Entah yang ke berapa kalinya aku menonton dokumentari penuh air mata ini, ia tetap tidak membosankan seperti mana juga filem-filem Almarahum Tan Sri!
Showing posts with label B.e.a.u.tiful Stories. Show all posts
Showing posts with label B.e.a.u.tiful Stories. Show all posts
February 9, 2017
January 20, 2017
Kian Muda untuk Mati
"Yang paling dekat adalah kematian. Yang paling jauh adalah masa lalu. Yang paling besar adalah hawa nafsu. Yang paling berat adalah memegang amanah. Yang paling ringan adalah meninggalkan sholat. Dan yang paling tajam adalah lisan manusia. -Imam Al Ghazali-"
Dalam satu kitaran hidup, pasti akan wujud permulaan dan pengakhiran. Tiada kira sebarang makhluk. Tiada had sebarang semesta. Kalau dapat dilukiskan satu garis masa di minda, aku dapat bayangkan seperti melihat satu titik yang sedang bergerak meniti garisan kelabu dan meninggalkan garisan merah di belakang. Tidak seperti di YouTube, aku tidak sama sekali mampu menjedakan titik itu mahupun kembali ke garisan merah! Hakikatnya, titik itu makin hampir ke penghujung tanpa perlu aku berbuat apa-apa.
Pastinya penghujung itu takdir ajal kita. Setiap detik makin mendekat dan berkurang. Apakah masa-masa yang tersisa ini kita punya waktu untuk memikirkan sesuatu? Alasan untuk berfikir dilihat suatu yang lebih relevan kala ini. Rata-rata manusia itu 'malas'. Jika tidak dirasakan perlu, malas itu bantalnya. Kerna perbuatan itu lebih berat dari berfikir. Sememangnya tidak cukup untuk hanya berfikiran, harus melakukan! Pokoknya, wajib kita mengingat akan destinasi akhir sebab ianya semakin hampir.
Hari ini kita melihat ibu dan ayah di sisi. Esok sahaja belum tahu. Hari ini kita melihat matahari indah. Malam nanti ada sinar bulan pun tak tahu. Meski ketidakpastian itu sesuatu yang bisa 'memeranjatkan', namun mati itu lebih 'suprise'! Jika benar memikirkannya dengan dalam-dalam, bergetar tangan, berpeluh dahi. Tapi manusia akhir zaman ini bukan layaknya para sahabat. Kian lama, Kian jauh. Kian lama, kian lupa. Begitu jualah ia lupa akan mati.
Demi Tuhan maut itu sungguh menakutkan bagi yang mengerti. Dekat dengannya sehingga sehelai kertas pun tak bisa menjauh. Gelapnya sampai hitam itu bukan lagi warna. Seruannya sudah dulu disahut Izrail. Hanya cuma, menunggu saat dan ketika!
Jalan raya... Bukan hanya untuk berjalan. Tujuannya terletak pada setiap langkah ke hadapan. Jalan yang tak dibuat demikian, bukanlah jalan. Jalan itu terbuka untuk semua orang. Tapi bukan semua yang boleh melaluinya! (Jang Geu-rae, 2014). Andai kaki yang melangkah itu benar, maka mautnya itu indah!
... استغفر الله العظيم واتوب اليه
January 5, 2017
KR: Kafir yang Lebih Islam daripada Muslim
![]() |
| Keanu Reeves |
*Dipetik dari 'post' bertarikh 21hb Februari 2016 yang disiarkan dalam akaun Facebook beliau...
"Saya tidak boleh menjadi sebahagian daripada dunia di mana lelaki memberi pakai isteri-isteri mereka seperti pelacur dengan mendedahkan segala-galanya yang perlu dihargai. Di mana tidak ada lagi konsep kehormatan dan maruah, dan kita hanya boleh mempercayai mereka yang berkata 'Saya berjanji'.
Di mana wanita tidak mahu kanak-kanak, dan lelaki tidak mahu sebuah keluarga.
Di mana ada yang percaya diri mereka berjaya dengan harta bapa mereka, dan seorang bapa yang rasa berkuasa untuk membuktikan kepada anda bahawa anda bukanlah siapa-siapa.
Di mana orang berpura-pura mengaku dirinya beriman kepada Tuhan walhal punya arak di tangan mereka, dan tidak punya pemahaman agama.
