August 30, 2010

Hanya Mampu...

Sobahal khair wassalamu'alaikum w.b.t...

Wahh...pagi ni betul2 menduga kiteorang satu rumah...haha...sedar2 je dari tidur, jam telah mendetikkan saatnya ke sudut imsak yang paling hujung. Air dan roti sepantas kilat disambar olehku bagai si helang menjunamkan dirinya ke permukaan air di Langkawi...ade jugak yg meratah dan melahap burger dengan gigitan yang paling dasyat! Tapi...dengan hanya satu laungan keramat...diri kami menjadi begitu kaku, gugup, terkedu, dan kejang...alamak dah azan ker??? (buat2 tanya pulak, punyalah kuat azan tu)...
HANYA...ratahan dasyat Syafiq, mengunyah sambil mendengar azan:)
Belum pun sempat menjamah sedikit air dan roti, keluhan kekecewaan jelas tampak pada wajah masing2...hehe...walaupun mulut tak bisa berbicara...plastik roti yg telah dilonggarkan sebentar tadi terus diikat kemas kembali dan dikembalikan ke tempat asalnya. Bagaikan si helang yg terlepas hasil buruannya yang rebah kembali ke dasar sungai....Demi...menjalankan perintah dan tuntutan-Nya...akur dan pasrah kami bahawasanya perancangan Allah itu lebih baik! 

Dan semestinya terdapat padanya hikmah yang belum atau telah tersingkap!
Tanpa kita sedari....:')

Wassalam!





Jumaat Dini di Perdesaan

Assalamu'alaikum w.b.t my beloved readers!

For the first time of Ramadhan having 'sahur' with my mom n the other siblings...even it quite late but that's okay - JIT concept applied - haha:P That's real 'sahur'! Procrastination of 'sahur'....it's a 'sunnah' of Prophet Muhammad p.b.u.h...:')

Normally I don't eat heavy meals like rice and other side dishes...just having some breads and Radix coffee...sometimes biscuits hehe...but of course, this is home, where, lots of food supplies and the most important thing..we have kitchen! All preparation made by you, mom, you just wake me up and serve me lovingly...love u mom! I'm really sorry for not helping you...much...but I'm always be there if u need me...occasionally:) Insya'Allah...:')

End of indaver language...haha!

Coming back to what we called as a 'Lingua Franca' of this great Nusantara!

VROOM...jentera berkuasa dugong!
Usai bersahur, selang entah berapa minit kemudian, terdengar pula akan laungan muazzin sayup-sayup...terasa cepat pula panggilan subuh dini ini. Bergegas aku membersihkan apa yang patut. Cepat-cepat pula kaki ini melangkah, menyarung kain dan baju kurung. Aku maklum, disini bukan semacam di kolej yang 'perehatan'nya agak lewat dan masih boleh berlengah untuk mendapatkan sujud yang istimewa di pagi ini. Throttle dipulas dengan agak keras meredah lorong di perdesaan ini. Wah, dingin sekali! maklumlah bukan selalu menunggang begini ke rumah-Nya. Walau berlengan panjang dan bersarung labuh, embun dini bagai menyelinap juga ke dalam rongga busana ini....sambil dihembus juga bau basah yang menyegarkan...fuhh enaknya sehingga menggigil!

Tiba sahaja aku di perkarangan milik-Nya, jemaah telah pun bermula...entah berapa detik telah berlalu tiadalah dalam pengetahuanku. Jentera ditongkat, kaki diangkat, saf didekat, aku merapat! Allahu Akbar!....selang beberapa potong ayat, imam pula bersahut "Allahu Akbar"...demi, kami merukuk....arrghh....terlepas sudah!:')

Usai 'berehat', salam diberi dan doa dipanjat memohon dari yang empunya alam, diisi pula dengan kuliah subuh sehingga mentari menyirnakan lembayung kemerahan di ufuk Timur. Walau sedikit kecewa, tapi aku masih bersyukur...ditetapkan hati...untuk ke sini, alhamdulillah! Semoga Allah mengurniakan pahala, taufiq, hidayah serta rahmatNya kepada aku dan seluruh pelusuk perdesaan ini sekaligus yang menganuti agama agung ini...ameen!

