November 25, 2011

The Adventures of Tintin: Animasi Terbaik?


Assalamualaikum semua!

Sudah sekian lama kurasa tak review filem dan kali ini dirasakan sesuai untuk melakukan sedemikian (mengisi ruang kosong yang ada sebenarnya). Isnin yang lepas aku berpeluang menonton wayang bersama rakan sekerja untuk tayangan larut malam. Ya, The Adventures of Tintin: The secret of Unicorn adalah filemnya! Dan ini pertama kalinya aku menonton dalam 3D. 

Ramai pihak terutamanya di Hollywood mengatakan ini merupakan filem animasi yang sukses dan yang paling mendapat perhatian media sekitar pelancarannya. Tidak dinafikan dari segi  visualnya memang mengagumkan sesuai dengan tema filem ini yang penuh dengan aksi mencabar! Teknik motion capture yang real juga menghidupkan lagi watak-watak yang dicipta melalui adaptasi ini. Lagi-lagi ini merupakan buah tangan dari pengarah tersohor, Steven Spielberg!

Semuanya indah dan cukup mempersonakan sehingga aku terlupa ia sebuah animasi (perasaan yang sama aku rasakan ketika menonton Avatar). Aku amat meminati karya-karya animasi barat yang sebelum ini banyak diantaranya yang mengenengahkan emosi sebagai umpan untuk menyentak perasaan penonton, tapi ini tidak ada pada Tintin! Tintin memang terbaik dari segi aksi, plot misteri dan fast-facing storyline, tapi dari sudut lain ia kekurangan jiwa. 

Sebuah filem animasi tidak lain dan tidak bukan adalah menghidupkan watak-watak didalamnya bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi juga rohnya. Maksud aku tidaklah begitu mudah difahami tapi lihat sahaja siri Toy Story, walaupun semua tahu ia sebuah filem animasi 'mainan' (bukan manusia), penonton dapat merasakan jiwa didalamnya. Bagaimanapun ini cuma pendapat peribadi aku bilamana ada yang tidak bersetuju denganku.

Apepun alasannya, penonton tetap terhibur dengan komedi dan aksi luar biasa didalamnya. Dan aku yakin ini bukanlah 'the one and only' filem Tintin oleh Mr. Spielberg, pasti akan ada installment yang akan datang dengan misteri-misteri yang yang lebih mencabar. Siri Tintin tidak akan ada sequel tapi lebih banyak kepada installment bersifat independent! 

Sekian.



2 comments:

  1. I'm agree with you about the 'jiwa' thingy. Moreover its adventure/detectives film. So, it quite complicated. It's a thinker film.

    ReplyDelete
  2. yeah u r right...but Detective Conan had done it nicely! both 'Jiwa' n thinker:P

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.