Showing posts with label Silver Screens. Show all posts
Showing posts with label Silver Screens. Show all posts

February 9, 2017

P. Ramlee: Rahsia Insan Seni Terulung (Video)


Entah yang ke berapa kalinya aku menonton dokumentari penuh air mata ini, ia tetap tidak membosankan seperti mana juga filem-filem Almarahum Tan Sri!

February 3, 2017

Kantoi: Filem Kacukan yang Murni

Kala ini, terdapat banyak filem yang dihasilkan di atas kejayaan filem yang lain. Peribahasa Inggeris 'reinventing the wheels' sangat ketara apabila melibatkan jalan cerita yang seakan sama dan seperti dibuat semula. Bukan disebabkan oleh kekurangan idea segar, tetapi lebih kepada mencari jalan selamat. Namun begitu, tidak sedikit pembikin filem yang berjaya memanfaatkan cerita asal yang 'pecah panggung' ini kepada interpretasi dan gaya penceritaan yang tampak OK malah mungkin lebih baik!

Apa yang aku maksudkan sebagai filem-filem murni adalah filem yang tidak hanya 'tangkap muat' tapi juga bermaruah dalam menyampaikan naskhah berkualiti dan punya jiwa. Berikut adalah filem-filem pilihan yang boleh aku kategorikan sebagai filem kacukan yang bermaruah (sebelah kiri); Kesemua enam (6) filem di bawah membawa premis cerita yang berbeza secara total tetapi mempunyai idea yang tipikal dengan filem sebelumnya (sebelah kanan). 

1. Arrival v Interstellar

test
Arrival (2016): Teka-teki 3000 tahun (alien language pattern) diselesaikan dengan watak Dr. Louise Bank yang boleh melihat masa depan (halusinasi).
Interstellar (2014): Teka-teki anomali (dust pattern) diselesaikan oleh Dr. Brand yang dibantu oleh bapanya, Cooper yang terperangkap dalam ruang masa depan (tesseract).


2. Fan v The Terror Live

Fan (2016): Gaurav Chadana mendesak permohonan maaf daripada Aryan Khanna akibat penghinaan melampau walhal dia adalah seorang peminat 'kipas-susah-mati'nya.
The Terror Live (2013): 'Culprit' mendesak permohonan maaf daripada pemimpin tertinggi negara itu akibat pengabaian pekerja kontrak yang mati lemas ketika proses pembinaan jambatan.
*Aftermath (2017): Filem lakonan Arnold Schwarzeneggar ini juga punya idea yang sama, kemaafan atas sebuah kekhilafan. Diinspirasikan dari kisah benar pertembungan dua pesawat penumpang.


 3. Drishyam v Perfect Number

Drishsyam(2015): Seorang bapa yang gemar menonton filem suspen thriller memanipulasi fakta benar sebagai umpan kepada bukti alibi oleh pembunuhan tanpa niat ke atas anak pesuruhjaya polis.
Perfect Number (2012): Seorang guru matematik yang memanipulasi fakta benar sebagai umpan kepada bukti alibi oleh pembunuhan dengan niat ke atas bekas suami jiran sebelah.

*Sila klik imej untuk melihat persamaan antara mereka!

January 28, 2017

5 Sebab Mengapa Filem 'Time-Travel' Sangat Popular


Time travel is the concept of movement (such as by a human) between certain points in time, analogous to movement between different points in space, typically using a hypothetical device known as a time machine, in the form of a vehicle or of a portal connecting distant points in time. (Sumber: Wikipedia)

