DASYAT...filem penuh aksi garapan terbaru sutradara Chauntique ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang mencari pekerjaan lantaran kerjaya menanam anggur tidak begitu menguntungkan! p/s: Don't try this at home! |
October 30, 2010
Coming Soon
Illegal Cooking
Kali ini teringin sekali aku berkongsi pengalaman aku sewaktu menetap di Kolej Jati kira-kira setahun yang lalu. Sewaktu menghuni Blok B di bilik berdigit 2611 (Laman Fitrah) secara solo. Aras 6 ini merupakan tingkat yang sudah lama tidak digunakan, cuma kebetulan dibuka buat pelajar-pelajar rayuan seperti aku. Senang cerita, sebab aku lambat sangat mendaftar kolej, dapatlah aku bilik-bilik yang paling tinggi (aras paling atas). Dan kebanyakan struktur Kolej Jati sememangnya secara keseluruhannya memiliki empat buah bilik di setiap aras. Sebenarnya, hendak dikatakan bilik juga tidak, sebab fizikalnya lebih kepada sebuah rumah yang memiliki tiga buah bilik didalamnya dan terdapat ruangan dapur. Ketiga-tiga buah bilik (satu rumah) ini sepatutnya diduduki oleh enam orang pelajar yang masing-masing dua orang sebilik. Namun, sedikit terasa malang apabila tiada seorang pun yang menduduki rumah itu selain aku... dari awal semester hingga akhir peperiksaan semester 4! Sungguhpun terdapat 'cerita' disebalik aras ini, aku rasa baik aku simpankan dahulu kisahnya buat entry yang akan datang insya'Allah...
Walaupun dihimpit dengan kesibukan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar ijazah, aku sangat gemar memasak bersendirian. Selain dapat berjimat, aku juga dapat mengasah deria masakan aku yang tak berapa nak tajam ini. Segala perkakasan dapur aku bawa dan beli sama ada yang halal ataupun yang haram dari perspektif pihak kolej. Asalkan dapat makan dan menampung kelaparan tembolokku seadanya. Memang seronok kalau dapat makan 'something' yang kita sendiri masak. Lagi best kalau dapat bagi kawan-kawan makan sekali. Nikmat yang tiada tolok bandingnya! Tak percaya, cubalah! Lagi mantop kalau kawan-kawan tu puji kita ni pandai masak. Walhal, benda-benda simple je...hahaha.... Yelah... kalau kat rumah tu dah memang jarang sekali nak pegang sudip dan periuk nasi. Semuanya serahkan pada yang pakar! Hehe...
Apa yang selalu aku masak? Disebabkan aku masih lagi dikategorikan seorang perawan... haha... isu lauk pauk ini bukanlah menjadi suatu hal yang merumitkan. Asal campak itu dan ini dalam kuali pun dah dikirakan beruntung! Biasanya nasi goreng lah... yang paling simple dan enak untuk dijamah oleh bujangan sepertiku. Selalu juga makan nasi putih bersama ikan goreng berlaukkan kicap manis cap kipas udang! Sayur? Paling senang sekali, tidak perlu digoreng atau ditumis, sememangnya yang jadi kegemaranku sejak sekian lama... Ulam Raja! Jimat masa, jimat tenaga, jimat minyak, jimat elektrik lagi berkhasiat... Mujurlah Kolej Jati ini begitu hampir dengan pasar basah Seksyen 6. So, tidaklah sukar untuk aku mendapatkan bekalan masakan yang aku dambakan hampir setiap hari.
Pada kebiasaannya, aku akan membeli empat ekor ikan dan dua ikat ulam raja di pasar. Ikan-ikan tersebut akan aku goreng sekaligus memandangkan tidaklah aku mampu menyeludup masuk sebuah peti ais utk menyejuk beku bahan makanan. Sekadar kais tengah hari makan tengah hari, sudah kais, makan malam sekali! Tidak hairanlah kalau sememangnya aku masak sekali sehari. Lagipun, yang tinggal di rumah itu hanya aku... tiada soal cukup ataupun tidak! Kadang-kadang terasa senang bila mana tidak ada seorang pun yang kisah tentang rutin seharianku. Ada rasa bebas yang bermukim di hati.... memanglah sunyi tapi apalah ertinya sebuah kesunyian itu tatkala aku sudah bertemankan desktop kesayanganku. Pasti hidupku tidak lagi terasa bosan malah lebih 'bising' dari yang berteman...:)
Photo album bubur 'cagung'... |
p/s: kalau sesape nak resipi bubur cagung ni bolehlah request ye...hehe:P
October 26, 2010
The Beginning of the End
Assalamu’alaikum w.b.t. to all my dear readers!