Di mana konsep cemburu dianggap keji, dan kehormatan dianggap sebuah kerugian.
Di mana orang terlupa tentang cinta, tetapi hanya mencari pasangan yang terbaik.
Di mana orang membaiki setiap kerosakan kereta mereka, jimat tak bertempat, masa terbuang dan mereka begitu miskin sampaikan sebuah kereta yang mahal boleh menyembunyikannya.
Di mana si lelaki membazirkan wang ibu bapa mereka di kelab malam, berkelakuan tidak senonoh, dan si perempuan boleh pula jatuh cinta dengan mereka.
Di mana lelaki dan wanita tidak lagi dapat dibezakan dan semuanya ini dipanggil kebebasan memilih, padahal bagi mereka yang memilih untuk berbeza bahkan dikutuk serta dikecam.
Saya memilih cara saya, tetapi malangnya saya tak nampak pemahaman yang sama ini wujud di kalangan semua orang yang saya anggap penting... "
~ Keanu Reeves
Semoga Terinspirasi!
November 17, 2010
Korban Rasa
Salam Eidul Adha…
Sesuai dengan sambutan Hari Raya Haji tanggal 1431 Hijrah ini, ingin sekali aku mengungkapkan rasa syukur pada yang Esa kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bertaubat, insya’Allah. Walaupun aku tidak tahu sama ada berada di dalam lingkungan taubat ataupun tidak, allahu a’lam! Namun yang pasti itu sudah tentu taubat yang belumnya sampai ke tenggorokan. Terkadang ungkapan rasa taubat difikirkan terlalu anak-anak, sampai ketika melakukan nista itu gampang sekali terjadi. Begitu dosa dibuat, begitu juga taubat terungkap… aduhai manusia yang tiada maksum, tegar kau melakukan itu dan ini yang jadi murka-Nya!
Ya, sungguh benar manusia sepertiku tidak terlepas dari mengerjakan dosa dan maksiat, tapi tidakkah kau teringat akan rasa taubat yang dulu? Apa benar kau telah menginsafi diri lantaran noda-noda itu? Ahh, sudah tentunya tidak! Masakan tidak, hanya kerana bisikan ablasa yang sedikit pun mampu memesongkan… inikan pula jeritan-jeritannya! Sudah sepatutnya aku jadikan hari ini sebagai titik tolaknya sebuah taubat yang nasuha… mungkin acapkali kita mendambakan taubat, tapi apa ianya sebuah taubat yang sebenar-benarnya? Hidup berkalang noda seringkali menenggelamkan rasa taubat. Sekejap-sekejap termuhasabah, tapi selalu-selalu tersesat…
Berperang dengan diri sendiri itu lebih hebat bukan? Musuhnya tiada nampak, bahkan menyorok dimana pun tiada jumpa. Betapa nafsu bersaraf dalam jiwa amat payah dicabut. Begitu hebat manusia yang dapat memeranginya! Sehinggakan pahala jihad itu didapat ke orang-orang yang melawan nafsu. Subhanallah… , kiranya dapat mengorbankan rasa yang tidak-tidak itu besar manfaatnya pada diri sendiri apatah lagi ia sebuah pengabdian pada Tuhan! Rasa ingin bertaubat tidak patut dilengah, wajib disegerakan! Sebab hayat yang terjasad ini tiada tahu bila akan pergi… tiada tahu bila sampai ke tenggorokan… tiada tahu….:’(
p/s: Berkorbanlah...Wallahu a'lam...
November 9, 2010
Rezeki Manusia
Bismillahirrahmanirrahim...
Yang dipanggil rezeki itu bermacam-macam bentuknya dan segala macam bentuk rezeki itu sudah termaktub di Luhul Mahfuz. Tiada soal berupa apa, bagaimana dan bila ia datang. Justeru telah ia ditentukan oleh Maha Penentu Rezeki kepada hamba-hambanya. Rezeki itu bukan sama sekali diraih, bahkan rezeki itu adalah kurnia Tuhan atas usaha dan keringat manusia yang mengerjakannya. Manusia itu tidak pantas mempersoal keringat juga kepayahannya dalam menentukan hasil apa yang ia akan dapat. Dan sesungguhnya, rezeki itu adalah juga sisi daripada takdir yang terpena diatas jaluran hidup manusia. Asalkan saja manusia itu mengerti akan natijah sesuatu yang ia kerjakan pasti tidak akan murung dan sering bertanya-tanya.
