February 20, 2012

Penulis Dungu atau Bodoh?!!

Salam,

Dalam aku membelek helaian akhbar maya hari ini, aku dapati masih wujud lagi penulis-penulis media hiburan yang bersikap tangkap muat, asal boleh, hentam keromo dan semberono dalam mengejar deadline! Ini bukan cerita budak sekolah atau pelajar universiti yang hebat dengan istilah 'copy n paste' atau 'plagiarism', tapi ini soal etika professional dan kredibiliti sesebuah media tak kira elektronik atau cetak. Sememangnya tidak mudah menghasil karya tersendiri dan punya nilai intrinsik juga ekstrinsik mega. Tapi apalah kiranya dijadikan suatu kerja itu dengan REZEKI YANG HALAL!!!

Terlalu mudah pula badan editor meluluskan entri palsu tak berwibawa menjengah pembaca-pembaca di negara ini. Malu...sudahlah kerja senang, asal menepati citarasa rakyat konon...cet piiraaahhhhh!!!! Ramai orang berpusu-pusu mencari pekerjan sepertinya, tapi tidak dia kerjakan dengan jujur, malah menipu!

Disini aku 'attach'kan link akhbar tempatan yang mencedok idea entri sebuah media luar sebagai entri untuk keluaran akhbarnya hari ini bersama link media asalnya...:P Korang boleh tengok tarikh dan masa 'released' entri-entri tersebut...GOTCHA!!!


P/s: Bilalah industri penulisan negara nak berjaya kalau masih ada segelintir penulis akhbar yang bersifat dungu sebegini?

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.