Salam 1 Ramadhan...:)
Tazkirah pasca Zohor sedikit membuka ruang minda yang terkadang beku ditiup syaitan....na'uzubillah...bukan tak mengerti fungsi dan fadhilat puasa dan Ramadhan, sekadar idea yang membuah cuma...agar mungkinlah dapat dipetik oleh para pemungut ilmu!
"Puasa itu perisai selagi tidak dimusnahkan..."
Mendengar sepotong hadith yang bunyi lebih kurang..."Ramai orang yang berpuasa, tetapi tidaklah mereka beroleh apa2 melainkan lapar dan dahaga...". Barangkali dan kemungkinan besar ramai yang telah mendengar mahupun membaca hadith yang sebegini. Maksudnya mudah bukan? Tidak sedikit yang berpuasa tapi tidak banyak pula yang mendapat pahala dan hikmah di bulan Ramadhan ini...moga2 kita semua tidak tergolong dalam golongan yang dinyatakan Nabi S.A.W:'(
Ada manusia yang sekonyong-konyongnya mengerjakan puasa dan terawih di bulan mulia ini, tetapi mereka lupa untuk melaksanakan mana yang wajib terlebih dahulu....solat fardhu ditinggalkan (sama ada sengaja atau tidak itu terpulang), berkata nista dan dusta, mengumpat dan lain2 lagi. Bila melihat, ia melihat yang tidak2, bila berfikir, ia masih di dalam kondisi yang 'tanpa tuhan'. Sedangkan puasa itulah satu2nya 'jalan keluar' yang terbaik kepada segala jenis maksiat. Apakah perlu mereka ini mahu digelarkan kafir (ingkar)...bila bercakap seperti ini terasa terkena pada batang hidung sendiri...Ya Allah, ampunkan aku kerna sering sahaja lupa yang Engkau itu Maha Melihat....jikalau aku sedar diriku dilihat Tuhan...pasti dan sememangnya aku tidak akan berdusta. Jika aku nampak siksaanMu kelak, sesungguhnya aku tak akan melakukan itu dan ini yang membuatMu murka!
NAFSU - satu fitrah manusia kurniaan Tuhan, tanpa nafsu, manusia itu boneka! Dengan nafsu manusia berkerja, beramal, bercakap, mendengar dan berfikir...lalu apa yang harus ia kerjakan itulah yang harus bertepatan dengan kehendak agama sejajar dengan tuntutanNya...Ya, sememangnya benar manusia itu tidak lepas dari melakukan dosa...tapi pernahkah kita berfikir...semuanya itu berpunca dari dalam diri kita sendiri...tiada siapa yang boleh mengubahnya, melainkan empunya diri! Tekad yang kuat melawan nafsu merupakan JIHAD terbesar dalam hidup setiap Muslim fana ini.
Sekarang, sudah terang lagi bersuluh perisai yg kuat itu mudah sekali dihancurkan dengan NAFSU! Apa lagi yang boleh dipertahankan jika perisai utama yang membentengi diri sudah dilenyapkan??? Tentunya serakah nafsu merobek helaian-helaian IMAN satu demi satu. Ini tidak berlaku pada mereka yang memelihara perisai mereka dengan ibadah dan amal baik. Menjaga setiap tutur kata, menjaga pandangan2 nista, menjaga pendengaran dari fitnah dan umpatan...betapa sesungguhnya puasanya pada tahap yang tinggi kualitinya. Ditambah pula dengan tertunainya kewajipan zakat, maka amal ibadahnya diangkat dan dinilai baik oleh Allah s.w.t...insya'Allah!
"Bersama Memelihara Perisaimu":')
Wallahu a'lam...barakallah!
No comments:
Post a Comment