Dewasa ini, bukan sedikit orang-orang yang menanam cita-cita menjadi bangsawan dan karyawan tersohor. Diperah keringat sekonyong-konyongnya demi meraih jabatan atau pangkat dalam menyusun masa depan hidup. Malah dicoretkan pula pelan-pelan hidup yang memungkinnya untuk terus bermisi dan bervisi. Sungguh ia sesuatu yang membanggakan apabila segala yang dirancang itu menjadi kenyataan. Sudah ia dapat meraih impian juga mimpi yang jadi idamannya selama ini, diraikan pula dengan itu dan ini. Tapi dengan segala perancangan yang rapi itu, tidak banyak pula yang menyedari adanya akan takdir dan rezeki Tuhan!
Dengan pernyataan yang digaris bawahi ini, ternyata manusia masih berselingkuh dengan impian semata tanpa memikirkan kemungkinan yang akan terjadi. Ini dibuktikan apabila terdapat segelintir manusia yang selalu bertanya-tanya untuk hal yang tidak-tidak. Sebagai contoh yang paling hampir dengan kehidupan remaja masa kini, seorang pelajar yang dengan gigih melaksanakan pengajiannya dengan keputusan yang cemerlang sering menanggapi kerjaya yang indah-indah setelah pengajiannya selesai… sesuai dengan kredibiliti dan perolehan yang ia dapat. Sesudah itu, diusahakan pula dengan keras supaya apa yang dicita-cita itu ia dapat. Bahkan tidak sekadar itu, di dalam lembah cita-citanya itu, dia sudah bermimpi-mimpi tentang apa yang akan ia perlakukan dengan gajiannya itu…
Sungguh dalam cita-cita dan impian manusia sehingga terkadang lupa bahawasanya kerjaya dan gajian itu bukan hanya sekadar datang dengan usaha yang berlipat-lipat tapi harus juga dengan adanya rezeki kurniaan Ilahi. Justeru, tidak kita hairankan bila mana manusia itu tidak dapat apa yang ia cita-citakan, ia terus meratap dengan ratapan yang paling dasyat! Rasa murung yang berlebih-lebihan sehinggakan terasa ia kan lelah penat itu tidak berbayar… astaghfirullah… sedalam mana usaha, setinggi mana doa dipanjat, jika sudah tertulis rezeki dan jodoh itu seperti apa yang diinginkan Allah, pasti seperti itulah layaknya manusia menerima. Bukan mengabaikan usaha dan doa tapi manusia itu sememangnya harus tahu tawakal! Berserah atas apa jua yang ditakdirkan oleh-Nya. Berusaha untuk faham akan hikmah jua ketentuan-Nya. Dan dengan pasti sesuatu itu berlaku atas dasar alasan yang terkadang manusia itu pun tidak perlu tahu!
Atas sebab itulah manusia tidak seharusnya memanjangkan hal-hal yang tidak-tidak. Bukan bererti tidak memikirkan kesan dan akibat tapi fikirlah hanya sekadar apa yang perlu difikirkan. Insya’Allah, atas usaha, doa dan tawakal semata-mata mengharapkan redha Allah, nescaya manusia itu akan beroleh kebaikan daripadanya. Dengan cara apa? Bila dan bagaimana? Itu yang tidak harus difikirkan oleh akal pendek manusia. Percayalah wahai manusia yang bergelar Muslim dan Muslimah, rezeki itu sudahnya Allah tentukan qada’ dan qadarnya bagi setiap insan di dunia ini, hatta kepada yang bukan Muslim sekalipun. Dua kemungkinan tempoh masa, sama ada cepat atau lambat sahaja. Tidak usahlah acapkali merunsingkan hal yang tidak pasti. Jauh lebih baik memikirkan yang sudah pasti – AKHIRAT!
“Bukan TIDAK ada rezeki, tapi BELUM ada rezeki!”
Wassalam.

October 1, 2010
Phase 2
This is it! Alhamdulillah...
after day by day...waiting,
at last...
today is my SIXTH day of fasting during Syawwal...
and tomorrow will be my second phase of Raya,
even it quite late but thank you Allah for giving me such great chances...