BUNNY...hope to see you again!
Sejurus tiba dihadapan rumah, terpelik aku disambut dengan kehadiran seekor arnab putih yang sungguh chauntique! bertanya-tanya pula aku dari mana ia datang. Sedang ia berlari anak-anak di halaman dan menjamah buahan mempelam yang telah gugur dari pohonan sebelah...sempat juga kau merakam telatah comelnya itu...jadi teringat pula aku ketika abah pernah memelihara spesis yang sama saat teratakku masih di Kalumpang! Kini tidak lagi...abah telah membebaskan mereka ke dalam hutan yang berdekatan ketika itu...sayangnya tatkala mereka itu sedang pesat membiak:) Tinggi jugak 'maintenance' dieorang ni lagaknya...

Wassalam...:)


August 26, 2010

Puasa itu Perisai!

Salam 1 Ramadhan...:)

Tazkirah pasca  Zohor sedikit membuka ruang minda yang terkadang beku ditiup syaitan....na'uzubillah...bukan tak mengerti fungsi dan fadhilat puasa dan Ramadhan, sekadar idea yang membuah cuma...agar mungkinlah dapat dipetik oleh para pemungut ilmu!

"Puasa itu perisai selagi tidak dimusnahkan..."

Mendengar sepotong hadith yang bunyi lebih kurang..."Ramai orang yang berpuasa, tetapi tidaklah mereka beroleh apa2 melainkan lapar dan dahaga...". Barangkali dan kemungkinan besar ramai yang telah mendengar mahupun membaca hadith yang sebegini. Maksudnya mudah bukan? Tidak sedikit yang berpuasa tapi tidak banyak pula yang mendapat pahala dan hikmah di bulan Ramadhan ini...moga2 kita semua tidak tergolong dalam golongan yang dinyatakan Nabi S.A.W:'(

Ada manusia yang sekonyong-konyongnya mengerjakan puasa dan terawih di bulan mulia ini, tetapi mereka lupa untuk melaksanakan mana yang wajib terlebih dahulu....solat fardhu ditinggalkan (sama ada sengaja atau tidak itu terpulang), berkata nista dan dusta, mengumpat dan lain2 lagi. Bila melihat, ia melihat yang tidak2, bila berfikir, ia masih di dalam kondisi yang 'tanpa tuhan'. Sedangkan puasa itulah satu2nya 'jalan keluar' yang terbaik kepada segala jenis maksiat. Apakah perlu mereka ini mahu digelarkan kafir (ingkar)...bila bercakap seperti ini terasa terkena pada batang hidung sendiri...Ya Allah, ampunkan aku kerna sering sahaja lupa yang Engkau itu Maha Melihat....jikalau aku sedar diriku dilihat Tuhan...pasti dan sememangnya aku tidak akan berdusta. Jika aku nampak siksaanMu kelak, sesungguhnya aku tak akan melakukan itu dan ini yang membuatMu murka!

NAFSU - satu fitrah manusia kurniaan Tuhan, tanpa nafsu, manusia itu boneka! Dengan nafsu manusia berkerja, beramal, bercakap, mendengar dan berfikir...lalu apa yang harus ia kerjakan itulah yang harus bertepatan dengan kehendak agama sejajar dengan tuntutanNya...Ya, sememangnya benar manusia itu tidak lepas dari melakukan dosa...tapi pernahkah kita berfikir...semuanya itu berpunca dari dalam diri kita sendiri...tiada siapa yang boleh mengubahnya, melainkan empunya diri! Tekad yang kuat melawan nafsu merupakan JIHAD terbesar dalam hidup setiap Muslim fana ini.

