Showing posts with label Cracked. Show all posts
Showing posts with label Cracked. Show all posts

March 13, 2017

Proton Iriz: RM200 untuk 1000km?

Genap sahaja hari ini (41 hari), tamatlah sudah eksperimen secara terperinci aku terhadap penggunaan bahan api (FC) untuk mobilku, Proton Iriz. Bermula dengan kenaikan harga (RM2.30/l) bahan api sejak 1 Mac 2017 yang lalu, tekadku memerhatikan setiap digit yang berubah pada panel digital papan pemuka. Bagi mengasingkan perbelanjaan seharianku dengan kos bahan api kenderaan, aku telah meletakkan sejumlah wang tunai sebanyak RM300 ke dalam kotak simpanan sebelah pemandu sebagai anggaran maksimum sebulan. Atas sebab yang tak dapat diduga, aku terpaksa mengeluarkan sebahagian daripadanya (RM100) untuk kegunaan pelbagai (miscellaneous cost). Maka tinggallah cuma RM200. Isian berperingkat adalah seperti berikut;

RM60+RM50+RM60+RM30=RM200

Berikut adalah faktor-faktor yang memungkinkan FC pada capaian per 1000km;

A) Ujian malar:-
1-Pemanduan bandar

B)*Pembolehubah:-
1-Petronas RON95
2-Tayar & rim standard
3-1.6 Transmisi Manual
4-Potent Booster: Sport level 1
5-Minyak pelincir: Sintetik penuh
6-Penapis udara Works Engineering 

*Faktor-faktor yang mempengaruhi ujian malar.

February 3, 2017

Kantoi: Filem Kacukan yang Murni

Kala ini, terdapat banyak filem yang dihasilkan di atas kejayaan filem yang lain. Peribahasa Inggeris 'reinventing the wheels' sangat ketara apabila melibatkan jalan cerita yang seakan sama dan seperti dibuat semula. Bukan disebabkan oleh kekurangan idea segar, tetapi lebih kepada mencari jalan selamat. Namun begitu, tidak sedikit pembikin filem yang berjaya memanfaatkan cerita asal yang 'pecah panggung' ini kepada interpretasi dan gaya penceritaan yang tampak OK malah mungkin lebih baik!

Apa yang aku maksudkan sebagai filem-filem murni adalah filem yang tidak hanya 'tangkap muat' tapi juga bermaruah dalam menyampaikan naskhah berkualiti dan punya jiwa. Berikut adalah filem-filem pilihan yang boleh aku kategorikan sebagai filem kacukan yang bermaruah (sebelah kiri); Kesemua enam (6) filem di bawah membawa premis cerita yang berbeza secara total tetapi mempunyai idea yang tipikal dengan filem sebelumnya (sebelah kanan). 

1. Arrival v Interstellar

test
Arrival (2016): Teka-teki 3000 tahun (alien language pattern) diselesaikan dengan watak Dr. Louise Bank yang boleh melihat masa depan (halusinasi).
Interstellar (2014): Teka-teki anomali (dust pattern) diselesaikan oleh Dr. Brand yang dibantu oleh bapanya, Cooper yang terperangkap dalam ruang masa depan (tesseract).


2. Fan v The Terror Live

Fan (2016): Gaurav Chadana mendesak permohonan maaf daripada Aryan Khanna akibat penghinaan melampau walhal dia adalah seorang peminat 'kipas-susah-mati'nya.
The Terror Live (2013): 'Culprit' mendesak permohonan maaf daripada pemimpin tertinggi negara itu akibat pengabaian pekerja kontrak yang mati lemas ketika proses pembinaan jambatan.
*Aftermath (2017): Filem lakonan Arnold Schwarzeneggar ini juga punya idea yang sama, kemaafan atas sebuah kekhilafan. Diinspirasikan dari kisah benar pertembungan dua pesawat penumpang.


 3. Drishyam v Perfect Number

Drishsyam(2015): Seorang bapa yang gemar menonton filem suspen thriller memanipulasi fakta benar sebagai umpan kepada bukti alibi oleh pembunuhan tanpa niat ke atas anak pesuruhjaya polis.
Perfect Number (2012): Seorang guru matematik yang memanipulasi fakta benar sebagai umpan kepada bukti alibi oleh pembunuhan dengan niat ke atas bekas suami jiran sebelah.

*Sila klik imej untuk melihat persamaan antara mereka!

January 15, 2017

Kantoi: Biarkan Cinta Tersenyum Lagi

TAJUK : Biarkan Cinta Tersenyum Lagi
TARIKH / MASA : Sabtu, 14 Januari 2017, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENGARAH : Bade Hj. Azmi
TERBITAN : Excellent Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Sari Yanti, Adam Shahz


Kisah penulis lagu Maya Arisa yang menghidap tumor otak dan mengimpikan untuk berkahwin. Dia kemudiannya bertemu dengan seorang jurugambar bernama Redza. Lakonan Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Sari Yanti dan ramai lagi.

Penggunaan 'wireless microphone' amat popular dalam industri kewartawanan dan pengacaraaan. Kemudahan itu juga diterapkan dalam drama dan filem tempatan bagi merekodkan real-time audio. Tujuan utama aplikasi alat ini amat berguna untuk pasca produksi drama atau filem apabila proses suntingan suara dijalankan. Lebih-lebih lagi dapat menjimatkan masa dari membuat 'dubbing'. 
Klip berikut menampakkan 'mic transmitter' yang dipakai oleh pelakon Aeril Zafril dalam salah satu babak dalam drama itu ketika mengangkat isterinya (Wawa Zainal) dari katil. Tidak sama sekali mencacatkan adegan tersebut tetapi sesuatu yang memalukan bagi mereka yang teliti seperti aku! Apalah salahnya kalau penagarah meminta untuk di 're-shoot' (bukan berdialog pun) 😂


Sekadar gambar hiasan

Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.