The Six Days like no other...
not a long one...
but why?
still hard to accomplish huh...
congrats to everyone who manage to 'finish' them earlier!
you have such incredible strength & determination,
may Allah grants us the rest 365 days we desired...
Insya'allah...
And as for now...
Ramadhan, you'll surely be missed...
like a year from now,
thus, we'll be waiting...
you are worth waiting though
oh Allah,
meeting Your wonderful month,
September 21, 2010
Yang Paling Amat Sangat Jauh Sekali
Tiba-tiba hati ini begitu sayu tatkala memikirkan... membuat aku jadi gundah gulana, resah gelisah, lagi resah dari Himpunan Kisah Resah Gelisah milik Saudara Terpuji. Mungkin hal yang satu ini bukan jadi hirauan juga kisahan orang-orang sekeliling. Malah kemungkinan pula jadi cacian dan keluhan sinis orang-orang yang bukan hirau dan kisah itu. Tapi, saat terdetik peristiwa-peristiwa itu, tidak sedikit yang memperkatakan itu dan ini. Mereka sering sahaja menjadikannya cerita, pengalaman, ungkitan, sejarah, pedoman serta sempadan. Sememangnya ia adalah sebuah tempat yang paling amat sangat jauh sekali… Jadi, dimanakah ia???
Tentu sahaja ada diantara kita semua yang merasakan meraka tahu dimana ia berada. Bahkan aku percaya langsung omongan mereka itu. Tidak ada satu pun patah kata yang terhambur dari mulut-mulut itu yang berdusta. Tapi, apabila ditanya bagaimana mahu ke sana, aku sungguh pasti, nescaya mereka tidak pasti malah tidak tahu pun. Ketahuilah teman-teman, sesungguhnya tiada yang paling jauh dari tempat itu. Sehinggakan tiada kenderaan yang dapat ku pacu ke sana. Tiada laluan yang bisa jadi haluan. Tiada jambatan yang bisa jadi penghubung. Malah, walau sedekat tapakmu itu melangkah, masih tidak dapat kembali ke sana lagi. Sungguh, ia amat jauh sekali... jauh hinggakan tiada unit pengukur yang dapat menyukat jaraknya!
Aku pernah mendengar kalau memangnya ada pepatah orang melayu-melayu... “jauh di mata, dekat di hati”, indahnya bahasa-bahasa bangsaku ini. Pepatah ini kurasakan ada juga benarnya. Tapi, yang tak terlihat oleh mata itu insya’Allah akan kembali lagi dan yang jauh itu mendekat ke tubir mata, lagi dekat yang dihati. Walhal yang aku bicarakan sekarang ini bukan setakat di mata tidak nampak bahkan tidak berbekas dalam hati…itulah dia… Sang Masa Lalu…
Masa lalu telah membawa kita benar-benar jauh dari apapun yang kita pernah singgahi. Demi pulang kesana, hanya ingatan jitu sahaja tidak cukup. Kenapa aku sering mengatakan mahu pulang kesana? Bukankah yang telah lalu itu biarlah ia berlalu? Tidak usah dingat-ingat kembali. Tiada gunanya. Tapi dampaknya akan berbeda kalau kita tahu kemana usia muda kita telah pergi… Apa jua yang telah kita kerjakan di seperjalanan usia ini. Atas urusan apa yang menjadi landasan pengembaraan yang jauh ini…???“…Hari ini akan jadi semalam dan esok akan jadi hari ini… Aku berada di tengah keramaian orang-orang yang sibuk mengejar mimpinya, Aku melihat indahnya dunia di kota-kota yang berbeda, Nyata sekali ini mimpiku, yang tak pernah berhenti… Aku percaya dalam hidupku akan ada mimpi yang Tuhan izinkan terjadi, Tangis air mata pengorbananku takkan pernah membuatku berhenti percaya, Ini mimpiku…”
September 16, 2010
Hadiah Buat Si Dhia
Apa sudah kau lanjutkan pengharapanmu,
Demi, ingin sekali Dia mendengar rayuanmu,
Memohon dan menatap,
Justeru Dia menyerakkan rahmat kepadamu,
Apa tidak kau bersyukur dikarunia usia ini,
Kerana masih dapat merangkul jasad,
Kerana masih terasa kembang kempisnya dada,
Apa sudah?