Kemuncak hidup aku sebagai seorang pelajar UiTM berakhir petang semalam (16.15pm waktu tempatan). Segala penat lelah dan keringat yang dicurahkan bagi memproduksi sebuah karya agung berjudul “Cultural Dimensions towards Employee’s Performance: An Empirical Study in Malaysia’s Aviation Industry" berjaya di’submit’ kepada pihak-pihak yang berkenaan. Suatu kepuasan yang tiada peri jelas terlukis diwajah kacakku yang kian dimamah usia… Lantai dan dinding fakulti dipandang sayu sahaja petang itu. Entah perihal apa yang berkerut di dahi… Sebak seorang pencinta karya seni tempatan layaknya.
Menyelusuri ruang-ruang kelas juga pejabat-pejabat pensyarah mengembalikan memori suka dan duka dua tahun sebelumnya, saat baru menginjak ke bumi Shah Alam ini. Sungguh tidak aku sangka akan bertemu dgn Dr. Zaidi dalam perlangkahan ke bilik Pn. Suryana. Betapa ‘significant’nya pertemuan ini sehingga dia lupa akan aku sebagai pelajarnya dahulu di semester tiga… tidak mengapa asalkan aku yang tiada lupa akanmu! Masakan dia ingat padaku sedangkan dia punya puluhan mungkin juga ratusan pelajar dalam dua tahun ini. Walhal aku punya cuma beberapa pensyarah yang aku sendiri tidak upaya mengingat nama-nama mereka. Jasa dan tunjuk ajarmu menurunkan ilmu SPSS amat berguna sekali sehingga boleh pula aku membuka kelas-kelas tutor bersama teman-teman… terima kasih yang tiada tara buat Dr. Zaidi.
Juga atas bekalan Survival Manual milik Pn. Norlela yang dipinjamkan kepadaku sedikit sebanyak membantu aku dalam memahami konsep dan erti sebenar sebuah SPSS! Walaupun ada juga yang masih menjadi soal di dalam benakku yang berkarat ini… Terima kasih puan! Dan sudah tentu, buat teman-teman yang tidak jemu-jemu menghantuiku, bertanya itu dan ini, memberitahu itu dan ini, terima kasih daun pudina! Walaupun tidak sedikit yang tidak dapat aku bantu… maaflah ye… ruangan masa dan kudrat yang membatas ini sering sahaja jadi asbab ketidakberadaanku disamping kalian sepertimana yang didambakan… jutaan kemaafan dariku!
p/s: sessi penghargaan ini dirasakan lebih panjang dari yang project paper! Haha…
October 22, 2010
October 18, 2010
Viva Forever
Assalamu’alaikum w.b.t kepada semua para penyinggah blog aku ini!
Rasanya dah lama sangat tak update blog ni… (kata2 tipikal penulis blog dewasa ini) last two weeks were my busiest week of all times! Menyiap dan menyelenggara thesis suatu yang amat memenatkan… lagi2 buat yang baru belajar guna SPSS macam aku… maklumlah aku bukannya berpeluang mengikuti kursus SPSS kat Melaka macam sesetengah member tu… apepon aku cukup gembira dan syukur sangat2 hari ni sebab viva untuk research paper aku pun dah bejaya aku tempuhi pagi tadi… terima kasih buat Pn. Nor Lelawati dan Pn. Suryana selaku examiner aku hari ni… even we had little amendment today! Kene tambah research question pulak… Suryana said that I did a study in depth but there’s no research question regarding the depth! Terlebih sudah….
Buat teman2 yang masih dalm kemurungan, kegelisahan dan tekan menghadapi viva, ketahuilah olehmu, tiada ape yang perlu dirisaukan… ya… risau itu perlu tapi untuk sebulan yang lepas! Memang nervous jugak masa bagi evaluation forms kat examiners tadi… tapi bile dah berdiri kat depan, serta merta nervous aku hilang… bile dieorang respon bertambah yakin lagi lah nak menjawab… walaupun aku tak tahu sama ada jawapan aku tu memuaskan hati dieorang atau sebaliknye… moga2 saja dieorang pon paham denagn kondisi aku sendiri yang kurang jelas! Mana tidaknya, siap aku pulak yang bertanya… hahaha… what the…???
