December 22, 2011

Love Paradiso



Salam khas buat our beloved clients Ezza dan Kucai...umumnya kepada semua yang melewati blog ini. Sudah hampir dua minggu mengerjakan video ini...akhirnya siap juga...by the way, video for second episode will be released very soon...harap dapat bersabar ye...ni merupakan video yang berdurasi paling lama penah aku edit... tak taulah akan datang macam mana. Apepon Selamat Pengantin baru kat korang! WE ARE FAMILY! 

 

December 11, 2011

Usah Serius Dong!

Semakin hari semakin serius aku dalam bidang nih. Aku sememangnya sudah bertekad mahu bersungguh-sungguh dalam merealisasikan impian hidup yang satu ini. Walaupun berbekal 'equipment' yang sekadar cuma,aku akan pastikan setiap karya aku akan ada production value nya yang tersendiri. Aku tidaklah mahu ia hanya melepaskan batuk di tangga atau atas sebab tangkap muat sahaja. Biarlah dengan apa yang aku punya saat ini, tapi aku akan gunakan sepenuhnya! 

Pepatah yang menyatakan bahawa kualiti lebih penting dari kuantiti terkadang aku rasakan begitu jumud dan menjengkelkan. Dari suatu sudut, sememangnya ia benar. Tapi di sudut lainnya...ia salah sama sekali. Mana mungkin sesuatu yang murah boleh menjamin kualitinya. Sedangkan kualiti itu boleh didapat melalui kerja keras dan hasil penelitian yang jitu. Terlalu banyak waktu yang perlu dihabiskan seraya menghasilkan sesuatu yang punya kualitas tinggi. Bukankah kuantiti seperti modal, masa dan tenaga yang banyak diperlukan? 

Memangnya tiada salah menegak kenyataan 'quality is better than quantity', tapi apa yang aku rasakan tidak benar ialah 'quantity is not that important'... Haha.... terkadang dunia ini tidak adil menilai, bukanlah kita dijadikan Tuhan berpasang-pasangan. Ada kecil, ada besar. Ada panjang, ada pendek. Ada kuantiti, ada kualiti! 

Saat aku mencoret nukilan ini, aku masih lagi berada di Daerah Sabak Bernam melangsaikan tugasan videografiku. Walaupun terkandas di panas teriknya Tanjong Karang akibat kehausan beteri kenderaan, tapi sempat jugak aku tiba diperkarangan masjid yang dijanjikan lebih dahulu dari pasangan yang bakal diijab kabul.... walau terkocoh-kocoh me'nyetup' senjata... segalanya smooth n silky...sedikit terkilan hatta tidak sempat merakam pengantin lelaki solat sunat selepas akad dilansungkan....wawa! 

Malam ini aku check-in dekat Zamita Resort, trimas yang tak terhingga kepada pasangan sejoli yang bersusah payah menyediakan tempatku berteduh bersama famili yang lain. Thanx for da accommodation! 

Esok majlis kenduri akan diadakan dekat dewan di resort yang sama. Semoga semuanya berjalan lancar sehingga proses suntingan dapat dijalankan dengan pantas, berkuantiti dan berkualiti! 

Salam, sekian dulu....

P/s: maaf, kualiti gambar diatas kurang jelas, hanya thumbnail dari footage2 aku jer...

November 25, 2011

The Adventures of Tintin: Animasi Terbaik?


Assalamualaikum semua!

Sudah sekian lama kurasa tak review filem dan kali ini dirasakan sesuai untuk melakukan sedemikian (mengisi ruang kosong yang ada sebenarnya). Isnin yang lepas aku berpeluang menonton wayang bersama rakan sekerja untuk tayangan larut malam. Ya, The Adventures of Tintin: The secret of Unicorn adalah filemnya! Dan ini pertama kalinya aku menonton dalam 3D. 

Ramai pihak terutamanya di Hollywood mengatakan ini merupakan filem animasi yang sukses dan yang paling mendapat perhatian media sekitar pelancarannya. Tidak dinafikan dari segi  visualnya memang mengagumkan sesuai dengan tema filem ini yang penuh dengan aksi mencabar! Teknik motion capture yang real juga menghidupkan lagi watak-watak yang dicipta melalui adaptasi ini. Lagi-lagi ini merupakan buah tangan dari pengarah tersohor, Steven Spielberg!

