Showing posts with label Memoirs. Show all posts
Showing posts with label Memoirs. Show all posts

March 13, 2017

Proton Iriz: RM200 untuk 1000km?

Genap sahaja hari ini (41 hari), tamatlah sudah eksperimen secara terperinci aku terhadap penggunaan bahan api (FC) untuk mobilku, Proton Iriz. Bermula dengan kenaikan harga (RM2.30/l) bahan api sejak 1 Mac 2017 yang lalu, tekadku memerhatikan setiap digit yang berubah pada panel digital papan pemuka. Bagi mengasingkan perbelanjaan seharianku dengan kos bahan api kenderaan, aku telah meletakkan sejumlah wang tunai sebanyak RM300 ke dalam kotak simpanan sebelah pemandu sebagai anggaran maksimum sebulan. Atas sebab yang tak dapat diduga, aku terpaksa mengeluarkan sebahagian daripadanya (RM100) untuk kegunaan pelbagai (miscellaneous cost). Maka tinggallah cuma RM200. Isian berperingkat adalah seperti berikut;

RM60+RM50+RM60+RM30=RM200

Berikut adalah faktor-faktor yang memungkinkan FC pada capaian per 1000km;

A) Ujian malar:-
1-Pemanduan bandar

B)*Pembolehubah:-
1-Petronas RON95
2-Tayar & rim standard
3-1.6 Transmisi Manual
4-Potent Booster: Sport level 1
5-Minyak pelincir: Sintetik penuh
6-Penapis udara Works Engineering 

*Faktor-faktor yang mempengaruhi ujian malar.

January 3, 2017

Hidayah itu Bukan Diberi, Tapi Dicari!

Credit to Sarah Hani

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ ٨:٥٦

“Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”. [Al Qashash/28 : 56]


Berdasarkan petikan di atas, secara literalnya aku menyangkal cakap-cakap Tuhanku. Betapa tegarnya. Bukan bermaksud membolak-balik atau menafikan hakikat, justeru aku ingin menyapa diriku sendiri. Terkadang aku merasa bahawa hidup itu harus ikut aturan. Tanpa aturan, manusia 'mati'. Sungguhpun jalan hidup sudah tertulis, pada akhirnya kita juga yang memilih. Bukan semua orang mampu menerima idea ini, bahkan tidak sedikit yang menafikannya.

Ceteknya otak manusia lalu bersoal dia tentang pilihan. Mengapa harus memilih sedangkan semuanya telah tertulis, telah bertakdir! Maka dia harus ingat akan suatu hal, memilih untuk tidak memilih juga suatu pilihan. Mana mungkin manusia tidak punya pilihan sama sekali. Sungguh, apabila manusia tersesat lalu dia berserah, harapannya menemukan petunjuk. Walhal, hanya berdiam diri tiada berbuat apapun. Ikhtiarnya cuma memohon doa. Habis doanya di rasakan percuma, dia berdoa lagi. Memangnya doa itu senjata orang Mukmin, tapi apa maknanya senjata tanpa ilmu.

Aku berpegang kepada prinsip hidayah itu dicari tentu sekali punya alasan yang besar. Sebesar rahsia-Nya. Mengapa dan bagaimana? Mengapa harus mencari HIDAYAH? Ini tersangat gampang aku jelaskan. Contoh. Manusia mencari kerja kerna mahu menyara hidup. Tidak kira gajiannya itu besar atau kecil. Pokoknya, dia dapat terus hidup dan dia perlu berbuat sesuatu untuknya. Mengapa aku menyamakan wang gajian dengan hidayah? Bukannya gajian dengan pahala? Sebabnya, gajian itu adalah petunjuk untuk hidup dan hidayah itu petunjuk untuk syurga.

Dan aku tinggalkan persoalan 'bagaimana' kerna itu bukan sekali milikku. Bukankah Allah berkata hidayah itu diberi kepada yang Dia kehendaki dan yang mahu menerima petunjuk? Nah, ini sekaligus menjawab mengapa kita harus dulu mencarinya (hidayah). Kalau difikirkan, mengapa tidak Tuhan menebarkan hidayah-Nya kepada semua umat manusia? Tanpa Dia memilih. Ia tidak datang tanpa dicari. Maka jadilah kamu antara orang-orang yang dipilih serta dikehendakiNya!


- والله اعلم -

September 17, 2011

Cinta & Anugerah!



Salam Lebaran yang belum habis lagi...korang layan dulu lah klip ni, lama giler dah aku tak post something kat sini...bapaklah!!!

December 30, 2010

Angkatan Baru: Aswad & Aalia

 MERUAhad, 21 November 2010 - Jam sudah lewat 10.30 pagi, aku baru hendak terhegeh-hegeh menghidupkan enjin kereta. Janji untuk bertemu muka dengan teman lama dekat Stesen Komuter Rawang sudah tidak kutepati. Mujur trafik dari Serendah ke Rawang pagi ini tidak termakan begitu banyak waktu. Kurang 15 minit perjalanan, aku sudah mula mencari-cari ruang parkir di stesen. Begitu membeli top-up dan tiket, terus sahaja aku mendail satu nombor bertanyakan keberadaan si teman. Lantaran yakin dia masih menunggu, aku pun melengahkan langkahku ke platform berlepas. Sebaik desingan roda besi kedengaran, talian panggilanku bersambung. Adoilah… dia sudah berlepas bersama bunyi desingan tadi, aku yang terlepas!