Filem 'Time-Travel' sering mendapat tempat di hati peminat filem seluruh dunia. Bahkan pembikan filem akan sentiasa mencari kelainan dalam membawanya ke layar perak. Antara lima faktor mengapa ia menjadi pilihan penggemar filem tanpa berbelah bahagi;
1. Idea; Konsep filem sememangnya jadi taruhan paling penting dalam apa jua jalan cerita yang mahu disampaikan. Keunikan idea sesebuah filem akan lebih diingati setiap penonton. Sesekali para penerbit akan meletak 'tagline' pada poster filem-filem mereka sebagai teka-teki kepada konsep filem.
2. Teknologi; Apakah peranti yang membolehkan masa dimanipulasi? Itu jawapan kepada sesuatu teknologi mesin masa yang dibangunkan dalam filem. Mesin atau alat khusus yang dimainkan semestinya di luar batas minda penonton.. Bagaimanapun, *bukan semua filem menggunakan mesin masa untuk mengembara atau menjelajahi ruang masa.
3. Mainan minda; Tidak sedikit penonton yang gemarkan teka-teki dalam cerita. Manipulasi masa kerap jadi bahan mainan minda sebab ia suatu yang menyeronokkan. Justeru, tidak hairan jika penulis dan pengarah filem sengaja mencari sisi 'non-linear' dari sudut masa lampau dan masa hadapan untuk menarik perhatian penonton dari awal hingga akhir cerita.
4. Putaran plot; Agak sukar merungkai plot cerita yang bukan linear walaupun itu bukan sesuatu yang disengajakan. Jalur masa yang berbeza-beza menarik tumpuan penonton semaksimum mungkin. Tanpa tumpuan yang tinggi, penonton gagal membuka 'ikatan' yang bersimpul. Ini juga dianggap suatu cabaran oleh penonton kreatif dan berhaluan kiri. Plot yang terlalu 'mainstream' dan 'popcorn' amat mudah ditebak serta membosankan.
5. Mustahil; Penjelajahan masa adalah sesuatu yang bukan realiti. Penulis skrip akan cuba sehabis baik dalam mendifinisikan teknologi mesin masa serta menjelaskan bagaimana ia boleh dilakukan. Memang sesuatu yang mustahil untuk dibuat dalam dunia nyata. Oleh itu, penyampaian yang baik dan tepat serta boleh dipercayai akan mengelakkan kekarutan melampau.
Berikut adalah filem-filem 'Time-Travel' Top 15 sepanjang zaman pilihan aku:
1. Predestination (US)
2. Interstellar (US)*
3. The Phone (Korea)*
4. Your Name (Japan)*
5. Source Code (US)
6. Edge of Tomorrow (US)
7. Terminator: Genisys (US)
8. Looper (US)*
9. Doraemon: Stand by Me (Japan)
10. X-MEN: The Days of Future Past*
11. Tomorrowland (US)
12. Jeon Woochi: The Taoist Wizard (Korea)*
13. 24 (Tamil)
14. Déjà Vu (US)
15. Project Almanac (US)
*Filem tanpa mesin masa.
P/s: Tak ketinggalan filem sains fikyen kegemaran waktu kecilku, XX Ray II (Malaysia) dan juga Back to the Future (US)!

January 17, 2017

Predestination: Transgender Versi Halal


Review Ringkas

Sarah Snook sebagai John “Unmarried Mother”
Terlalu banyak filem-filem yang membawa konsep 'Time-Travelling' di peringkat global, seperti The Phone (Korea, 2015), 24 (Tamil, 2016), dan tidak ketinggalan juga XX Ray II (Malaysia, 1995). Kesemua filem ini menunjukkan kecanggihan teknologi di luar kotak (kecuali The Phone yang disebabkan oleh fenomena alam). Filem ini lebih layak kalau aku kelaskan sebagai 'hybrid' kepada tiga filem iaitu, Tom Cruise (Minority Report, 2002), Jake Gyllanhaal (Source Code, 2011) dan Bruce Willis (Looper, 2012). Walaupun pada asalnya ia hanyalah sebuah 'short story' (All You Zombies oleh Robert A. Heinlein), Predestination dilihat sebuah karya agung yang hampir 99% sempurna! (untuk sebuah filem bertemakan Time Travel)

Sarah Snook sebagai Jane
Para pelakon membawakan watak masing-masing dengan berjaya. Ini termasuk juga watak pembantu seperti Mr Robertson. Riak wajah Sarah Snook sebagai John terkadang dilihat mirip seperti lakonan Leonardo Dicaprio dalam Inception. Lakonan dia adalah kunci kepada segala-galanya. Pembawakan emosi yang mengesankan sungguh tak dapat disangkal lagi. Setiap tutur kata membawa erti sebuah emosi yang mendalam. Kepedihan pengalaman dan jalan hidup disampaikan dalam bentuk 'story-telling' (seperti 3 Idiots) yang mana effisyen mengikut rentak dari babak ke babak.

