MERU – Ahad, 21 November 2010 - Jam sudah lewat 10.30 pagi, aku baru hendak terhegeh-hegeh menghidupkan enjin kereta. Janji untuk bertemu muka dengan teman lama dekat Stesen Komuter Rawang sudah tidak kutepati. Mujur trafik dari Serendah ke Rawang pagi ini tidak termakan begitu banyak waktu. Kurang 15 minit perjalanan, aku sudah mula mencari-cari ruang parkir di stesen. Begitu membeli top-up dan tiket, terus sahaja aku mendail satu nombor bertanyakan keberadaan si teman. Lantaran yakin dia masih menunggu, aku pun melengahkan langkahku ke platform berlepas. Sebaik desingan roda besi kedengaran, talian panggilanku bersambung. Adoilah… dia sudah berlepas bersama bunyi desingan tadi, aku yang terlepas!



Langkah kaki aku cepatkan dengan harapan tidak terlepaskan buruan. Sasaran aku amati dan aku tilik dengan saksama… belumpun aku melepaskan tembakan, terlihat aku mangsa telah ber‘darah’ dari jauh…. Merah menyala-nyala! Sedang aku membidik sasaran, ia masih tegak dan diam… ternyata bidikanku tidak menakutkannya, malah dengan sempoinya dia melemparkan senyuman yang sukar dimengertikan bujangan sepertiku… seorang lagi temanku yang ke gerbang perkahwinan November ini… Mohd Aswadillah Bin Othman bersama pilihan hatiku… eh silap… pilihan hatinya… Nur Aalia Diyana Bt. Khaini, yang juga junior sefalkuti denganku di UiTM Shah Alam… haha:P Diiringi paluan kompang a.k.a tabla, pasangan pengantin laki-laki melangkah dengan begitu perlahan dan saksama, menantikan pasangan masing-masing yang diseberang sana! Ya, ‘2 in 1’!
Aswad merupakan teman sekelasku saat ditingkatan satu, 12 tahun yang lalu dan juga teman satu dorm ketika aku ditingkatan lima dekat asrama dulu. Banyak hal yang kami kongsikan bersama saat-saat SPM dulu… alahai kenangannya! Di suatu sudut adalah hal-hal yang lalu itu usah dikenang, tapi apalah kiranya kalau hal-hal itu yang hanya membuat orang-orang mabuk dan senyum sendiri. Bukankah itu lebih baik dari menduga-duga masa hadapan..? Aswad… apa yang aku ingat pasal dia ya? Oh ya… dia merupakan ex-santri (pelajar agama) di pesanteren (ko mondok kat mane ye?):) sebelum melanjutkan pelajarannya di sekolah menengah bersamaku. Sedia maklum pelajar pondok seperti dia pernah giat menghafaz al-Qur’an. Suatu hal yang membuat aku cemburu pasal Aswad, dia… kalau menghafal teks-teks pelajaran… pergh… memang laju! Kecepatan memuat turun dan menyimpan fail sememangnya mengagumkan aku… Tapi mungkin juga tidak ramai yang memaklumi kebolehan Aswad yang satu ini.

Hampir empat tahun berkecimpung berhempas pulas memerah keringat sebagai …………. di UiTM Shah Alam, Aswad tanpa menduga pertemuan yang sebentar cuma membawanya ke jinjang pelamin… melalui seorang yang dia cukup kenali, jodohnya begitu dekat dengannya…:) selanjutnya, ikuti temubual eksklusif berikut bersama wartawan Chauntique…:P
Chauntique: Bagaimana anda mula mengenali pasangan yang kini menjadi suami/isteri anda?
Aswad: MIMPI.
Aalia: MAMA.
Aswad: MIMPI.
Aalia: MAMA.
Chauntique: Siapa yang memulakan perhubungan istimewa ini?
Aswad: MAMA.
Aalia: MAMA MEMPERKENALKAN ASWAD. BARULAH ASWAD MEMBERANIKAN DIRINYA MEMULAKAN PERHUBUNGAN.
Aswad: MAMA.
Aalia: MAMA MEMPERKENALKAN ASWAD. BARULAH ASWAD MEMBERANIKAN DIRINYA MEMULAKAN PERHUBUNGAN.
Chauntique: Bagaimana anda begitu pasti si dia yang pantas menjadi suami/isteri anda?
Aswad: SESUAI DIJADIKAN ISTERI DAN SERASI BILA BERSAMA (KAMCING).
Aalia: DAPAT RESTU DARI IBU BAPA.ASWAD MENUNJUKKAN KESUNGGUHANNYA UNTUK MENJADI SUAMI,KAWAN YANG IKHLAS DAN MENERIMA DIRI SAYA SEADANYA.
Aswad: SESUAI DIJADIKAN ISTERI DAN SERASI BILA BERSAMA (KAMCING).
Aalia: DAPAT RESTU DARI IBU BAPA.ASWAD MENUNJUKKAN KESUNGGUHANNYA UNTUK MENJADI SUAMI,KAWAN YANG IKHLAS DAN MENERIMA DIRI SAYA SEADANYA.
Chauntique: Apa yang membuatkan anda tertarik pada si dia?
Aswad: KESETIAN, KEIKHLASAN DAN KENAKALANNYA!
Aalia: HORMAT ORANG TUA,SOPAN SANTUN BAIK DAN PENYABAR.
Aswad: KESETIAN, KEIKHLASAN DAN KENAKALANNYA!
Aalia: HORMAT ORANG TUA,SOPAN SANTUN BAIK DAN PENYABAR.
Chauntique: Apa yang anda harapkan daripada seorang suami/isteri bagi menjalani kehidupan rumahtangga yang ‘mawaddah wa rahmah’?
Aswad: SUSAH SENANG SENTIASA BERSAMA DUNIA AKHIRAT (AMIN).
Aalia: MENJADI PEMBIMBING,KETUA YG ADIL, MEMBERI KASIH SAYANG SEPENUHNYA DAN YANG PALING PENTING SETIA DENGAN ISTERINYA...
TERIMA KASIH
-A&A-
Aswad: SUSAH SENANG SENTIASA BERSAMA DUNIA AKHIRAT (AMIN).
Aalia: MENJADI PEMBIMBING,KETUA YG ADIL, MEMBERI KASIH SAYANG SEPENUHNYA DAN YANG PALING PENTING SETIA DENGAN ISTERINYA...
TERIMA KASIH
-A&A-
p/s: Aswad dan Aalia...Semoga berbahagia hingga hujung nyawa!