Mahu tidak mahu, terpaksalah aku biarkan dia menunggu lagi… haha… mujur selang beberapa detik kemudian, tren ke laluan Bangi menerobos ke platform. Terasa lega di hati kerana tidak perlu membiarkan si teman tadi menunggu lama dekat Stesen Putra. Hanya terlewat beberapa stesen di belakang. Begitu tren berlabuh di jeti Putra, aku pun dengan cepat menghayunkan langkahku menaiki dan menuruni tangga sambil melilau mencari kelibat seseorang. Sampai di suatu sudut pejalan kaki, dari jauh mata rabunku mula menangkap susuk tubuh yang amatku kenal. Saat itu dia sedang duduk berduan dengan seseorang di anak tangga-tangga. “Assalamu’alaikum!”… Laungan salamnya itu aku sapa baik-baik. Sudah agak lama tangan ini tidak berjabat dengannya… Agaknya sudah lewat satu tahun… Ya, yang disampingnya itu tiada lain dan tiada bukan, isteri tercintanya… Ustaz Azri Kaharudin a.k.a Along!

Usai bersapa-sapa dengan Ustaz Along dan isteri, ternyata jentera putih saga milik G-jol sudah tercegat di bahu jalan. Seperti yang telah dirancang, G-jol datang menjemput kami dari tempat kerjanya untuk terus berangkat ke Klang. Kebergantungan kepada Mr. GPS ternyata hambar lantaran sel keringnya yang sudah benar-benar kering! Dengan berpandukan pelan yang sudah terlakar pada lembaran jemputan ke walimah anak Wak Othman, nekad kami menyelusuri lebuhraya yang sudah terbentang fatamorgananya. Kunjung sampai atau tidak, sekurangnya telah kami ikhtiarkan. Alhamdulillah… tidak kami menyangka perjalanan yang agak jauh itu tiadalah sesukar yang dijangkakan. Lorong demi lorong kami lalui, buah demi buah kami santapi, mana tidaknya, bermula dengan Jln Jambu, kami merentasi Jln Limau, Jln Durian, Jln Kopi, hingga ke Jln Rambutan…akhirnya pelusuk yang paling hujung itu kami temukan. Kurang lebih jam 12.30 tengah hari kami berlabuh…

Bagai pesta orang-orang yang membuat keramaian, riuh sekali! Kami melangkah masuk ke dalam keramaian yang bertemakan ‘keADILan’ itu. Sambil didendangkan penyampai radio ‘kampung’, orang-orang menyantap dengan penuh lahap. Sekali-sekali didodoikan muzik-muzik ‘Cinta dan Anugerah’ rasanya enak di pendengaranku… Yang ditunggu belum sampai, kataya masih bersiap-siap di teratak yang satu lagi, kurang lebih 30 meter dari tempat ini… Seperti episod-episod Angkatan Baru yang sebelum ini, aku dan G-jol cubalah mencari-cari kalau-kalau terdapat kelibat orang-orang yang kami kenal… namun kehampaan jua yang kami temukan… mungkin juga masih terlalu awal… :) makanya aku dan kawan-kawan melantak mana yang harus dahulu. Tidak sampai tujuh kali suap, paluan kompang terdengar gemersik dari hujung sana. Orang-orang mula berdiri-diri dan terjengah-jengah mencari sesuatu, tidak terkecuali aku dan kawan-kawan. Tanpa menghiraukan keenakan nasi minyak yang sedang aku santap ketika ini, saat itu juga aku menyambar ‘senjata’ merbahayaku… meninggalkan hidangan yang masih bersisa di pinggan!

Langkah kaki aku cepatkan dengan harapan tidak terlepaskan buruan. Sasaran aku amati dan aku tilik dengan saksama… belumpun aku melepaskan tembakan, terlihat aku mangsa telah ber‘darah’ dari jauh…. Merah menyala-nyala! Sedang aku membidik sasaran, ia masih tegak dan diam… ternyata bidikanku tidak menakutkannya, malah dengan sempoinya dia melemparkan senyuman yang sukar dimengertikan bujangan sepertiku… seorang lagi temanku yang ke gerbang perkahwinan November ini… Mohd Aswadillah Bin Othman bersama pilihan hatiku… eh silap… pilihan hatinya… Nur Aalia Diyana Bt. Khaini, yang juga junior sefalkuti denganku di UiTM Shah Alam… haha:P Diiringi paluan kompang a.k.a tabla, pasangan pengantin laki-laki melangkah dengan begitu perlahan dan saksama, menantikan pasangan masing-masing yang diseberang sana! Ya, ‘2 in 1’!

Aswad merupakan teman sekelasku saat ditingkatan satu, 12 tahun yang lalu dan juga teman satu dorm ketika aku ditingkatan lima dekat  asrama dulu. Banyak hal yang kami kongsikan bersama saat-saat SPM dulu… alahai kenangannya! Di suatu sudut adalah hal-hal yang lalu itu usah dikenang, tapi apalah kiranya kalau hal-hal itu yang hanya membuat orang-orang mabuk dan senyum sendiri. Bukankah itu lebih baik dari menduga-duga masa hadapan..? Aswad… apa yang aku ingat pasal dia ya? Oh ya… dia merupakan ex-santri (pelajar agama) di pesanteren (ko mondok kat mane ye?):) sebelum melanjutkan pelajarannya di sekolah menengah bersamaku. Sedia maklum pelajar pondok seperti dia pernah giat menghafaz al-Qur’an. Suatu hal yang membuat aku cemburu pasal Aswad, dia… kalau menghafal teks-teks pelajaran… pergh… memang laju! Kecepatan memuat turun dan menyimpan fail sememangnya mengagumkan aku… Tapi mungkin juga tidak ramai yang memaklumi kebolehan Aswad yang satu ini.

