December 30, 2010

Angkatan Baru: Aswad & Aalia

 MERUAhad, 21 November 2010 - Jam sudah lewat 10.30 pagi, aku baru hendak terhegeh-hegeh menghidupkan enjin kereta. Janji untuk bertemu muka dengan teman lama dekat Stesen Komuter Rawang sudah tidak kutepati. Mujur trafik dari Serendah ke Rawang pagi ini tidak termakan begitu banyak waktu. Kurang 15 minit perjalanan, aku sudah mula mencari-cari ruang parkir di stesen. Begitu membeli top-up dan tiket, terus sahaja aku mendail satu nombor bertanyakan keberadaan si teman. Lantaran yakin dia masih menunggu, aku pun melengahkan langkahku ke platform berlepas. Sebaik desingan roda besi kedengaran, talian panggilanku bersambung. Adoilah… dia sudah berlepas bersama bunyi desingan tadi, aku yang terlepas!

Mahu tidak mahu, terpaksalah aku biarkan dia menunggu lagi… haha… mujur selang beberapa detik kemudian, tren ke laluan Bangi menerobos ke platform. Terasa lega di hati kerana tidak perlu membiarkan si teman tadi menunggu lama dekat Stesen Putra. Hanya terlewat beberapa stesen di belakang. Begitu tren berlabuh di jeti Putra, aku pun dengan cepat menghayunkan langkahku menaiki dan menuruni tangga sambil melilau mencari kelibat seseorang. Sampai di suatu sudut pejalan kaki, dari jauh mata rabunku mula menangkap susuk tubuh yang amatku kenal. Saat itu dia sedang duduk berduan dengan seseorang di anak tangga-tangga. “Assalamu’alaikum!”… Laungan salamnya itu aku sapa baik-baik. Sudah agak lama tangan ini tidak berjabat dengannya… Agaknya sudah lewat satu tahun… Ya, yang disampingnya itu tiada lain dan tiada bukan, isteri tercintanya… Ustaz Azri Kaharudin a.k.a Along!

Usai bersapa-sapa dengan Ustaz Along dan isteri, ternyata jentera putih saga milik G-jol sudah tercegat di bahu jalan. Seperti yang telah dirancang, G-jol datang menjemput kami dari tempat kerjanya untuk terus berangkat ke Klang. Kebergantungan kepada Mr. GPS ternyata hambar lantaran sel keringnya yang sudah benar-benar kering! Dengan berpandukan pelan yang sudah terlakar pada lembaran jemputan ke walimah anak Wak Othman, nekad kami menyelusuri lebuhraya yang sudah terbentang fatamorgananya. Kunjung sampai atau tidak, sekurangnya telah kami ikhtiarkan. Alhamdulillah… tidak kami menyangka perjalanan yang agak jauh itu tiadalah sesukar yang dijangkakan. Lorong demi lorong kami lalui, buah demi buah kami santapi, mana tidaknya, bermula dengan Jln Jambu, kami merentasi Jln Limau, Jln Durian, Jln Kopi, hingga ke Jln Rambutan…akhirnya pelusuk yang paling hujung itu kami temukan. Kurang lebih jam 12.30 tengah hari kami berlabuh…

Bagai pesta orang-orang yang membuat keramaian, riuh sekali! Kami melangkah masuk ke dalam keramaian yang bertemakan ‘keADILan’ itu. Sambil didendangkan penyampai radio ‘kampung’, orang-orang menyantap dengan penuh lahap. Sekali-sekali didodoikan muzik-muzik ‘Cinta dan Anugerah’ rasanya enak di pendengaranku… Yang ditunggu belum sampai, kataya masih bersiap-siap di teratak yang satu lagi, kurang lebih 30 meter dari tempat ini… Seperti episod-episod Angkatan Baru yang sebelum ini, aku dan G-jol cubalah mencari-cari kalau-kalau terdapat kelibat orang-orang yang kami kenal… namun kehampaan jua yang kami temukan… mungkin juga masih terlalu awal… :) makanya aku dan kawan-kawan melantak mana yang harus dahulu. Tidak sampai tujuh kali suap, paluan kompang terdengar gemersik dari hujung sana. Orang-orang mula berdiri-diri dan terjengah-jengah mencari sesuatu, tidak terkecuali aku dan kawan-kawan. Tanpa menghiraukan keenakan nasi minyak yang sedang aku santap ketika ini, saat itu juga aku menyambar ‘senjata’ merbahayaku… meninggalkan hidangan yang masih bersisa di pinggan!