Semuanya indah dan cukup mempersonakan sehingga aku terlupa ia sebuah animasi (perasaan yang sama aku rasakan ketika menonton Avatar). Aku amat meminati karya-karya animasi barat yang sebelum ini banyak diantaranya yang mengenengahkan emosi sebagai umpan untuk menyentak perasaan penonton, tapi ini tidak ada pada Tintin! Tintin memang terbaik dari segi aksi, plot misteri dan fast-facing storyline, tapi dari sudut lain ia kekurangan jiwa. 

Sebuah filem animasi tidak lain dan tidak bukan adalah menghidupkan watak-watak didalamnya bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi juga rohnya. Maksud aku tidaklah begitu mudah difahami tapi lihat sahaja siri Toy Story, walaupun semua tahu ia sebuah filem animasi 'mainan' (bukan manusia), penonton dapat merasakan jiwa didalamnya. Bagaimanapun ini cuma pendapat peribadi aku bilamana ada yang tidak bersetuju denganku.

Apepun alasannya, penonton tetap terhibur dengan komedi dan aksi luar biasa didalamnya. Dan aku yakin ini bukanlah 'the one and only' filem Tintin oleh Mr. Spielberg, pasti akan ada installment yang akan datang dengan misteri-misteri yang yang lebih mencabar. Siri Tintin tidak akan ada sequel tapi lebih banyak kepada installment bersifat independent! 

Sekian.



November 23, 2011

Lagu Teman




Salam...

Bertemu kembali dalam ruang rindu blog aku yang terkadang dilihat bernafas dan yang terkadang  dirasakan bernyawa-nyawa ikan. Alhamdulillah, setelah lebih seminggu mengerjakan 'editing session', akhirnya release jugak video yang terbaru ni. Aku rasakan ini yang terlambat pernah aku buat!! What the shame... Njaluk ngapuro (ngomong Wong Jowo) kepada client a.k.a rakan sekerja yang hired aku as her sister's wedding videographer...

Sebab ape lambat??? aku tiadalah mahu jadikan ia satu alasan besar untuk lari dari kenyataan seorang yang bermalas-malasan tapi sedikit yang menjadi punca keterlewatan... TAK BANYAK FOOTAGE MENARIK... agak terkilan tatkala proses shooting dijalankan, segalanya berlalu begitu pantas bagiku...so, apa yang bisa aku lakukan adalah... SESI SUNTINGAN MAUT! Sekian...

November 15, 2011

Dalam Mihrab Cinta


Salam semua!

Setelah genap dua minggu berhempas pulas menyunting video Cik Eryanie, akhirnya berhasil juga aku meng'upload'nya di Youtube. Untuk video dalam post ni, ia sebenarnya merupakan sequel daripada episod yg lalu- Pretty Love.  Untuk memberi kelainan daripada video-video yang terdahulu, aku cuba menyelitkan unsur-unsur yang jarang aku lakukan sebelum ini. Kalau diperhatikan dari awal hingga akhir klip ini, opening, klimaks n endingnya merupakan eksploitasi outdoor shooting... Aku merasakan teknik ini lebih meninggalkan impak dan mood tema perkahwinan tidak sedikit pun terganggu olehnya. Dimasa yang akan datang aku akan cuba lebih memfokuskan emosi dan keadaan sekeliling. Video yang tidak terlalu straight forward pon akan jadi menarik asalkan tidak lari daripada konsep yang ingin disampaikan.

Alhamdulillah... setakat ini aku sudah punya portfolio yang agak lengkap. Daripada episod majlis pertunangan, pernikahan dan walimatul urus. Akan datang... tidaklah aku mengerti. Mungkin juga sebuah filem pendek...haha...so I wish! Berangan kuat betul aku nih.... Apepon aku akan cuba yang terbaik untuk karya-karya yang akan datang, terutama dari segi senimatografi, cinematic look n screenplay. Color correction/temperature pon merupakan perkara paling asas dalam sessi penyuntingan sesebuah video. Banyak lagi yang perlu aku pelajari demi menghasilkan karya yang bermutu dan punya 'production value' yang tersendiri...