SEMPOI… peminat setia telenovela Rosalinda ini juga pernah digelar ‘sempoi’ dikalangan teman seangkatan dengannya. Sejauh dan seluas mana gelaran ini bertahta di hati orang-orang, aku juga tidak tahu! Sebabnya… gelaran ini digunakan secara ‘underground’ dan dijual beli dalam pasaran gelap sahaja! Ada apa dengan sempoi? Mungkin ada yang bertanya-tanya tentang hal ini… bagi menjawab persoalan tersebut, aku telah menemubual seorang respondan dan beliau telah menjawab pendek sahaja… “Aswad, kalau pegi prep pakai pagoda dengan kain pelekat jer!”:P haha… Usai SPM, Aswad……(panjang ceritanya).

Hampir empat tahun berkecimpung berhempas pulas memerah keringat sebagai …………. di UiTM Shah Alam, Aswad tanpa menduga pertemuan yang sebentar cuma membawanya ke jinjang pelamin… melalui seorang yang dia cukup kenali, jodohnya begitu dekat dengannya…:) selanjutnya, ikuti temubual eksklusif berikut bersama wartawan Chauntique…:P

Chauntique: Bagaimana anda mula mengenali pasangan yang kini menjadi suami/isteri anda?
Aswad: MIMPI.
 Aalia: MAMA.

Chauntique: Siapa yang memulakan perhubungan istimewa ini?
Aswad: MAMA.
Aalia: MAMA MEMPERKENALKAN ASWAD. BARULAH ASWAD MEMBERANIKAN DIRINYA MEMULAKAN PERHUBUNGAN.

Chauntique: Bagaimana anda begitu pasti si dia yang pantas menjadi suami/isteri anda?
Aswad: SESUAI DIJADIKAN ISTERI DAN SERASI BILA BERSAMA (KAMCING).
Aalia: DAPAT RESTU DARI IBU BAPA.ASWAD MENUNJUKKAN KESUNGGUHANNYA UNTUK MENJADI SUAMI,KAWAN YANG IKHLAS DAN MENERIMA DIRI SAYA SEADANYA.

Chauntique: Apa yang membuatkan anda tertarik pada si dia?
Aswad: KESETIAN, KEIKHLASAN DAN KENAKALANNYA!
Aalia: HORMAT ORANG TUA,SOPAN SANTUN BAIK DAN PENYABAR.

Chauntique: Apa yang anda harapkan daripada seorang suami/isteri bagi menjalani kehidupan rumahtangga yang ‘mawaddah wa rahmah’?
Aswad: SUSAH SENANG SENTIASA BERSAMA DUNIA AKHIRAT (AMIN).
Aalia: MENJADI PEMBIMBING,KETUA YG ADIL, MEMBERI KASIH SAYANG SEPENUHNYA DAN YANG PALING PENTING SETIA DENGAN ISTERINYA...
 
TERIMA KASIH 
-A&A-
 

p/s: Aswad dan Aalia...Semoga berbahagia hingga hujung nyawa!
 

November 7, 2010

Angkatan Baru: Ihsan & Safiah

 
KUALA LUMPUR: Ahad, 7 November 2010. Nyaris sahaja tiada bertapak jejakku ke pekan Yap Ah Loi hari ini. Nyaris juga tidak menyaksikan dua sejoli mengibaskan sayap putih gemerlapan bak sang permaisuri menurutkan titah rajanya di balairung. Sudah habis ikhtiar aku kerjakan, mencari-cari di laman sosial juga tidak kutemui. Bertanya sana dan sini, namun, tiada yang membalas sependapat denganku untuk mengabulkan perutusan raja sehari Mr. & Mrs. Razin. Perkhabaran aku terima buat yang pertama kali hanya beberapa siang yang lalu. Olehnya Hakim a.k.a Cat disampaikan kepadaku. Hampir sahaja salam angkatan baru sahaja aku titipkan… cuma berubah menjenguk sementelah mendapat panggilan harapan dari temanku, G-jol. Bersama memperkenan jemputan sahabat lama. Sahabat yang punya kependekan nama ‘cuak’ disamping teman-teman seperkolahan dahulu kala.
Tepat jam 11 dini, usai membelek surat khabar yang baharu dilanggani abah, aku terus melompat ke kamar mandi membersihi diri. Puas menyisir rambut yang kononnya ikal mengurai dan membalik-balik diri di depan kaca bayangan, cepat-cepat aku memecut jentera Suzukiku ke perdesaannya G-jol dekat Sg. Kamin, Ulu Yam. Demi memeterai janji berpergian bersama. Menyelusuri puakanya Sg. Tua! Berbekalkan Uncle GPS yang serba serbi tahu itu memandu kami berempat. Anak dan Puan G-jol pun turut serta. Alhamdulillah, telah sampai kami ke destinasi walau sedikit tersasar. Tibanya kami disambut manik-manik dingin wasiat mendung. Mujur telah sampai ke muka dewan, seperti mana dinyatakan di atas jemputan.
Orang-orang mulai menyesakkan ruang-ruang dalam dewan. Tapi masih juga tidak payah menerobos ke celah-celah kerabat itu. Ada yang mengobrol-ngobrol, ada yang berjabat, ada juga yang berkucup pipi. Tidak kurang yang asyik tersenyum mempelawa jempetun-jemputan yang bertandang. Hingar-bingar terdengar disana dan disini layaknya seperti walimah yang diketahui ramai orang-orang sebelum ini. Dari satu meja kepada sisi meja yang lain, sesungguhnya tidaklah kami temukan kelibat-kelibat orang-orang yang kami kenali di meja sekolah dahulu kala melainkan junior-junior yang jelasnya teman-teman sebaya dengan Si Safiah itu satu meja olehnya berkumpul. Begitu kami melewati perkumpulan itu, hanya jabat salam dan simpul senyum yang mampu aku lakukan. Mengingat dan menyeru nama mereka itu nyata sekali bukan keahlianku sedari dahulu lagi. Hatta ada yang diantara mereka itu berjabatan pengawas sekalipun. Sekadar bersapa-sapa muka sahaja sudah aku fikirkan cukup.
Mujur juga angkatan baru itu kami dahului. Demi menunggu susuk-susuk yang bakal jadi soroton ramai itu nanti, aku, G-jol, isterinya, anaknya mengerjakan seperti apa yang sepatutnya dikerjakan orang-orang yang sesak itu, melahap nasi minyak! Bukan tiada menjadi kebiasaan orang-orang bila menghadiri keramaian seperti itu. Demi memberi izin tetamu yang lain menjamah hidangan, eloklah kiranya kami mengundurkan diri keluar dewan sahaja, sambil mengasap tembakau sepuntung dua. Dan demi tidak melepaskan ‘moment’ ketibaannya dua sejoli itu, kami gagahkan juga menunggu. Hendak dikatakan lama tidak juga, hendak dikatakan sekejap pun tiadalah ia sekejap. Sejurus, jentera jenis Honda City memasuki perkarangan depan dewan. Orang-orang pun bersorak riuh. Laungan selawat dan paluan kompang jadi tanda ketibaan raja dan permaisuri yang tampak disulam bahagia itu. Selain menjadi tatapan lensa yang tidak sedikit.