Ukhti,
Aku ingin sekali seperti santri berlabuh putih itu,
Yang menekupkan tangan-tangannya di atas jilid-jilid Maha Mulia-Mu,
Tak terintai olehnya lambaian sinis juga gurisan tragis,
Persis mereguk pahala yang tak henti-henti berkunjung,
Walau kau masih manusia sepertiku,
Kau tetap dengan sirna kemuliaan,
Menjadikan aku begitu mahu,
Semahu-mahunya!
Ukhti,
Jangan kau palingkan kiblatmu,
Demi aku mencintai kiblatmu itu,
Rapatilah dakapanmu pada-Nya,
Nescaya aku kan mendakapmu jua,
Usia ini tidak sedikit untuk beralasan,
Makin saat ini berdetik,
Makin tunggangan merempuh riwayat dan hikayat,
Moga cukup segala bersifat,
Sebelum nafas rindukan hayat...
p/s: Dhia, Selamat Hari Lahir...ini bukan nasihat bahkan ini jua yang ku ingat!
September 8, 2010
Sesuci Lebaran
Assalamu'alaikum w.b.t buat semua teman-temanku!
Walaupun esok hari terakhir berpuasa, namun waktu yang singkat itu jua harus aku habiskan di pejabat (itu pun kalau saja aku masih berasa bertanggungjawab untuk hadir) sementara dapat menerus perjalanan ke desa halaman. Jika tidak, paling dasyat pun aku akan bertolak pulang esok pagi saja... Mungkin sekali senja ini senja terakhir berbuka di Shah Alam bersama teman-teman yang masih berbaki. Paling kasihan temanku Otong a.k.a Rushdi, beraya di Pusat Komersil cuma. Maklumlah, Sabahan sepertinya ini, tiket 'flight' pun sudah menjangkau miliar Rupiah... walau sudah ditawarkan tiket 'on da house' oleh kakaknya, dia menolak semahunya. Membazir saja katanya. Aku faham. Bertakbir di Shah Alam pun apa kurangnya... yang paling penting nikmat lebaran dapat dinikmati dan dikecapi bersama walau yang tersayang jauh beribu batu nautika! Salam kasihan yang tidak berbelah bahagi padamu wahai sahabat...:')Di kesempatan yang ada ini, aku ingin memohon ampun dan maaf, sekiranya perkataanku, tingkahku jua perkenalanku selama ini tidak lain dan tidak bukan hanya menyinggung peribadi serta perasaan anda semua. Sesungguhnya tidak pernah aku terniat, terlintas mahupun terdetik dihati ini ingin membuatkan teman-teman semua marah, sakit hati juga kecewa dengan apa yang telah aku lakukan. Apa yang aku coretkan selama ini hanyalah sezarah daripada hidupku yang aku rasakan terlalu unik untuk dilupakan, makanya aku abadikan dalam bentuk tulisan digital yang lebih konstruktif selain dapat dikongsikan dengan yang lain (bagi mereka yang mengikuti blog ini). Ini juga sebagai galang ganti kepada diari konvensional/tradisional yang langsung aku tidak punya...haha!:P
![]() |
| Salam AidilFitri dariku juga famili tercinta! |
"Ya Allah ya Tuhan kami, Kau ampunkanlah segala dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua orang tua kami, dosa-dosa adik-beradik kami, dosa-dosa teman-teman kami...ya Allah...Kau permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat juga sesungguhnya ya Allah, Tuhan semesta alam, Kaulah yang Maha PemurahKau dan Maha Pemberi rezeki, maka Kau kurniakanlah kami kejayaan serta rezeki yang melimpah ruah! Kau cucurilah rahmat keatas roh kaum kerabat kami yang telah meninggal dunia dan tempatkanlah mereka di tempat-tempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Ya Allah semoga engkau menerima segala amal ibadah kami sepanjang usia ini dan semoga kami akan dipertemukan kembali dengan bulan barakah bulan Ramadhan ini" Ameen ya rabbal 'aalameen...!!!":')
p/s: Selamat Menyambut Hari Raya Aidulfitri...
.
.