Noah Taylor sebagai Mr. Robertson
Predestination sebuah karya non-linear yang sememangnya sukar ditebak. Melompat dari tahun ke tahun merumitkan lagi plotnya. Syukur, hampir tiada 'plot-hole' yang mengelirukan. Kita tidak akan tahu ia merupakan sebuah filem Sci-fi sehingga tiba ke 'intermission'. Penceritaan yang begitu baik ini memaku mata dan telinga untuk melihat dan mendengar setiap bait kata serta adegan agar tidak terlepas pandang plot kompleksnya. Jikalau Looper menunjuk pertindihan waktu antara satu watak dalam usia berbeza, filem ini pula aku anggap sebagai 'Looper with *Limbo'. Pada yang tidak tahu, limbo merupakan terma yang digunakan di dalam filem Nolan, Inception; merujuk kepada 'multi-level dreams' (anda hanya akan faham apa yang aku maksudkan, apabila sampai ke babak akhir menontonnya).

Ethan Hawke sebagai The Bartender/Temporal Agent
Buat pertama kalinya aku merasakan yang transgender itu hukumnya harus lagi halal! Sejenak, memikirkan sama ada aku terjatuh dalam perangkap Freemason/Illuminati. Syukur, tidak sama sekali. Menelusuri rentetan transisi watak Jane kepada John amat memilukan dan menyedihkan. Ekpressi lahir dan batinnya diatur dengan kemas dan waspada. Misteri dan rahsia peribadi watak diwujudkan dengan tenang sehingga tanda-tanda kecil yang membawa kepada rumusan cerita tidak disedari langsung. Selain pengalaman menonton yang memuaskan, terlalu banyak yang boleh dibincang dan dipersoal jawabkan. Dan inilah yang membuatkannya sebagai sebuah 'absolute masterpiece'. Kita semua tahu yang Inception/Interstellar sebuah filem berjiwa hebat, tidak terkecuali Predestination. Bisa aku gelarkan Looper versi Nolan. Sebuah filem 'underrated' yang patut dipuji melangit. Tak perlu menjiwai filem ini, kerana ianya sebuah jiwa!

*a world of infinite subconscious from which escape is difficult and a dreamer risks forgetting they are in a dream (Inception, 2010)

Verdict: 4.5 ★★★★⋆
Movie Trailer & Temuramah bersama Ethan Hawke


January 15, 2017

The Girl on the Train: Konotasi Suami Jalang


Review Ringkas

The Girl on the Train mengingatkan aku akan filem Melayu tahun 1998 arahan Pansha, Lenjan. Idea asal kedua filem tersebut cuba mendifinisikan kejalangan dalam konteks misteri dan 'thriller'. Hanya cuma berbeda perspektif jantina. Filem ini tidak sama seperti "Kahaani" (Suami juga jahat). Penyelesaian kepada misteri menjadi jelas di pertengahan cerita apabila mangsa pembunuhan itu menunjukkan flagrante delicto dengan orang yang tidak dikenali yang mempunyai badan yang tersendiri hanya satu watak lain. Kemudian, ia menyatakan dengan jelas bahawa watak utama bukanlah 'culprit' melainkan dua daripada tiga watak lain yang berkemungkinan. Apa lagi, bahawa watak utama bertindak bertindak dengan konsisten sepenuhnya.

Penceraian bukanlah sesuatu yang asing di luar sana, lebih-lebih lagi di Barat. Punca kejahatan Sang Suami tidak sempat dikembang dan hampir lenyap memandangkan pekungnya hanya terdedah di penghujung cerita. Terkadang watak suami terlihat begitu sempurna tanpa cela. Kerakusan dan nafsu serakah hanya dilontarkan melalui kata-kata majikan yang wataknya begitu kecil sekali. Apa pun alasannya, ini adalah rahsia besar yang mahu disimpan pengarah dan tidak banyak yang perlu dikatakan. Aku hampir sahaja memfitnah ketidakwarasan Sang Isteri. Sungguh aku terperdaya.