Si Ihsan, seperti lagaknya yang dulu-dulu, tidak ubahnya macam satu dekad yang lalu. Saat jadi teruna pingitan dan teman sepermainan serta sepergurauan di meja asrama dulu, popular dia dengan sifat malu yang ter‘cuak-cuak’ mendampingi Sang Permaisuri hatinya. Wahh…! Aku jadi teringat pula zaman-zaman asyiknya Si Ihsan mengenali Si Safiah. Bila ditanya mati tidak mengaku. Padahal si posmen kelasnya Safiah itu pun aku kenal haha… Ihsan…Ihsan… bukan main selindungnya dia berkirim sayang dan rindu. Tapi tidak mengapa wahai sahabat, Allah sudah simpulkan rindu dan sayang kalian jadi cinta yang halal bagi kalian berdua. Disaksikan banyak orang-orang, sanak saudara, kerabat famili, handai taulan…

Si Ihsan,
Nakhoda bahtera sang cinta,
Tebarkanlah layar cintamu seluasnya,
Kemudilah ia elok-elok,
Janganlah pula tersadung karang,
Sebab ombak itu bermacam-macam…

Si Safiah,
Bayu laut yang terkadang dingin terkadang hangat,
Hembuskanlah hawa dingin dan hangatmu elok-elok,
Biar terbawa bahtera kemana-mana,
Asal tiada sesat di tengah lautan,
Sebab ombak itu bermacam-macam…

“Apa guna kawan ratusan berbilang? Kalau sorang pun tak dapat datang” – Warta Facebook
p/s: sekalung tahniah buat korang berdua… Selamat Pengantin Baru :’)

November 3, 2010

The Hamka's Seeker

Susah betul aku nak jumpe novel karya-karya Buya Hamka ni! Kurang lebih dua bulan yang lepas, aku ade beli satu karya die yang berjudul 'Di Dalam Lembah Kehidupan'. Buku ni bukan novel tapi lebih kepada kumpulan cerpen pendek yang semuanya berkisarkan cerita-cerita sedih dan kisah kemelaratan rata-rata manusia di dunia ni. Memang best! Tapi, macam biasa... aku belum lagi 'settle'kn lagi pembacaan aku.... baru separuh jalan...

Semalam, sejurus membeli tiket wayang (Enthiran), aku singgah-singgh kejap kat MPH Bukit Raja. Memang tak lain tak bukan, mencari karya-karya Buya yang belum lagi aku miliki! dari rak ke rak, dari baris ke baris, dari awek ke awek... tak jugak aku temui. At last, aku give up... aku tanya aje tukang toko buku itu. Rupe2nye... dieorang dah 're-sorting' balik rak buku-buku karya beliau. Adelah dalam dua tiga judul semuanya... tapi one of them bukan Buya punye, tapi anak beliau Rusydi Hamka! Alhamdulillah... Nasib baiklah salah satu drpd mereka itu, terdapat sebuah karya yang belum aku miliki... Tuan Direktur (keluaran Pustaka Dini)!

Entah ape kisahnya bukan menjadi soal tapi apa yang paling penting aku dah jumpe karya beliau yang belum ada dalam senarai koleksiku. Misi pencarianku ini sudah pasti belum lagi tamat... misi ini akan diteruskan sampai bila-bila insya'Allah... selagi aku tak menemukan semua karya beliau! yang tak berapa nak bestnye... aku sering menemukan 'pattern' buku yang berbeza-beza keluaran Pustaka Dini ini... maklumlah dari yang lama-lama sampai ke cetakan yang terbaru... design, saiz dan kulit buku memang lain-lain... mesti tak smart kalau susun kat rak buku aku kat rumah...:(

By the way, the contents much much more valuable than its covers! Aku memang 'recommend' la pembacaan karya-karya Buya Hamka ni kalau nak dijadikan sumber rujukan ilmiah dan jugak inspirasi hidup yang terapung tak hanyut, tenggelam tak basah! Setiap kali membaca pasti terasa kesegaran idea, falsafah dan pemikiran penulis disisi...full of exciting! dari helaian pertama sampailah yang terakhir...:)