Pretty Love


Keindahan sebuah ikatan yang sah menyingkap suatu lembaran hidup baru buat pasangan Cik Eryanie dan Asyiff. Menjalin perkenalan yang singkat bukan satu halangan bagi mereka. Apa yang paling penting adalah ketulusan serta keikhlasan budi dan leluhur jiwa yang abadi. Bukan mudah untuk saling memberi dan menerima dengan seadanya, namun apakah kerumitan itu yang jadi alasan untuk tidak bersama lantas melupakan hasrat yang terpendam??? Suami atau isteri itu bukan suatu gelaran mahupun perbedaan status! Ia melambangkan kebertanggungjawaban yang bersaling... bagaikan tikar anyaman yang diperelok dengan jahitan benang...yang bersaling tak terungkai, yang bersilang tak terburai!

November 8, 2011

Merah Padam


CAHAYA...exposure setting is really hard!
Salam semua... tak terlambat rasanya mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha pada semua umat Islam di dunia. Bercakap soal pengorbanan, aku merasa manusia ini telah mengorbankan satu hal yang paling besar dalam hidup mereka yakni...MASA!!! Begitu juga dengan aku... tapi sudah semestinya cara yang bagaimana kita mengorbankan masa itu.

Sepertinya aku terlambat dalam membereskan video editing aku kali ini... sudah lebih satu minggu... waa... shooting yang mengambil masa dua hari di Felda Gedangsa amat melelahkan, mujur bekerja bersama partner sedikit sebanyak membantu. Aku fikirkan aku kekurangan footage, rupa-rupanya berlebih-lebihan! Kalau yang berlebih itu boleh diguna pakai tak mengapa, ini tidak! Rasanya lima hingga enam hari sahaja di guna untuk kerja-kerja men'delete'... hahaha...

Bersama client juga sahabat...
Satu lagi hal yang merunsingkan aku adalah pemilihan signature tune atau lebih dikenali dengan theme song! Trek-trek lagu yang aku perdengarkan acapkali lari dengan konsep yang akan aku bawakan kali ini... apapun bertemu jua akhirnya. Mungkin dek kerana trek yang agak pendek (lebih kurang 4.13 minit je), aku terpaksa membuang footage-footage yang aku rasakan perlu pada awalnya. Aku harap dengan masa yang terlalu banyak telah aku korbankan, dapat memuaskan hati client aku kali ini....ameen!

P/s: Apa yang merah padam?...kulit aku ar!!!






October 19, 2011

The Serious Debut

Assalamualaikum semua!

LAMA. Dah lama benar aku rasa tak jadi D.O.P! Sejak berkuli batak ni, rasanye tak punya waktu untuk bersenang2...tak punye bajet pon, iye jugak...hehe...baru2 ni member aku K-rol a.k.a Erul (nama manja) bertunang...so atas desakan beliau, aku follow ar majlis die yg agak besar tu. Atas keazaman yang tinggi dan juga minat pada bidang videografi, aku try lah test power 'secret weapon' aku yang satu ni... test2 jugak tapi...bukan test 1 2 3...this is my real test of opening new biz! Harap2nya berjayalahkan...al-maklumlah...nk practice pon x berapa nak sempat...so...aku jayakannya jugak sambil membenam moto hidup...'Roam like a tourist, Shoot like a pro!'

Shooting agak kelam kabut, memandangkan semua 'mise-en-shot' adalah jenis candid n 'mise-en-scene' pulak unfamiliar. Tapi aku bersyukur sbb aku ade fotage yang banyak utk event sehari tu. Proses offline aku jalankan dengan agak lama memandangkan signature tune yang dipilih adalah bukan dari pilihan sendiri...so, agak janggal nak hasilkan garapan dengan 'self-feeling'. Apepon, setelah berpuluh replay, barulah feel datang...klip ni tak sampai 5 minit pon, tapi memang makan masa 5 hari jugaklah!


Rendering sahaja aku tak tau dah berapa banyak. Bila berurusan dgn 1080p mmg quite hard, sume nak kene detail...yang paling penting color correction! Pergh...lighting dalam rumah aritu mmg agak menyeksakan...sbb ape? sbb boleh dikatakan setiap footage yang aku record, semua punye aperture yg berbeza...lampu pendaflour dlm rumah pon tak banyak. Semua shoot kne tepat dgn moment, terlepas satu moment je, bukannye boleh rewind balik... lain lah kalo dieorg tunang olok2...:)


Anyway...sudi2kanlah menonton klip video aku yang terbaru nih...next post rasenye aku da boleh senaraikan pakej2 foto n video yang aku tawarkan! Hujung bulan ni Insya'Allah shooting kat Gedangsa pulak...awal bulan depan dekat skit...ade order kat tempat sendiri...Serendah!



