fakta benar sebagai umpan kepada bukti alibi oleh pembunuhan dengan niat ke atas bekas suami jiran sebelah.
*Sila klik imej untuk melihat persamaan antara mereka!