Berikut adelah judul-judul Buya Hamka yang sudah aku miliki:
1) Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937)
2) Di Bawah Lindungan Ka'abah (1936)
3) Angkatan Baru (1942)
4) Terusir (1940)
5) Merantau Ke Deli (1940)
6) Keadilan Ilahi (1962)
7) Di dalam Lembah Kehidupan (1939)
8) Tuan Direktur (1961)


“Buku tidak salah dibaca walaupun penerbitannya sudah lama, kerana apa yang dinukilkan pasti saja ada gunanya untuk masa-masa yang bakal dilalui. Seseorang pengarang memerah otak dengan kebijaksanaan yang dianugerah Allah bagi menghasilkan satu karya yang baik”. (Dr. Shahrom TM Sulaiman)

 
p/s: semalam terjumpa pulak karya terbaru Kang Abik, BUMI CINTA (from the creator of best seller's Ayat-ayat Cinta & Ketika Cinta Bertasbih)

October 30, 2010

Illegal Cooking


Assalamu'alaikum w.b.t!
Photo album dapurku...
Kali ini teringin sekali aku berkongsi pengalaman aku sewaktu menetap di Kolej Jati kira-kira setahun yang lalu. Sewaktu menghuni Blok B di bilik berdigit 2611 (Laman Fitrah) secara solo. Aras 6 ini merupakan tingkat yang sudah lama tidak digunakan, cuma kebetulan dibuka buat pelajar-pelajar rayuan seperti aku. Senang cerita, sebab aku lambat sangat mendaftar kolej, dapatlah aku bilik-bilik yang paling tinggi (aras paling atas). Dan kebanyakan struktur Kolej Jati sememangnya secara keseluruhannya memiliki empat buah bilik di setiap aras. Sebenarnya, hendak dikatakan bilik juga tidak, sebab fizikalnya lebih kepada sebuah rumah yang memiliki tiga buah bilik didalamnya dan terdapat ruangan dapur. Ketiga-tiga buah bilik (satu rumah) ini sepatutnya diduduki oleh enam orang pelajar yang masing-masing dua orang sebilik. Namun, sedikit terasa malang apabila tiada seorang pun yang menduduki rumah itu selain aku... dari awal semester hingga akhir peperiksaan semester 4! Sungguhpun terdapat 'cerita' disebalik aras ini, aku rasa baik aku simpankan dahulu kisahnya buat entry yang akan datang insya'Allah...

Walaupun dihimpit dengan kesibukan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar ijazah, aku sangat gemar memasak bersendirian. Selain dapat berjimat, aku juga dapat mengasah deria masakan aku yang tak berapa nak tajam ini. Segala perkakasan dapur aku bawa dan beli sama ada yang halal ataupun yang haram dari perspektif pihak kolej. Asalkan dapat makan dan menampung kelaparan tembolokku seadanya. Memang seronok kalau dapat makan 'something' yang kita sendiri masak. Lagi best kalau dapat bagi kawan-kawan makan sekali. Nikmat yang tiada tolok bandingnya! Tak percaya, cubalah! Lagi mantop kalau kawan-kawan tu puji kita ni pandai masak. Walhal, benda-benda simple je...hahaha.... Yelah... kalau kat rumah tu dah memang jarang sekali nak pegang sudip dan periuk nasi. Semuanya serahkan pada yang pakar! Hehe...

Apa yang selalu aku masak? Disebabkan aku masih lagi dikategorikan seorang perawan... haha... isu lauk pauk ini bukanlah menjadi suatu hal yang merumitkan. Asal campak itu dan ini dalam kuali pun dah dikirakan beruntung! Biasanya nasi goreng lah... yang paling simple dan enak untuk dijamah oleh bujangan sepertiku. Selalu juga makan nasi putih bersama ikan goreng berlaukkan kicap manis cap kipas udang! Sayur? Paling senang sekali, tidak perlu digoreng atau ditumis, sememangnya yang jadi kegemaranku sejak sekian lama... Ulam Raja! Jimat masa, jimat tenaga, jimat minyak, jimat elektrik lagi berkhasiat... Mujurlah Kolej Jati ini begitu hampir dengan pasar basah Seksyen 6. So, tidaklah sukar untuk aku mendapatkan bekalan masakan yang aku dambakan hampir setiap hari.

Pada kebiasaannya, aku akan membeli empat ekor ikan dan dua ikat ulam raja di pasar. Ikan-ikan tersebut akan aku goreng sekaligus memandangkan tidaklah aku mampu menyeludup masuk sebuah peti ais utk menyejuk beku bahan makanan. Sekadar kais tengah hari makan tengah hari, sudah kais, makan malam sekali! Tidak hairanlah kalau sememangnya aku masak sekali sehari. Lagipun, yang tinggal di rumah itu hanya aku... tiada soal cukup ataupun tidak! Kadang-kadang terasa senang bila mana tidak ada seorang pun yang kisah tentang rutin seharianku. Ada rasa bebas yang bermukim di hati.... memanglah sunyi tapi apalah ertinya sebuah kesunyian itu tatkala aku sudah bertemankan desktop kesayanganku. Pasti hidupku tidak lagi terasa bosan malah lebih 'bising' dari yang berteman...:)
Photo album bubur 'cagung'...
Bercerita soal masak ini, aku jadi teringat pasal bubur 'cagung' yang pernah aku sediakan untuk teman sekelas dulu... masa tu pagi-pagi lagi seawal 7 pagi sebelum pergi kelas aku sudah berembang pagi ke pasar Seksyen 6 membeli jagung, santan dan cacar. Takut-takutlah kalau tak sempat nak bungkus dan bawanya ke kelas...haha...memang seronok masa ni!