Keretapi hanyalah 'mise-en-scene' tak berbayang, tanpanya tak menggugat jalan cerita. Dan fungsi pengangkutan ini berakhir di pertengahan cerita. Prestasi Emily Blunt sebagai pemabuk tegar kurang meyakinkan. Malah, detik-detik sedar dia hampir tidak dapat dibezakan daripada detik-detik mabuk beliau. (Nasib baik ada fokus kabur dan kamera goyah). Walaupun plot filem agak meletihkan dan terasa kosong, aku masih mengikutnya hingga akhir. 'Pacing' adalah perlahan dan strukturnya hampir tidak teratur. Sekurang-kurangnya sinematografi dan reka bentuk babak membezakannya yang baik. Secara keseluruhan, filem ini tidak begitu membosankan, untuk aku sebagai penonton Melayu. Kisahnya tidak mudah ditebak, malahan terasa sedikit puas di penghujungnya.

Verdict: 3/5 ★★★
Trailer

January 6, 2017

The Great Wall: Tao Tie itu Yakjuj Makjuj?!

Click for more info

Review Ringkas

The Great Wall (TGW) merupakan filem kerjasama dari China & Hollywood (CGI), ia dikatakan sebagai filem termahal dari Tanah Besar itu. Dengan persembahan visual yang mengagumkan, TGW sungguh memuaskan! Tak keterlaluan kalau aku menganggap kepuasannya melebihi Star Wars: Rogue One yang ditayangkan awal bulan lalu (Dec 2016). Pedulikan apa kata 'Rotten Tomatoes', asalkan aku terhibur dengan apa yang dipaparkan sudah mencukupi.



Tao Tie boleh sahaja diibaratkan seperti Mimics di dalam filem The Edge of Tomorrow (2014). Kalau misi Tom Cruise membunuh Alpha untuk mengelakkan 'time reset', TGW punya modus operandi yang sama di mana tentera tembok besar harus membunuh Ratu Tao Tie untuk menghalang kemaraan makhluk itu. 



Pereka produksi untuk filem ini juga kreatif dalam menunjukkan kepelbagaian jenis serangan dan pertahanan sepanjang filem ini berlangsung. Tentera tembok besar dikelaskan mengikut warna-warna primer. Cuma aku merasa adegan bila mana watak William berdialog dengan rakannya, Tovar sambil mengelaskan warna seragam tentera itu tidak perlu. Apakah Tovar benar-benar seorang yang dungu? Aspek teknologi kuno yang disampaikan pula masih lagi boleh dipercayai. Lebih-lebih lagi untuk plot pembukaannya yang sememangnya 'exciting' untuk santapan penonton. Itu belum lagi bercerita tentang skuad memanah, skuad 'bungee-jumping' lembing, pisau berputar, bola api dan belon udara! 



Naratif penceritaan yang 'straight forward' dan tidak berliku ini bukanlah gaya sebenar Zhang Yimou. Dia yang pernah popular dengan filem seperti House of Flying Daggers (2004) selalunya gemar akan konflik birokrasi dan plot yang bukan linear, Yimou dilihat menggunakan jalan selamat dalam melakar layar lebar kali ini. Teknik penceritaan 'fast pacing' dan kurang dialog ini tidak dirasakan bosan sama sekali. Plot 'hole' pula sukar ditemukan. Setiap adegan penuh dengan 'adrenaline-pumping' tanpa henti. Filem ini memang digarap untuk penonton terus terpaku meratah bertih jagung dengan lahapnya. Teringat pula akan filem popular Korea, Train to Busan (2016) dengan garapan 'roller-coaster' yang sama.



