Assalamua'laikum kepada semua warga Blog Chauntique!
Ceh, konon warganya sudah jutaan bilangannya...haha...apepon semoga korang dalam keadaan yang sihat wal'afiah...minggu ini aku ingin sekali mahu berkisah tentang aktiviti hujung minggu aku yang lepas. Ya, aku telah berBroga bersama teman-teman persekolahanku... Aku tahu memangnya aku ketinggalan soal pendakian Broga ini tapi apa yang ingin dikongsikan disini adalah keseronokan bersama teman sekutukkan. Soal mendaki dan advetures itu adalah soal kedua bagiku kerana tiada apa yang tersangat istimewa melainkan lelah menantikan Sang Matahari menyingkapkan selimut paginya dan betapa lelahnya kami meninggal solat subuh dini itu. Kecewanya....
Sekitar jam satu dinihari G.A.M.E (Gg, Aizat, Muaz, Erul) transit di rumahku sebelum bertolak ke Semenyih. Sambil menantikan jam tiga, Karipap-karipap Cinta jadi santapan tidur kami. Gg pula sibuk bergayut diluar entah dengan siapa...mungkin juga Harue Hime!
Tepat jam 3 pagi, G.A.M.E bersiap siaga untuk menemui seorang lagi sahabat yang ingin menyertai kami, Khalil! Bagi memudahkan penghadaman dan pembakaran kalori, sempat jugaklah kami singgah di 7E Serendah membeli coklat dan beberapa tin minuman buat bekalan hari tua...:) Sekali lagi kami transit di Stesen Minyak Shell menjamah McD, kali ini bersama Khalil The Water Beast!!!
Keseronokan itu tidaklah boleh digambarkan dengan tulisan mahupun luahan rasa, jadi aku abdikan dalam bentuk trailer pendek yang akan menimbulkan rasa tidak puas dikalangan pengunjung blog ini...moga-moganya tidak! (Sedari awal lagi telah ku pin-up kat atas tuh)
Berikut pula adalah video footage yang sempat aku rakamkan saat2 ekspidisi mahu bermula, sedang berlansung dan hingga ke puncaknya!!! (footage ni pon aku tak edit apepon...just let it be;p)
P/s: Diantara minit-minit yang mampu membuatku tersenyum sinis (sambil berguling2) tatkala menonton klip diatas ialah:
1) "This is so easy, no adventure maa..." si Aizat berkata bongkak.(01:17)
2) Tindakan 18SX Khalil memukul-mukul bontot Si Erul yang munggil(11:45)
3) Reaksi Erul & Gg mengangguk-angguk tanda setuju selepas memberi sepatah dua belas kata (10:47)
4) Tindakan spontan Aizat mencucuk isi perut Si Khalil serta reaksinya:p (10:56)
LOL:P
No comments:
Post a Comment