p/s: kalau sesape nak resipi bubur cagung ni bolehlah request ye...hehe:P

October 26, 2010

The Beginning of the End

Assalamu’alaikum w.b.t. to all my dear readers!
Kemuncak hidup aku sebagai seorang pelajar UiTM berakhir petang semalam (16.15pm waktu tempatan). Segala penat lelah dan keringat yang dicurahkan bagi memproduksi sebuah karya agung berjudul “Cultural Dimensions towards Employee’s Performance: An Empirical Study in Malaysia’s Aviation Industry" berjaya di’submit’ kepada pihak-pihak yang berkenaan. Suatu kepuasan yang tiada peri jelas terlukis diwajah kacakku yang kian dimamah usia… Lantai dan dinding fakulti dipandang sayu sahaja petang itu. Entah perihal apa yang berkerut di dahi… Sebak seorang pencinta karya seni tempatan layaknya.
Menyelusuri ruang-ruang kelas juga pejabat-pejabat pensyarah mengembalikan memori suka dan duka dua tahun sebelumnya, saat baru menginjak ke bumi Shah Alam ini. Sungguh tidak aku sangka akan bertemu dgn Dr. Zaidi dalam perlangkahan ke bilik Pn. Suryana. Betapa ‘significant’nya pertemuan ini sehingga dia lupa akan aku sebagai pelajarnya dahulu di semester tiga… tidak mengapa asalkan aku yang tiada lupa akanmu! Masakan dia ingat padaku sedangkan dia punya puluhan mungkin juga ratusan pelajar dalam dua tahun ini. Walhal aku punya cuma beberapa pensyarah yang aku sendiri tidak upaya mengingat nama-nama mereka. Jasa dan tunjuk ajarmu menurunkan ilmu SPSS amat berguna sekali sehingga boleh pula aku membuka kelas-kelas tutor bersama teman-teman… terima kasih yang tiada tara buat Dr. Zaidi.
Juga atas bekalan Survival Manual milik Pn. Norlela yang dipinjamkan kepadaku sedikit sebanyak membantu aku dalam memahami konsep dan erti sebenar sebuah SPSS! Walaupun ada juga yang masih menjadi soal di dalam benakku yang berkarat ini… Terima kasih puan! Dan sudah tentu, buat teman-teman yang tidak jemu-jemu menghantuiku, bertanya itu dan ini, memberitahu itu dan ini, terima kasih daun pudina! Walaupun tidak sedikit yang tidak dapat aku bantu… maaflah ye… ruangan masa dan kudrat yang membatas ini sering sahaja jadi asbab ketidakberadaanku disamping kalian sepertimana yang didambakan… jutaan kemaafan dariku!
p/s: sessi penghargaan ini dirasakan lebih panjang dari yang project paper! Haha…

October 18, 2010

Viva Forever

Assalamu’alaikum w.b.t kepada semua para penyinggah blog aku ini!
Rasanya dah lama sangat tak update blog ni… (kata2 tipikal penulis blog dewasa ini) last two weeks were my busiest week of all times! Menyiap dan menyelenggara thesis suatu yang amat memenatkan… lagi2 buat yang baru belajar guna SPSS macam aku… maklumlah aku bukannya berpeluang mengikuti kursus SPSS kat Melaka macam sesetengah member tu… apepon aku cukup gembira  dan syukur sangat2 hari ni sebab viva untuk research paper aku pun dah bejaya aku tempuhi  pagi tadi… terima kasih buat Pn. Nor Lelawati dan Pn. Suryana selaku examiner aku hari ni… even we had little amendment today! Kene tambah research question pulak… Suryana said that I did a study in depth but there’s no research question regarding the depth! Terlebih sudah….
Buat teman2 yang masih dalm kemurungan, kegelisahan dan tekan menghadapi viva, ketahuilah olehmu, tiada ape yang perlu dirisaukan… ya… risau itu perlu tapi untuk sebulan yang lepas! Memang nervous jugak masa bagi evaluation forms kat examiners tadi… tapi bile dah berdiri kat depan, serta merta nervous aku hilang… bile dieorang respon bertambah yakin lagi lah nak menjawab… walaupun aku tak tahu sama ada jawapan aku tu memuaskan hati dieorang atau sebaliknye… moga2 saja dieorang pon paham denagn kondisi aku sendiri yang kurang jelas! Mana tidaknya, siap aku pulak yang bertanya… hahaha… what the…???
Hmm… minggu ni ade dua jemputan ke interview, moga2 antara mereka itu aku punye rezeki… aku dah tak kesah sangat dapat kerja ape… asalkan halal dan tidak melibatkan bende2 yang lagho secara langsung! Kalau secara tidak langsung itu aku rasa dah memang aku tak boleh elakkan… mesti ade punye! Apepon moga saje aku beroleh pekerjaan dalam masa terdekat ni… dah lama sangat menyusahkan mak bapak… bile lagi jasa mereka aku balas… kalau bukan sekarang dan selamanya! Ibu abah doakan sahaja anakmu ini…:’)
p/s: sempat jugak tengok Amalina Arifin menangis tadi…:)

October 12, 2010

Minona & Na'vi: The Matrimony

The Matrimony 2007 by D'Zunnur


This is my first 'ala-ala' serious music video...i guess, specially dedicated to Minona & Na'vi...enjoy it!

October 6, 2010

Souvenir of Remembrance

Assalamu'alaikum w.b.t and good days everyone!