Video Rasmi Majlis Pertunangan Mass & Erul pada 9 Oktober 2011 di Bangi, Selangor.
Korang pilih ar resolusi 1080p HD mode untuk paparan yg terbaeekk! baru memukau skit hehe...:)

P/s: pecah otak memikirkan sinematografi!

September 24, 2011

Gone

Salam...everyone!

All of a sudden, something really touch me when someone we really know and close enough just vanished like sand swoosh by a strong wind. Vanish, not for some times but forever. Even we knew it that every single lives will come to an end, it's hard for these hearts and feelings to get over it. Yup, we're just human and sometimes, when it comes to an unfortunate event, we tend to ask 'why', 'how', 'if' and so on without realizing the 'Master of the Mastermind' behind. It was a shamed though!

The feeling of anxiety, guilty, shocked, paused... they were really there, keep spinning on our heads! But aren't they stay longer??? No, of course not! They will be forgotten... yes, the life must go on, but without those feelings, our lives will go miserably!!! One shouldn't take for granted, as families and brotherhood of Islam, we should always keep on reminding good things to others. Never give them up as the heart still ticking!!!:')

September 17, 2011

Cinta & Anugerah!



Salam Lebaran yang belum habis lagi...korang layan dulu lah klip ni, lama giler dah aku tak post something kat sini...bapaklah!!!

May 11, 2011

Jom DATC!

Salam kengkawan!

First af all, Buat mereka yg menganggap diri sebagai kuli, bos, tak kira yang kolar biru atau putih...aku nak mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat hari buruh...kerana anda semua adalah apa yg kita bangunkan hari ini! aku rasa semenjak monitor n cpu aku buat hal, blog ini bukan sahaja dipenuhi debu-debu tebal tetapi juga semak samun yg mula bersawang dari pelbagai sudut. Dan buat pengetahuan sume entry ini dibuat via Android! haahaa...nk jugak...;)

Yang sebenarnya aku nak story sikit ape yg da jadi arini. Ye, lawatan kembali ke UiTM gara-gara mahu mengambil jubah konvo. Ternyata dari riak wajah muda mudi yang mundar mandir (masing2 dgn iPhone n Blackberry, tanda2 modal insan) di perkarangan DATC petang tadi benar-benar menguntumkan bunga-bungaan yang cantik lagi harum. Manakan tidak sambutan hari konvo yang diadakan julung-julung kalinya di dewan yg serba baru dilengkapi pelbagai peralatan canggih lagi kondusif ala-ala Istana Budaya...Dewan Agong Tuanku Canselor, menaikkan lagi rasa teruja sambil melupakan Dewan Sri Budiman yg telah lama berbudi kpd ramai pelajar dan warga UiTM Shah Alam!

Disini aku kepilkan link FB utk beberapa gambar yang sempat aku shoot sebelum mengambil jubah...

http://m.facebook.com/media/set/?set=a.202627593109220.49556.100000859427182&refid=7

February 1, 2011

Astro First...to Exploits!

Salam 1 dunia!

Disebabkan aku agak 'concern' dengan industri perfileman negara dewasa ini, tergerak pulak aku mahu berbicara tentang isu yang agak 'significant' dengannya...Astro First! Telah umum mengetahui fungsi dan perkidmatan terkini yang ditawarkan oleh stesen TV satelit tersebut dengan menyiarkan filem-filem tempatan yang baru masuk panggung setelah dua minggu ditayangkan di pawagam... Terdapat beberapa perspektif yang muncul sama ada positif atau negatif daripada para penggiat seni tanahair khususnya penerbit-penerbit filem. Ada yang mengatakan bahawa mereka khuatir dengan adanya perkhidmatan ini di Astro, ia akan mengganggu kutipan tiket di pawagam-pawagam berikutan filem yang disiarkan sedang aktif ditayangkan dipawagam dan ada pula yang menganggap bahawa Astro dapat membantu pihak penerbit sekiranya  sesebuah filem itu tidak mendapat sambutan di pawagam serta memberi alternatif lain kepada penonton untuk tidak membeli CD/DVD cetak rompak...