Syarikat perfileman China memang tidak asing lagi dalam menyediakan wardrobe perang zaman-zaman Dinasti. Semua perincian seperti busana seragam, alatan senjata, dilihat cantik dan kemas belaka. Ditambah pula dengan sinematografi, audio gempak, skematik serta formasi tentera dan CGI kelas A, TGW aku anggap berjaya dalam mempersembahkan sebuah filem epik-sejarah-mitos yang memuaskan dalam banyak hal. 


Click for more info of Jing Tian

Dari sudut lakonan pula, tiada apa yang dapat dipuji. Rata-rata membawakan watak ringan dan tiada satu pun yang nampak 'legit'. Malahan watak yang diperan Andy Lau juga Willam Dafoe tampak longgar dan tak cukup meyakinkan. Mungkin mereka punya 'cameo' yang panjang sahaja. Hanya kecantikan dan keayuan Jing Tian (Commander Lin Mae) sahaja yang membuat aku ternanti-nanti setiap babaknya dengan penasaran!


Isu 'Whitewashing' yang dikritik dalam filem ini sama sekali tidak menggangu aku selaku orang yang bukan berasal dari Tanah Besar. Pengkritik cuma berlebihan apabila mengecam pengambilan Matt Damon sebagai pelakon utama. Ini kerana, William diceritakan sebagai datang dari kumpulan upahan Eropah yang mencari belerang (kononnya senjata paling canggih zaman itu). Bukan tujuan asal William & Tovar menakluk Tembok Besar tapi tiada sengaja bertemu selepas dikejar sekumpulan Bandit. Lagipun, keperwiraan William dan Commander Lin dirasakan sama rata.

Surah Al-Kahf, Verse 94: 
قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰ أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا
Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"

Akhir sekali, menyentuh soal hakikat kewujudan Yakjuj dan Makjuj; ia adalah suatu yang pasti dan wajib diimani oleh seluruh umat Islam berdasarkan tanda-tanda besar sebelum tibanya hari kiamat. Kewujudan bangsa ini diceritakan sendiri oleh Allah swt menerusi firman-Nya di dalam kitab suci Al-Quran. Antaranya, menerusi surah al-kahfi, ayat ke-92 hingga 98. Aku menemukan beberapa maksud 'significant' di dalam filem ini antara makhluk Tao Tie dan juga Yakjuj Makjuj! Antara magnet dan ketul-ketul besi. Antara belerang dan tembaga cair...kalau ada masa terluang nanti, aku mungkin akan menyelidik dengan lebih dalam lagi! In shaa Allah...:)

Verdict: 4/5 ✩✩✩✩
Click to watch the trailer


January 2, 2017

My Annoying Brother: Kisah Romantis Abang-Adik yang Sadis


Review Ringkas


Impresi pertama melihat trailernya di Youtube tidak lain tidak bukan menerbitkan rasa komedi di hati. Hakikatnya tidak sama skali. Komedinya hanya cuma terlihat sampingan dari kisah tragis & emosi. Hubungan Doo-Sik (abang) & Doo-Young (adik) yang renggang sejak lama berpisah dari kecil mencetus rasa dingin di permulaan cerita. Si Abang yang jadi bekas banduan atas kes penipuan diberi pelepasan menjaga adiknya yang cacat penglihatan. Kecacatan yang ditunjukkan dalam filem ini adalah berpunca dari sebuah insiden akibat kecederaan atlit sukan.




Insiden seperti ini dirasakan lebih berkesan dari kecacatan azali. Alasannya, pengarah tidak hanya dapat fokus kepada perkehalian emosi abang-adik, tapi juga mengenengahkan semangat juang seorang atlit dalam menghadapi hidup 'gelap'nya. Aku tidak berniat meng'spoil'kan jalan cerita filem ini tapi plot suka-dukanya membuatkan ianya agak menarik untuk dikongsi.

Sememangnya aliran air mataku tak sederas saat menyaksikan Miracle in a Cell No. 7, tetapi cukup melahirkan rasa simpati terhadap dua watak penting ini. Sudah menjadi lumrah dalam filem Korea dan kepakaran membina karekter oleh Sang Sutradara mengikat watak-wataknya dalam sanubari penonton. Dalam waktu hanya kurang setengah jam, penonton sudah dapat melewati jiwa setiap apa yang dirasakan oleh pemainnya.

