Salam semua!
Setelah genap dua minggu berhempas pulas menyunting video Cik Eryanie, akhirnya berhasil juga aku meng'upload'nya di Youtube. Untuk video dalam post ni, ia sebenarnya merupakan sequel daripada episod yg lalu- Pretty Love. Untuk memberi kelainan daripada video-video yang terdahulu, aku cuba menyelitkan unsur-unsur yang jarang aku lakukan sebelum ini. Kalau diperhatikan dari awal hingga akhir klip ini, opening, klimaks n endingnya merupakan eksploitasi outdoor shooting... Aku merasakan teknik ini lebih meninggalkan impak dan mood tema perkahwinan tidak sedikit pun terganggu olehnya. Dimasa yang akan datang aku akan cuba lebih memfokuskan emosi dan keadaan sekeliling. Video yang tidak terlalu straight forward pon akan jadi menarik asalkan tidak lari daripada konsep yang ingin disampaikan.
Alhamdulillah... setakat ini aku sudah punya portfolio yang agak lengkap. Daripada episod majlis pertunangan, pernikahan dan walimatul urus. Akan datang... tidaklah aku mengerti. Mungkin juga sebuah filem pendek...haha...so I wish! Berangan kuat betul aku nih.... Apepon aku akan cuba yang terbaik untuk karya-karya yang akan datang, terutama dari segi senimatografi, cinematic look n screenplay. Color correction/temperature pon merupakan perkara paling asas dalam sessi penyuntingan sesebuah video. Banyak lagi yang perlu aku pelajari demi menghasilkan karya yang bermutu dan punya 'production value' yang tersendiri...
No comments:
Post a Comment