 
Alhamdulillah… I just finished editing music video for Aidilfitri celebration at MAS Finance Division yesterday and only got chance to upload this on YouTube last night. Perhaps, this is a present or memento for everyone who involves in that particular event. Along with that, I’d like to justify infinity of appreciation and gratitude to Malaysia Airlines System Berhad for giving me such opportunities doing internship here…even for only a short four months and two weeks time!




This great great MTV is dedicated to all my friends and staffs at MAS Finance Division especially in Expenditure Accounting Department as well as Treasury Department during my practical training of final semester. Enjoy it!
p/s: please feel free to drop some comments regarding this MTV and please do share this Souvenir of Remembrance to all!:)

September 29, 2010

Ulau Melingkau Atas Pagau Besau

Assalamu'alaikum w.b.t my dear brothers and sisters!

Melaka, Bandaraya Bersejarah. Cukup bersejarah juga buat aku yang pernah menghabiskan entah berapa suku hayatku disini ketika berdiploma di UiTM Lendu. Sudah agak lama tidak bertapak di tanah ini, hampir berpasangan 365 mungkin. Tanah yang aku rasakan kering dan bahang ini. Entah apa jenis bayu yang bertiup dari selat itu... Waima bahana yang sekontang manapun tanah ini, aku cukup merindukannya... mahunya tidak, disinilah aku mencorakkan kembali hidup yang pernah tidak tentu aturnya dahulu... Alhamdulillah Tuhan mengizinkan aku bertapak lagi ke sini...

Dengan niat menyambung silaturrahmi, aku juga Irwan Saputra Ramzi a.k.a Raden (Pencinta Wanita wannabe) mengatur  perjalanan memenuhi jemputan Rumah Terbuka dua teman sekelas kami dahulu, Minona dan Naz, di Negeri Selepas Lapan! Alang-alang menyeluk saku, biar sampai ke pangkal ketiak! Terlanjur menjauh ke Selatan, aku kira tidak salah kalau langkauan kami diperjauh lagi ke Melaka... Bukan selalu beroleh peluang yang sebegini hebat... walhal tiga teratak cuma! Sepeninggalanku selama hampir dua tahun ini, banyak juga perubahan yang aku rasakan. Dari binaan arca penyambut di pintu Alor Gajah hingga ke binaan Tesco Cheng  yang serba baharu, landskap perdesaan ini dirasakan membentuk sedikit kelainan... Bertemu muka dengan kubah hijau Masjid Jamek Alor Gajah mengingatkan aku juga Irwan Saputra ketika bersewa-sewa di perumahan berhampirannya tatkala Ramadhan dahulu... Rindunya...

Iswara bapakku yang tidak berdingin hawa itu kian terasa peritnya... hanya mainan minda mempengaruhi titisan-titisan keringat yang kian berlecak dan bertasik itu! Dari Bandar Alor Gajar ke Bandar Melaka menuntut kesabaran yang cukup tinggi, masakan tidak dengan cuaca yang serba serbi gersang, lampu isyarat yang asyik bertandang, debu dan asap kenderaan yang merimaskan, membuatkan hati-hati kami kian penasaran menatap wajah Ain Mahat, gadis genit ala penjajah Jepun di Malim (bak kata Prof. Saaban)... haha... maaf kata andai berbekas dihatimu wahai Ain Mahat... sesungguhnya hanya gurauan semata! Alhamdulillah, kedatangan kami disambut mesra oleh lambaian serta  wajah tembam Ain dari celahan muka pintu... Salam bersahut, ikatan bertaut, sebelum memerut, mee goreng disedut!

Uniknya Tanah Melaka dihiasi dengan nama-nama desa yang catchy Alor Gajah, Lendu, Melekek, Durian Tunggal, Bukit Cina, Masjid Tanah dan tidak terkecuali Kg. Sungai Putat! Dimana tinggalnya jejaka Putat pujaan ramai (aku pernah juga berkira-kira kenalan perempuan yang sembilan ramainya), Mohd Hazmir Suboh a.k.a Tujut (Naib presiden JPM Cawangan KBM)! Pada hakikatnya tidak pernah aku melaungkan nama Tujut ini tapi nama ini tetap dalam ingatanku.Dan aku akan memanggilnya disini. Tujut merupakan sahabat sebilikku ketika diploma dahulu. Setiap petang Rabu menjelang, kalau punya kelapangan, pasti kami akan bersinggah menyantap cendol pulut dan pisang goreng (terkadang air kelapa) di tepi jalan bersama. Kebetulan semester berkenaan, tidaklah kami berdua punya kelas di sore hari. Aduhai, betapa nyamannya... sambil angin kenderaan yang lalu-lalang menyapa-nyapa tubuh kami... segala debu karbon monoksida tidak kami hiraukan, malah cendolnya terasa lebih enak dicicipi!

LANGKAH KANAN. Bukan sekadar menjalin wasilah di AidilFitri, kehadiran ke teratak Tujut yang dirancang saat-saat akhir ini disambut dengan rumah terbuka juga. Alhamdulillah… Cendol buatan bondanya Tujut turut jadi pembasah tekak kami, hanya cuma pulutnya hilang entah kemana… hehe… Ahh… segarnya! Khuatir akan tembolok yang padat (walaupun tembolokku tak sepadat Irwan Saputra), juadah kami santap seadanya… sekadar pelengkap acara memeriah suasana! Terima kasih buat Tujut serta famili pakcik beliau kerana sudi menerima tetamu yang jauh dari hulu ini…