Sekarang, sudah terang lagi bersuluh perisai yg kuat itu mudah sekali dihancurkan dengan NAFSU! Apa lagi yang boleh dipertahankan jika perisai utama yang membentengi diri sudah dilenyapkan??? Tentunya serakah nafsu merobek helaian-helaian IMAN satu demi satu. Ini tidak berlaku pada mereka yang memelihara perisai mereka dengan ibadah dan amal baik. Menjaga setiap tutur kata, menjaga pandangan2 nista, menjaga pendengaran dari fitnah dan umpatan...betapa sesungguhnya puasanya pada tahap yang tinggi kualitinya. Ditambah pula dengan tertunainya kewajipan zakat, maka amal ibadahnya diangkat dan dinilai baik oleh Allah s.w.t...insya'Allah!

"Bersama Memelihara Perisaimu":')

Wallahu a'lam...barakallah!










Pra-Kepulanganku...:'P

Assalamu'alaikum w.b.t wahai akhi2 n ukhti2 semua, semoga senantiasa dlm kasih dan lindungan-NYA!

Kalau x silap aku arini dah puasa yg ke-16...pergh...cepat betol masa berlalu meninggalkan kite...dah lebih separuh masa kite sume berRamadhan. Dan sepanjang purnama ini...belum juga aku pulang2 ke perdesaan menemui bonda, ayahanda dan kekanda2ku semua utk berbuka bersama...mengikut perancanganku, memandangkan esok adalah cuti Nuzul al-Qur'an, ptg ni jugak lps opis hour aku bakal menggerakkan jentera lusuhku ke Serendah! Ini mungkin sekali merupakan pra-kepulanganku sebelum raya nnt...sbb xdpt cuti, 3 hari je beraya, Isnin dah keje balik..huhu...:'(
LAUK PAUK...Allahummalakasumtu!
Actually, I got another reasons for that...last week bondaku yg request suro aku balik...tp atas sbb2 pc aku yg terbengkalai kt kedai...terpaksalah aku tangguh dulu...kebetulan pulak minggu ni ade cuti tambahan...so aku amek peluang ar balik Serendah hehe...alhamdulillah:)

Biasenye kalo aku balik mesti bawak stok baju kotor yg agak bertimbun tp diz time skit je, cume cadar, selimut n sarung bantal je yg memenuhi box moto aku...x lupe jgk baju baru yg baru aku beli kt Masjid Negeri SAAS last week...tapi bukan baju raya kot haha...asalkan x lebih muatan sudah hihi...semoga perjalanan ptg ni 'smooth n silky' je...insya'Allah!

Jumpe lagi!:')


August 25, 2010

Yang Pertama Buat Yang Kelima...:')

Assalamu'alaikum w.b.t buat para pembaca! pergh....tu pon kalo ade ar kn hik hik...:P

Baru je lepas berzohor dgn staff2 yg lain kat surau td...sedih skit sbb terlewat td...masbuk ar gamaknye... Balik je opis teros submit keje2 smlm kt 'wing' sebelah...tgh menanti ape plak tugas yg bakal aku terima jap lg...sementara tu aku nak jgk berkongsi pengalaman pertama aku menunaikan Rukun Islam yg kelima - ZAKAT FITRAH:')
Bagaimana aku bole terjebak dgn zakat nih? haha...senang je jwpnnye...dah mmg kewajiban aku sbg Muslim, kite wajib melaksanakannya! Semuanya bertitik tolak dari satu kuliah Subuh minggu lepas...kebetulan pulak ustaz yg sampaikan kuliah tu banyak menyentuh mengenai Zakat Fitrah di bulan mulia ni bulan Ramadhan. adelah skit2 die sentuh pasal hukum hudud, pose dan sbgnye. Alhamdulillah ar aku tak balik bilik terus, dpt gak aku tau selok belok dan syarat wajib tunaikan zakat nih....selama ni pun samar2 je...xpon mmg ingat2 lupe je...padahal bnyk sgt sumber2 bacaan pasal zakat fitrah ni....nak x nak je baca...hehe:)

Memandangkan viewers nye pon dikalangan students yg tgh menuntut, so bnyk perkara menyentuh keperluan dan bagaimana bisa seorang student boleh diwajibkan melaksanakan ibadah zakat ni. Bual bicara sepertimana biasa...ustaz mesti ar bg sabdaan atau firman yg merujuk kpd kewajipan menunaikan ibadah zakat ni...ye la bile seseorang bisa digelarkan sbg 'penasaran' terhadap sesuatu yg mahu ia dengar...tumpuan mesti lebih! satu persatu patah perkataan yg keluar dr mulut ustaz itu menyusup perlahan ke dlm cupingku...