Secara lahirnya, abang-adik ini hanyalah hubungan tiri (bukan seperti filem Heart of Dragon, Jackie Chan & Sammo Hung dan 'remake'nya, lakonan Mustafa Kamal & Mr. Os, Filem Adik). Mengapa tidak dibuat sahaja hubungan kandung? Kan lebih pas! Nah, itulah dia alasan mengapa 'hablu minn-annas' mendominasi tunjang filam ini. Persoalan seperti, mengapa kasih dan sayang hanya layak pada adik-beradik kandung sahaja, dijawab dengan cantik dalam filem ini. Terdapat satu lagi watak sampingan diperan oleh seorang pelajar gereja yang sering menyelit dalam babak Si Abang. Watak ini digambarkan jengkel di mata penonton tapi akhirnya tuntas menjalin ikatan murni antara mereka. Terkadang terlihat watak ini menenggelamkan watak dan fungsi pembantu Soo-Hyun (lakonan Park Shin-Hye).

Latar Paralimpik Rio 2016 menjadi dasar kecil untuk filem ini. Ini kerana itu bukan fokusnya. Sayang sekali kebangkitan Si Adik menempuh acara sebesar ini tidak cukup buat penonton. Walaupun aku faham dengan keterbatasan dia, tapi momen seperti latihan tubi dan rutin seorang atlit itu tidak dapat dirasa. Tup-tup, sudah layak ke Olimpik. Plot akhir dirasakan berlalu begitu pantas. Aku tidak akan terganggu dengan gaya 'fast-pacing' seperti ini jika tidak dinyatakan tamat tempoh 3 bulan itu.

Meniti saat akhirnya... (non-spoiler), pertemuan bukan fizikal itu bahkan meruntun jiwa. Perakam suara jadi peneman Si Adik dalam menempuh hari-hari depan. Barangkali penonton kecewa di babak akhir tapi sekurang-kurangnya pengarah sudah bersedia dengan 'pengubat'nya.
'Kecacatan itu bukan untuk diatasi, tetapi untuk di terima'
Verdict: 4/5 ⭐⭐⭐⭐
Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri..
 (Diriwayatkan oleh : Anas Ibnu Malik)

January 1, 2017

Desolasi: Adaptasi Adam & Hawa?




Review Ringkas: Permulaan cerita menampakkan ke'gempak'kan visual dan konsep desolasi yang jelas. Tapi mungkin akan jadi lebih 'stylo' sekiranya tiada monolog di dalamnya. Bukan menafikan sudut kreatif Syafiq tapi lebih kepada menyorokkan misteri di awal cerita supaya nampak lebih 'terasing' dan 'tandus'! Jalan cerita yang 'non-linear' sememangnya menjadi makanan pengarah ini sejak kemunculan filem pertamanya lagi (S.A.M), bahkan ianya salah satu daya tarik yang tersendiri buat penonton. Susun atur plotnya boleh dikatakan setanding filem Hollywood. Tidak sukar difahami kerana penonton bisa mengasingkan garis masa antara realiti dan fantasi. Waima menjadi cantuman 'puzzle' di akhir cerita.



Sinematografi yang terkadang terlihat 'mahal' dan 'murah' menimbulkan perasaan yang tidak sedap di hati (penulis sahaja). Aku faham bila pengarah, penulis, DOP serta lakon layar mungkin sekali daripada sentuhan Syafiq sendiri, tetapi rasanya terdapat ruang kualiti antara 'shot' (mungkin ada ketika lensa kamera bertukar tangan). Ruang kualiti yang aku maksudkan tidak termasuk scene untuk skrin hijau/CGI. Pengecualian ini diberikan atas sebab ianya adalah filem Melayu Malaysia! Apa pun alasannya, pengarah berjaya mentafsirkan hubungan antara yang tersurat dan tersirat. Sesuatu yang membanggakan bila kita punya such visionary director in town!