Walau apapun alasannya, aku berpendapat bahawa, Astro tidak salah dengan menawarkan perkhidmatan yang sedemikian rupa dan para penerbit filem tempatan pun tidak perlu risau atau khuatir dengan adanya isu ini. Walaupun kementerian sudah menetapkan skim wajib tayang (dua minggu tayangan) kepada pengusaha-pengusaha panggung, ia adalah suatu KEBEBASAN yang terletak pada bahu pihak penerbitan filem sama ada mahu setuju atau tidak filem-filem mereka disiarkan di televisyen! Maksud aku, tiada akta yang mewajibkan sesebuah filem itu harus disiarkan di kaca TV selepas dua minggu ia ditayangkan di pawagam. Makanya, jika pihak penerbit merasakan filem mereka masih berpotensi menjana kutipan yang memberansangkan di layar perak selepas dua minggu tayangan, tidak perlulah mereka membenarkan pihak Astro menyiarkan filem mereka atau menolak sahaja wang royalti yang ditawarkan oleh Astro!

Ini semua juga terpulang kepada keyakinan penerbit untuk memasarkan filem-filem mereka di ruang yang lebih besifat dua hala...kepada penerbit yang optimis bahawa penyiaran filem di TV dengan masa singkat tidak akan menjejaskan kutipan tiket, nah, itu hal mereka! Untung rugi sesebuah filem bukan sahaja terletak pada nilai eksklusif atau status 'box office' yang diraih tetapi dipengaruhi jugak oleh sentimen peribadi penonton yang mahukan kepuasan menonton tidak mengira medium mana yang mereka pilih! Memang benar nilai eksklusif sesebuah filem itu adalah selama mana ia tidak ditayang di televisyen dan selama mana ia tidak boleh dimuat turun di Internet, tapi nilai eksklusif jugak akan terus hilang jika ia tidak ditonton dan kualiti filem tersebut memang berada di tahap yang HAMPAS! Dalam hal ini, tiada pihak yang harus dipersalahkan... jika Astro mahu meneruskan perkhidmatan ini juga tiada salah, jika penerbit tidak mahu filem-filem mereka disiarkan di TV sekalipun tiada salah...semuanya TERGANTUNG!

p/s: tiada apa yang perlu dirisaukan...semuanya duit jugak!

January 24, 2011

Khurafat Mantap Dalam Banyak Hal...

Firstly, ni bukanlah review, ulasan atau komen terhadap filem terbaru karya Syamsul Yusuf! Sekadar pandangan dan juga pemerhatian aku terhadap respon peminat dan penonton filem tempatan kepada filem ini setelah lebih seminggu ia ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara. Rata-rata ramai pihak yang menyukai dan menyokong serta berpuas hati akan filem Khurafat sebagai sebuah karya yang unik dan lain daripada yang lain. Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir (mungkin juga ramai) pemerhati, penonton dan bloggers yang me’ngondem’ filem ini sebagai karya yang cliché, tak seram langsung dan lakon layar yang tak berapa nak mantop!

Tanpa aku sedari, sejak karya Syamsul yang pertama lagi diterbitkan di layar perak, aku belum pernah ‘miss’ menonton filem-filem beliau. Aku boleh katakannya sebagai suatu kebetulan! Atas satu sebab yang paling utama… tidak pernah terlintas mahu menonton BOHSIA: Jangan Pilih Jalan Hitam! Ini semua gara-gara teman kuliahku yang beria-ia sangat mahu menontonnya. Selain daripada itu, TIADA! Semuanya diatas kehendakku sendiri…

Untuk KHURAFAT, Syamsul aku boleh kirakan sebagai berjaya membawa ‘mood’ thrill, seram dan sayu. Mungkin sahaja aku tak berperasaan sedemikian rupa ketika menontonnya kerana terlalu banyak membaca reviewnya sama ada di akhbar atau ulasan bloggers di internet sehinggakan mengetahui pengakhiran cerita filem ini. Terlalu banyak spoilers dalam blog-blog yang aku baca! Tetapi ada satu hal yang mengejutkan aku diakhir cerita ini… tatkala Johan tersedar dari komanya! Plot ini langsung tiada dalam benak dan jangkaan aku… inilah satu-satunya ‘surprise’ yang aku dapatkan dalam filem ini. Yang lain, kebanyakannya telah aku ketahui dari awal cerita (menyesal baca review banyak sangat).