Maka, pada satu tahap pahamlah aku bahawasanye student2 ni x wajib lg bayar zakat sbb masih dlm tanggungan penjaganya...sambil mengangguk kala itu jualah bunyi 'owh' terhembus dr tenggorokanku...tanda2 yg kononnye aku dpt cerna ape yg ustaz tu bincangkan...TAPI...ustaz tu menyentuh pula bagaimana bisa student itu diwajibkan bayar zakat...tidak sedikit student kite ni yg menerima biasiswa dr sumber2 yg pelbagai...x kirelah dr celah mane ia dpt...bila mane sorang student punya biaya yg cukup utk menyara dirinya bahkan berlebihan pula...ia DIWAJIBKAN menunaikan zakat fitrah!

Kalaulah kuliah ni macam pengajaran dlm kelas dah lama aku angkat tangan nk tanye:) dlm fikiran aku mase tu "aku xpe kot... sbb aku bukan dpt biasiswa tp pinjaman PTPTN, lain tu" waima, org yg berhutang itu pon termasuk dlm ASNAF YANG 8, dimana org yg layak menerima wang zakat (tertakluk kpd keperluan pinjaman)...xkan org pinjam ceti nk bayar hutang pon dpt duit zakat kan...melampau ar tu kn haha...mau berbaris org claim zakat kt M'sia nih!

Berikut adelah penjelasan ustaz tersebut (lebih kurang maksudnye):
kite ini seringkali beranggapan bahawa org yg sudah punya harta, kerjaya, dah kawin dan sbgnye sbg syarat wajib atau kelayakan WAJIB bayar zakat....itu merupakan tafsiran yg agak lari dgn maksud sebenar ibadah zakat...ASALKAN KITE PUNYE BELANJA YG CUKUP MENYARA DIRI SENDIRI ATAU TANGGUNGAN YG LAIN...kite dah wajib keluarkan zakat fitrah!

Ape lg, tahap keraguan dan kemusykilan aku suddenly meningkat dgn dasyat! tak silap aku, ustaz tu ckp jika perbelanjaan seseorang melebihi SEPERDUA keperluannya, dah wajib bayar zakat!
Perbincangan terus dilanjutkan kepada golongan yg layak terima wang zakat, saluran zakat, waktu wajib, afdhal, haram, harus tunaikan zakat dan sebagainye sehingga jarum minit mendekati digit 12 menandakan jam 7pg sudah hampir...walau kuliah sudah tamat namun ade satu hal lg yg memusykilkan...tanpa menunggu lagi, aku terus bertemu dgn ustaz tersebut melampiaskan keraguan yg terbenak dlm kepala otak aku mase tu...sambil menghunuskan salam dan perjabatan, lalu aku bertanya:



AKU: Ustaz, nak tanye skit...saya ni student praktikal dan juga menerima elaun sbnyk RM500 sebulan. Apakah saya WAJIB bayar zakat? atau bapak saya je yg bayar?

USTAZ: Dah kahwin???

AKU: Hmmm....belum ustaz.(dengan yakin hehe)

USTAZ:  Elaun RM500 dapat tiap bulan...hmm...bapak masih bagi belanja???

AKU: Masih ustaz! (walaupon x selalu hehe)

USTAZ: Kalau macam tu dah WAJIB bayar...

AKU: WAJIB ye ustaz...(aku malas tanye kenapa, bayar sudah rm7 je pon)...so, ape yg patot saya bgtau bapak saya kalau saya dah bayar utk diri sendiri punye???biarkan die bayar double ke utk saya???