Langkah kaki aku cepatkan dengan harapan tidak terlepaskan buruan. Sasaran aku amati dan aku tilik dengan saksama… belumpun aku melepaskan tembakan, terlihat aku mangsa telah ber‘darah’ dari jauh…. Merah menyala-nyala! Sedang aku membidik sasaran, ia masih tegak dan diam… ternyata bidikanku tidak menakutkannya, malah dengan sempoinya dia melemparkan senyuman yang sukar dimengertikan bujangan sepertiku… seorang lagi temanku yang ke gerbang perkahwinan November ini… Mohd Aswadillah Bin Othman bersama pilihan hatiku… eh silap… pilihan hatinya… Nur Aalia Diyana Bt. Khaini, yang juga junior sefalkuti denganku di UiTM Shah Alam… haha:P Diiringi paluan kompang a.k.a tabla, pasangan pengantin laki-laki melangkah dengan begitu perlahan dan saksama, menantikan pasangan masing-masing yang diseberang sana! Ya, ‘2 in 1’!

Aswad merupakan teman sekelasku saat ditingkatan satu, 12 tahun yang lalu dan juga teman satu dorm ketika aku ditingkatan lima dekat  asrama dulu. Banyak hal yang kami kongsikan bersama saat-saat SPM dulu… alahai kenangannya! Di suatu sudut adalah hal-hal yang lalu itu usah dikenang, tapi apalah kiranya kalau hal-hal itu yang hanya membuat orang-orang mabuk dan senyum sendiri. Bukankah itu lebih baik dari menduga-duga masa hadapan..? Aswad… apa yang aku ingat pasal dia ya? Oh ya… dia merupakan ex-santri (pelajar agama) di pesanteren (ko mondok kat mane ye?):) sebelum melanjutkan pelajarannya di sekolah menengah bersamaku. Sedia maklum pelajar pondok seperti dia pernah giat menghafaz al-Qur’an. Suatu hal yang membuat aku cemburu pasal Aswad, dia… kalau menghafal teks-teks pelajaran… pergh… memang laju! Kecepatan memuat turun dan menyimpan fail sememangnya mengagumkan aku… Tapi mungkin juga tidak ramai yang memaklumi kebolehan Aswad yang satu ini.

SEMPOI… peminat setia telenovela Rosalinda ini juga pernah digelar ‘sempoi’ dikalangan teman seangkatan dengannya. Sejauh dan seluas mana gelaran ini bertahta di hati orang-orang, aku juga tidak tahu! Sebabnya… gelaran ini digunakan secara ‘underground’ dan dijual beli dalam pasaran gelap sahaja! Ada apa dengan sempoi? Mungkin ada yang bertanya-tanya tentang hal ini… bagi menjawab persoalan tersebut, aku telah menemubual seorang respondan dan beliau telah menjawab pendek sahaja… “Aswad, kalau pegi prep pakai pagoda dengan kain pelekat jer!”:P haha… Usai SPM, Aswad……(panjang ceritanya).

Hampir empat tahun berkecimpung berhempas pulas memerah keringat sebagai …………. di UiTM Shah Alam, Aswad tanpa menduga pertemuan yang sebentar cuma membawanya ke jinjang pelamin… melalui seorang yang dia cukup kenali, jodohnya begitu dekat dengannya…:) selanjutnya, ikuti temubual eksklusif berikut bersama wartawan Chauntique…:P

Chauntique: Bagaimana anda mula mengenali pasangan yang kini menjadi suami/isteri anda?
Aswad: MIMPI.
 Aalia: MAMA.

Chauntique: Siapa yang memulakan perhubungan istimewa ini?
Aswad: MAMA.
Aalia: MAMA MEMPERKENALKAN ASWAD. BARULAH ASWAD MEMBERANIKAN DIRINYA MEMULAKAN PERHUBUNGAN.

Chauntique: Bagaimana anda begitu pasti si dia yang pantas menjadi suami/isteri anda?
Aswad: SESUAI DIJADIKAN ISTERI DAN SERASI BILA BERSAMA (KAMCING).
Aalia: DAPAT RESTU DARI IBU BAPA.ASWAD MENUNJUKKAN KESUNGGUHANNYA UNTUK MENJADI SUAMI,KAWAN YANG IKHLAS DAN MENERIMA DIRI SAYA SEADANYA.

Chauntique: Apa yang membuatkan anda tertarik pada si dia?
Aswad: KESETIAN, KEIKHLASAN DAN KENAKALANNYA!
Aalia: HORMAT ORANG TUA,SOPAN SANTUN BAIK DAN PENYABAR.