Pengakhiran cerita pula dirasakan terlalu terbuka dan terlalu mencuba untuk menyekolahkan penonton (lihat sahaja watak Aiman pasca butanya). Atas alasan itu, penonton tidak diberikan kesempatan untuk berfikir dan menhadam nilai-nilai tersirat yang sudah cantik disulam dari awal cerita. Aku sesekali tidak punya masalah dengan bait-bait nasihat dari Aiman serta petikan Sabda yang ada di dalam filem ini, bahkan aku menyukainya. Tapi sesungguhnya 'placing' yang tak kena tempat membuatkannya agak hambar dan 'feel'nya tak dapat dijiwai dengan sempurna.




Secara keseluruhan, filem ini baik untuk di tonton oleh ramai orang. Walaupun bukan yang terbaik, banyak iktibar yang boleh di guna pakai. Jujur aku katakan, persoalan solat antara mahukan sesuatu atau memangnya Tuhan itu berhak disembah (pertanyaan Maya kepada Aiman), membenakkan kesayuan dalam jiwa. Mungkin persoalan ini akan terpasak dalam mindaku buat selamanya. Persembahan watak Aiman & Maya juga sebenarnya boleh aku ibaratkan seperti Kisah Adam & Hawa yang dicampakkan ke Dunia (desolasi); mencari jawaban Ilahi atas kekhilafan diri sendiri. Hanya cuma pengarah tidak mahu pergi terlalu dalam sehingga boleh dilabelkan 'haram' oleh LPF.



Akhir kata, terdapat satu scene yang boleh menaikkan bulu roma aku ketika mana Aiman mampu berhubung dengan Maya di kawasan lapang (luar Hospital). Walaupun Anton Babinski bukanlah sindrom yang asing dalam dunia sebenar (bukan ciptaan Syafiq), ini adalah merupakan idea yang paling unik sepanjang filem ini berlansung (lagi-lagi ketika Doktor itu melaungkan 'This is impossible').



Filem ini akan jadi lebih baik jika:

  • Kapsyen; “Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan surga bagi orang kafir.” (HR. Muslim no. 2392) boleh diletakkan pada awal cerita, sebelum bermulanya 'opening credit'. Cara ini biasanya lebih membuatkan penonton untuk mudah 'lupa' akan pesanan awal (sebab dah terbuaikan dengan 'kesesatan' Aiman) dan bila masa sampai penghujungnya, baharulah penonton 'trigger' semula untuk mengaitkannya dengan konsep Desolasi.
  • Melebihkan scene 'tension' dari watak Aiman untuk keluar dari dunia Desolasi. Point ini di ketengahkan berpunca dari 'kegembiraan' yang amat sangat & 'penafian' Aiman untuk keluar dari desolasi (ketika perbualan dengan watak Maya di sebuah taman). Ini agak bercanggah dengan sifat Aiman sebelum bertemu Maya.
  • Manipulasi mesin desolasi agak terhad kepada pesakit Anton Babinski sahaja. Alangkah baik jika dapat digunakan ke atas Ayah Aiman juga. Alasannya, hubungan yang kuat atau DNA antara bapa dan anak memungkinkan pencarian dalam desolasi. Definisi mesin tersebut juga boleh di tambah sebagai pemanis cerita (sudah alang-alang berfiksyen).
  • Disebabkan watak Maya terlalu sedikit/kecil, eloklah kiranya pengarah meng'ada'kan 'alternate ending' dengan 'twist' yg ke-3. Alternate ending ini bagi aku sangat penting untuk memuncakkan lagi rasa 'WOW' oleh penonton. Cadangan aku; Maya adalah bukan dirinya sendiri, 'dia' adalah ibu Maya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan (seperti mana yang Doktor itu ceritakan). Berdasar dialog Maya "Aku tak gila", ia sangat sesuai dengan twist aku ini. Bagaimana Maya boleh pulih dan berkahwin dengan Aiman? Ini sangat gampang diceritakan. Boleh jadi apa sahaja yang pengarah mahukan :)

Verdict: 3.5/5 ☆☆☆⭐

“Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir.” (HR. Muslim no. 2392)


Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.