USTAZ: Yang sepatutnye, lepas kamu bayar bahagian kamu itu...bagitau lah bapak kamu..."Abah, zakat yg bahagian abg, dah abg settle kn...nanti abaah x payah bayar lg....:)

 AKU: Owh..OK ustaz terima kasih! (pahamlah aku ttg kewajibanku ini, puas ati dpt tanye sendiri)


keluar je surau, naik bilik terus aku sms Najmi (ex-rumet aku mase sem3 dulu)..."Najmi, nanti teman aku g PAS tgk pc aku yg terbengkalai kat kedai tu...pastu kite bole g bayar zakat sama2 kt masjid"...selang beberapa saat, balasan sms diterima, tawaran aku diterima baik temanku itu...die pon ade hal gak nak g Bank Islam deposit cek elaun die katanye....aku pon carry ar die g bank dlu...masa tu pon dah nk dkat pkul 12.30tgh ari...nnt kalau dah masok PAS susah lak nk keluar g masjid...so kiteorg pon gerak dulu g masjid negeri - IKTIKAF kot sambil tunggu waktu Zohor. Sampai2 je 'amil zakat xde kat meja die....alang2 da smpai lepak2 lah aku sambil menceritakan kisah yg telah aku sampaikan pada korang sume ni pd die...tak lama lps tu 'amil pun sampai...lalu bermulalah hunusan tangan berjabat dan lafaz2 kami menunai ZAKAT FITRAH 1431H...Alhamdulillah rasa syukur yg amat sgt dgn harapan amalan2 kami sepanjang Ramadhan ni tidaklah terapung-apung diantara langit dan bumi! 

Ya Allah...jadikanlah kami manusia2 beruntung yg beroleh keampunanmu di bulan Ramadhan ini, sesungguhnye rindu kami pada purnama ini bukannye sedikit...pertemukanlah kami dengannye lagi!

P/S: haraplah dapat dikongsikan bersama, b'coz...we're NEIGHBORS!

Wassalam...:')

ZAKAT 1 KEWAJIPAN...BERZAKATLAH!


 
























3 Bulan Dah!

Assalamu'alaikum w.b.t dan slmt pg M'sia!
Not my so-called future employer!
Pejam celik pejam celik...dah genap 3 bln aku praktikal dkt MAS Subang nih...cuba kalu kite sume ni celik je x pejam2...mesti masa dirasakan berdetik cukup lama. Macam pg2 yg sudah lepas sahur n subuh, balik bilik 'on' jentera kesayangan aku...sambil2 membelek2 file2 video dlm komputer...boleh plak aku terjumpe 'MTV' adik2 aku kat rumah. Ntah macam mane ade kat dlm pc ni...rupanya klip adik2 tgh menari ala2 girlband Korea....adoi la terpengaruh betul ar dieorg ni...menari x ajak aku pulak tu...selaku juara tarian minggu mesra masa Dip dlu...teruja gak aku nk menari lagi hahaha....bile aku bukak je file2 tu...ape lg terbahak2 la aku dgn rumet aku tgk dieorg yg gile2 tgh menari...lawak jgk adik2 aku ni...
BANGGA...dapat siapkan questionnaire terulung nih.

tak sedar dah setengah dpn pc...jam menunjukkan hampir pukul 7.30pg. Malas nk terkejar2 ke Subang...sepantas taufan ku capai tuala yg tergantung indah, menyelinap aku ke dlm bilik air yg sedang tak berpenghuni. Usai menyegarkan tubuh...bersiap sedialah aku melengkapkan ape yg patut...kasut disarong, penyerahan kpd Tuhan, kaki mula melangkah ke peraduan jentera kedua aku, Suzuki FD110X. Tak lupa, doa dipanjat memohon keselamatan di jalanan...enjin dihidupkan...sikit2 ia mula memanas...sejenak mendongak, kulihat kepulan awan terasa lembut berarak, langit yg merona merah dan jingga terasa begitu indah pg ni...SUBHANALLAH...dikala 'throttle' lembut dipulas memaksa tunggangan terus ke destinasi...