Chauntique: Apa yang anda harapkan daripada seorang suami/isteri bagi menjalani kehidupan rumahtangga yang ‘mawaddah wa rahmah’?
Aswad: SUSAH SENANG SENTIASA BERSAMA DUNIA AKHIRAT (AMIN).
Aalia: MENJADI PEMBIMBING,KETUA YG ADIL, MEMBERI KASIH SAYANG SEPENUHNYA DAN YANG PALING PENTING SETIA DENGAN ISTERINYA...
 
TERIMA KASIH 
-A&A-
 

p/s: Aswad dan Aalia...Semoga berbahagia hingga hujung nyawa!
 

December 7, 2010

Hani TIRU One Litre of Tears

Salam Ma’al Hijrah!
Malam tadi aku ada menonton sebuah drama siri terbaru di TV3 berjudul Hani. Aku merasa ia sebuah drama siri yang agak ‘best’ untuk ditonton seisi keluarga. Memandangkan ia baru sahaja membuat kemunculan untuk episod pertama, masih terlalu awal untuk aku merungkai ‘storyline’ drama berkenaan. Tetapi apa yang aku pasti dan yakin 100 peratus, Hani mempunyai pengaruh yang kuat atau mungkin lebih tepat aku katakan sebagai mencedok idea asal dari drama siri Jepun yang pernah mencatat ‘rating’ @ top suatu masa dulu, 1 Litre of Tears!
Belumpun reda isu drama siri Seribu Kali Cinta yang dikatakan meniru idea filem Hollywood 50 First Dates, datang lagi satu…. Haha…:P 1 Litre of Tears adalah kisah yang diadaptasi dari situasi benar pesakit lumpuh (Not something special, just a memory of a girl who was chosen by a special illness). Drama jepun ni memang ‘best’ n ‘feeling’ giler… tangkap leleh jugaklah! Aku layan drama ni ‘time’ aku Diploma kat Melaka dulu. Layan dengan budak-budak bilik:P
Walaupun kita baru sahaja menyambut Tahun Baru Hijrah, tapi penerbit dan pengarah tempatan masih lagi di takuk yang lama… kalau mahu dikatakan sebagai kekeringan idea rasanya tidak adil sedang banyak lagi drama Melayu yang hebat-hebat dan mempunyai integriti serta nilai seni yang tinggi. Aku tahu tidak mudah menghasilkan skrip dan jalan cerita yang ‘best’ sekaligus mampu menarik perhatian penonton Tv setiap minggu, tapi adakah ini bermakna pengarah dan penulis skrip harus hilang ‘originality’ drama siri Melayu. Bagaimana aku bisa katakan demikian???
Untuk menjawab soalan ini lebih baik aku memberi secebis sinopsis 1 Litre of Tears terlebih dahulu. Watak heroin (Ikeuchi Aya) dalam kisah ini merupakan gadis naïf yang tinggal didalam keluarga sederhana yang membuat perniagaan tauhu. Tanpa dia ketahui dia menghidapi penyakit Spinocerebelllar Atrophy satu penyakit saraf otak yang jarang dihidapi oleh orang semuda dia. Gadis yang aktif dalam sukan bola keranjang disekolah itu pada mulanya ceria disamping kawan-kawan akhirnya menghadapi dugaan hidup yang terhebat pernah aku rasakan. Watak hero (Asou Haruto) yang ‘moody’ dan punya rasa dendam terhadap bapa sendiri akibat masa lalu juga menjadi ‘sidekick’ cerita ini. Asou menuduh bapanya bersalah atas kematian abangnya. Drama jepun ini memang penuh dengan ‘hikmah’ dan pengajaran yang baik untuk ditauladani.
Bagaimana pula dengan Hani? Sebenarnya, dalam episod Hani yang pertama lagi (malam tadi) sudah menjawab persoalanku ini. Walaupun tidak meniru bulat-bulat, tapi keseluruhan Hani ini dapat dilihat dari awal lagi (pendapat peribadi). Permulaan cerita yang terlalu ‘menjawab’ seperti… watak Hani yang sering sakit-sakit kepala dan pelupa (juga merupakan ‘shooter’ team bola jaring, bapanya peniaga kedai dobi, hero yang ‘moody’ dengan lontaran dialog “Apa guna jadi doktor, kalau anak sendiri pun tak boleh selamatkan!”) Tapi satu je yang best pasal Hani, watak Bel Ngasri…lawak giler!
Wassalam…
p/s: minat telefilem ‘AidilFitri’, Sekeras Kerikil, Sehelai Selendang Sutera, Salam Terakhir, dan tak lupa drama siri Nur Kasih…:)

Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.