Usai berpisah-pisahan salam, Desa Batu Berendam jadi lokasi berikut kami. Tempat ini juga jadi pernah jadi saksi keberadaanku di Tanah Melaka. Tempat dimana aku pernah melangsaikan cuti semesterku dan tempat dimana aku berteduh sedang aku bekerja sebagai server/roaster di Kenny Rogers Mahkota Parade dan contract operator di LIKOM suatu ketika dahulu. Walaupun sebentar cuma, keluarga ini tidak akan pernah aku luputkan dari ingatan. Mereka bagaikan sudah jadi sebahagian dari keluargaku jua, itulah dia Abdul Qayyum dan famili. Qayyum juga teman sekamarku seperti Tujut. Aku telah kenal benar dengan keluarga beliau, hanya cuma aku tidak kenal benar akan zaujah yang kini jadi sebahagian dari hidupnya… maklumlah sewaktu walimahnya dahulu pun aku tidak punya rezeki untuk hadir….:’) Malangnya kami tidak punya rezeki untuk bertemu muka lagi kali ini berikutan Qayyum yang punya hal di KBM (almaklumlah jadi Presiden JPM buat kesekian kalinya). Hanya bertemu di talian untuk beberapa detik! Kali terakhir berjumpa ketika dia menghadiri Konvokesyen Diplomanya di Shah Alam dan saat itu dia masih lagi bertunangan…:)

Sebaik jam empat kurang lima minit, kami memohon diri untuk beransur. Kami harus segera menjemput si genit Ain Mahat di Melaka Sentral untuk terus ke desanya Minona A’mar di Senawang. Sebaik menyelusuri lebuhraya di Ayer Keroh, hujan lebat turun menimpa-nimpa! Kabus dan gerimis tebal sepanjang perjalanan menhalau fatamorgana yang sedari tadi membahang. Mungkin ini juga hikmah terbesar buat kenderaanku yang tidak punya pendingin ini. Irwan Saputra sempat-sempat juga meraih mimpi di sepanjang perjalanan itu. Hanya aku dan Ain yang masih bernyawa. Namun tidak ada apa yang kami berdua bualkan saat itu, sekadar bertanya-tanya soal laluan ke sana. Dia pun sepertinya hanyut dibuai dingin tengkujuh ini...

Tepat jam enam, kami selamat tiba di perkarangan teratak Minona yang serba baru! A2mi, Penjejak Badai (bukan nama sebenar) dan dua teman mereka yang lain (entah siapa haram tidak ku kenal) sudah tepat berada di bawah khemah bersendawa mungkin. Journey to The South yang memakan jarak berjuta sentimeter menghalalkanku untuk berjama’ ta’khir sahaja. Usai solat, aku kembali bersama teman yang lain menjamah apa yang sedia terhidang. Boleh dikatakan kami sudah berada dipenghujung majlis… sehinggakan acara closing pun sempat disaksikan oleh kami! Ain Mahat kami titipkan sahaja ke Minona. Lantas dipertanggungjawabkan untuk mengirimkan Ain pulang ke Malim (entah aku tak pasti).

Petang sudah menginjak senja. Teratak mewah milik Siti Nazifa di Kg. Jijan, Nilai mungkin sekali jadi destinasi terakhir kami malam ini. Kenderaan dipacu dengan agak tenang membontoti Saga BLM kepunyaan A2mi dari belakang… Susur keluar ke Seremban diambil dengan agak mengejut, mujur aku sempat mengekori. Jalanan yang panjang, gelap lagi sunyi jadi laluan kami ketika itu. Tiada sebatang lampu jalan pun yang menyoroti kelam laluan ini. Pandanganku yang berbalam sering sahaja diganggu oleh sinaran pekat yang menyilau dari arah bertentangan.

Mujur tidak lama, setibanya dikawasan yang agak terang, kenderaan A2mi mula membelok ke kanan. Syukurlah, sampai juga kami ke perdesaan Nazifah ini. Apabila kenderaan mula memarkir di muka perkarangan, nyata sekali bukan kami sahaja yang diundang ke majlis rumah terbuka ini. Terdapat orang-orang muda yang bersudut di setiap ruang teratak Nazifah. Sungguh, tidak satu pun yang aku kenal melainkan orang yang tidak dikenali! Mungkin juga teman-temannya yang lain, serta teman-teman adik dan kakaknya. Kehadiran kami justeru disambut baik bapanya Siti Nazifa, dan yang paling penting disambut oleh perlawanan bolasepak antara Chealsea dan Manchester City - Malah jadi santapan kami yang paling awal!

Usai menunaikan ibadah solat bersama Irwan Saputra, juadah western – spaghetti – jadi santapan pemula (starter meal). Untunglah spaghetti ini enak rasanya. Walaupun berselera buaya, cukuplah sepinggan cuma. Bukan kerana segan, tapi terasa cukup! Bukannya apa… beri peluang pada yang lain juga. Sementelah, ada juga yang ber’barbeque’ di luar teratak. Dapat jugaklah merasa daging bakaran sendiri. Yang Si Irwan Saputra pula sibuk dengan gadis hijau yang baru ia temui. Sibuk mengusha! Walaupun tak se’grand’ dahulu (dulu yang datang beraya teman-teman sekelas sahaja… sememangnya kecoh!), bahagia tetap bertandang.  Sekarang ini, nak berkumpul bersama pun dirasakan cukup-cukup sukar, lagi-lagi yang sudah berlaki dan berbini! Dapat peluang bertemu muka begini pun Alhamdulillah! Yang paling utama ikatan persahabatan diantara kami tetap terjalin erat. Kekal seperti dahulu kala… hanya saja, maut yang memisahkan… insya’Allah! Ameen…:’)

p/s: setelah penat menahan mengantuk di tengah lebuhraya... sampai je kat Rasa pagi buta tu, terus menumpang tidur di rumahnya Irwan, esoknya baru balik Serendah, petangnye pulang ke Shah Alam semula...:')


Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.