Ade 80 set sumenye...:)
Tepat jam 8.23pg, tibalah aku di Admin A, selamat memarkir jentera, terus mendaki ke tingkat 4, department aku Invoice Processing. Kerja2 smlm pun belum aku x settle kn lg...agak sibuk bukan main lg aku minggu ni nk 'distribute' set2 questionnaire  research paper aku...risau jgk sbb dlm tangan aku ade 15set lg yg pending...mungkin ade 1 kumpulan sample aku lg yg xde dlm building finance ni, agak sukar nk distribute...tp xpe sbb aku dah dpt contact member intern yg sorang lg yg dok kat department tu...but still runsing tahap dewi lg....intern plak tinggal lg sbln lebih je...insya'Allah sempat2...berkat doa2 yg tersayang di Bulan Indah ini...esok pulak dah nk gerak balik Serendah....first time nk pose kat rumah plak sejak 1 Ramadhan aritu mmg xde kesempatan dan peluang nk balik sane...sebenarnye atas request ibu jgk...hehe..:') nantikan kepulangan anakandamu ini...!!!! ceh, macam dah raya pulak...huhu!


Sampai disini dulu...wassalam:)




August 24, 2010

Kau Nak Syok Kat Aku Boleh...

Assalamualaikum w.b.t...salam Ramadhan!



Aku rasa2 lah kan dah berbillion saat aku x post somethin' kat blog yg hidup segan mati x mahu ni....ni sume gara2 projek assignment e-comm sem lps ar ni....buat syarat la org kate...bukan saya kate....terase pulak nak mengetuk-ngetuk keyboard kat opis nih...sementara masih dlm ingatan...

Sekadar gambar hiasan.
bukan mahu memperlekeh tapi inilah hakikatnye menjadi kawan kpd seseorg yg berlainan jantina....sesungguhnya tidaklah aku sedari diri ini diperhati (manusia)...juga rupanye diminati...haha bukan perasan ye tp inilah dia...this is it! wahhh....hai perempuan sekaligus merangkap member se*****...dari segi percakapanmu...lantunan intonasi maya di chat box FB...serta disaksikan oleh teman sebilik ku...sambil2 die xde bende yg nak dibuat...x lain memerhati ape yg temannye bualkan di FB...x kesah pun sbb xde ape yg serius (mulenye)....sesungguhnye aku mengerti dan paham apa persiratan yg cuba anda sampaikan....yakni...anda mmg berminat untuk mengenali aku...x gitu Rushdi??? (roomateku)

Ye, anda punye keinginan yg sgt tinggi utk mencari teman hidup...tapi apakan daya...aku hanyalah seorang pelajar lelaki yg masih menuntut...hartaku tidak punye...pengalaman hidup sedikit cume...keluargaku menaruh masih...tiada ape yg mampu terucap melainkan ucapan PENAFIAN. ketahuilah seorg isteri bukan hanya perlukan cinta dlm hidupnye tp juga citarasa...so, kite kawan ok??? ok tak???

Nak x nak...anda pon menerima aku sbg KAWAN..aku pon gembira bukan kepalang...selesai masalah....tak payah nk pikir2 lg....anda pun masih mude....perjalanan masih jauh...usia masih panjang insya'Allah...tiada ape yg perlu anda takotkan....takot xde jodoh??? jgn risau...anda juga telah maklum jodoh pertemuan ditangan Tuhan....apakah masih mahu mempersoal??? lagipon anda seorang perempuan...makanya tidak hairan kalau ade sang lelaki yg budiman dtg menjengah ke muka pintu, memberi salam, salam perkenalan...dia itu SOLEH insya'Allah...usah difikirkan lagi....doa saja kok...indon pulak dah hehe....

Makanya aku ini seorang lelaki yg taknaklah bg harapan pd perempuan ini...sbg contoh..."kalau ade jodoh x kemana.." typical sugguh ayat itu...nanti ade yg x tido malam pulak...apepon aku suke kalau kita berkawan je...bukan berkawan dulu...tapi kawan dulu, kini dan selamanya....jadi ketahuilah olehmu...kondisi ku yg serba kekurangan ini...ramai lg calon yg berkualiti diluar sane...betul x Rushdi??? ko je yg tau camne perasaan aku mase tuh hahaha....ko pon gelak2 sma dgn aku masa tu....

Bersambunglah....dah nak zohor ni, cau dlu k....

Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.