Aku tidak mahu mempersoal sesetengah hal yang giat dibangkitkan oleh sesetengah bloggers tentang “kenapa hospital tak bayar bil elektrik?” lantaran terlalu banyak scene malam di hospital yang gelap semacam je untuk menaikkan mood seram, “kenapa Syamsul mengenepikan realiti semata-mata mahukan GELAP sebagai elemen utama dalam penyampaian mood seram?” dan “kenapa Syamsul mesti berlakon dalam setiap filem yang diarahkannya?”…. Semua hal ini bukanlah menjadi keinginanku untuk berkata-kata tentang Khurafat! Sebabnya, tidak aku rasakan semua itu mencacatkan jalan cerita yang ‘genuine’ dari Syamsul. Bagi yang meminati filem-filem terbitan MIG, sudah tentu mereka tidak akan mengharapkan sesuatu yang lebih baik kerana pengarah-pengarahnya bukanlah diiktiraf dari kalangan yang terbaik. Melainkan mengharap hiburan kosong semata dan mungkin juga mengharapkan lambaian tangan hantu yang mahu menerkam mangsanya. Makanya, apabila filem Khurafat ‘released’, para penonton mengharapkan itu, tapi tidak ada pada Khurafat!

Susunan plot yang menarik dan suspen antara sebab mengapa Khurafat harus ditonton di layar lebar… iringan dan alunan ‘signature tune’ yang sesuai dengan scene memantapkan lagi emosi dan keinganan penonton untuk terus menonton… terkadang kita perlu mengenepikan realiti tatkala berfantasi. Antara alasan yang cukup kuat untuk menjawab “mengapa Johan sanggup mengendong jenazah Ana dalam hutan, sedang temannya yang terkorban ditinggalkan! Walau apapun alasannya, pemahaman plot adalah diatas kebolehan penonton untuk menghadamnya sendiri, kerana terlalu banyak tafsiran (mungkin dua atau tiga) dan juga kemungkinan yang boleh diolah mengikut perspekstif penonton.

Tapi sayang, ada satu scene yang aku rasakan Syamsul tidak terfikir untuk lakukan untuk menambahkan satu lagi kejutan di saat-saat akhir sebelum tersedarnya johan dari komanya. Ketika Johan meratap mayat yang terbuju kaku yang disangka jenazah ibunya, SEPATUTNYA, shot kejutan boleh ditambah dengan menghalakan pandangan kamera ke arah ibu dan Aisyah (yang sedang bersimpuh meratap sedih kepadanya) terlebih dahulu sebelum melihat kepada wajah jenazah yang sebenar! Ini kerana, apabila penonton disedarkan dengan kenyataan bahawa ibunya masih hidup, siapa pula yang mati?!!! Kenapa shot ini perlu? Sebab apabila penonton membayangkan wajah Fauziah Nawi sebagai jenazah terlebih dahulu, “face matching’ dalam satu shot (shot wajah Johan dalam kafan) yang singkat agak sukar diterjemah oleh penonton (membuatkan orang berkata “aik? Ni mayat sape pulak?”). Wajah Johan bertudungkan kafan tidak jelas, hampir sahaja penonton menyangka itu bukan Johan. Ini membuatkan elemen kejutan terlambat dan boleh jadi gagal sama sekali!

Bagi aku, Syamsul membawa kesegaran dalam filem-filem beliau. Kesegaran yang macam mana? Yang pertama, aku suka dari segi shot dan teknik penggambaran yang dijalankan. Yang kedua, skrip dan storyline yang semakin mantop! Untuk hal yang kedua…mungkin sahaja banyak lagi ‘improvement’ yang boleh dilakukan… penonton kini pandai menilai dan mahukan sesuatu yang bersahaja dari lontaran dialog pemain-pemainnya. Walaupun begitu, ia tak membawa kecacatan apapun selagi para penonton dapat menerimanya tanpa soal jawab!

p/s: sekadar pendangan peribadi...mahu tahu, tontonlah sendiri!

Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.