Hmm… minggu ni ade dua jemputan ke interview, moga2 antara mereka itu aku punye rezeki… aku dah tak kesah sangat dapat kerja ape… asalkan halal dan tidak melibatkan bende2 yang lagho secara langsung! Kalau secara tidak langsung itu aku rasa dah memang aku tak boleh elakkan… mesti ade punye! Apepon moga saje aku beroleh pekerjaan dalam masa terdekat ni… dah lama sangat menyusahkan mak bapak… bile lagi jasa mereka aku balas… kalau bukan sekarang dan selamanya! Ibu abah doakan sahaja anakmu ini…:’)
p/s: sempat jugak tengok Amalina Arifin menangis tadi…:)
October 12, 2010
Minona & Na'vi: The Matrimony
The Matrimony 2007 by D'Zunnur
This is my first 'ala-ala' serious music video...i guess, specially dedicated to Minona & Na'vi...enjoy it!
October 6, 2010
Souvenir of Remembrance
Assalamu'alaikum w.b.t and good days everyone!
Alhamdulillah… I just finished editing music video for Aidilfitri celebration at MAS Finance Division yesterday and only got chance to upload this on YouTube last night. Perhaps, this is a present or memento for everyone who involves in that particular event. Along with that, I’d like to justify infinity of appreciation and gratitude to Malaysia Airlines System Berhad for giving me such opportunities doing internship here…even for only a short four months and two weeks time!
This great great MTV is dedicated to all my friends and staffs at MAS Finance Division especially in Expenditure Accounting Department as well as Treasury Department during my practical training of final semester. Enjoy it!
p/s: please feel free to drop some comments regarding this MTV and please do share this Souvenir of Remembrance to all!:)
October 5, 2010
SPSS Tutorial (Total Scores)
Assalamu'alaikum w.b.t...this post is dedicated to those who still in the Why Why Wonder-space a.k.a Wonderland of SPSS...i believed that korang semua dah tau macam mane nak key-in data, then this entry will just cover the topic of how to calculate total scores before the data can be translated in Pearson Correlation! Insya'Allah aku akan cuba pahamkan korang sebaik mungkin...
Sebelum korang dapat buat Correlation, korang kene kire total scores untuk semua section yang korang buat dalam questionnaire (Q). Total scores adelah kaedah dimana variables (semua soalan-soalan dalam 1 section) digabungkan (sum) so that each section can be correlated to each other in the Pearson Correlation! Terdapat dua (2) cara/kaedah mengira total scores iaitu secara manual dan automatik. Hasil pengiraan kedua kaedah tersebut adelah sama. Berikut adelah kaedah untuk kedua-dua cara tersebut:
1) Automatik
*Go to TRANSFORM
*Click COMPUTE (pop-up Window Compute Variable macam kat bawah akan muncul)
*Select the appropriate group from the Function group list. The group labeled All provides a listing of all available functions and system variables.
*Double-click the function in the Functions and Special Variables list (or select the function and click the arrow adjacent to the Function group list).
*The function is inserted into the expression. If you highlight part of the expression and then insert the function, the highlighted portion of the expression is used as the first argument in the function.
*The function is not complete until you enter the arguments (a.k.a variables, takot tak paham plak hehe), represented by question marks in the pasted function. The number of question marks indicates the minimum number of arguments required to complete the function.
*Highlight the question mark(s) in the pasted function.
*Enter the arguments. If the arguments are variable names, you can paste them from the variable list.
*Remember to put comas between variables!
*Click OK
*Nanti nama section yang korang compute tu ade kat bawah sekali dekat VARIABLE VIEW!
*Nanti nama section yang korang compute tu ade kat bawah sekali dekat VARIABLE VIEW!
2) Manual
*TRANSFORM
*COMPUTE (pop-up Window Compute Variable macam kat atas akan muncul)
*Dalam TARGET VARIABLE taip nama section yang korang nak untuk kire total scores die. (cth: SEC1)
*Dekat TYPE and LABEL klik kat label box dan taip korang punye description of the scale (utk rujukan je)
*Klik CONTINUE
*Dari list variable kt sebelah kiri, double klik mane2 item (variable/soalan) yg korang nak compute (SEMUA ITEMS/VARIABLES DALAM 1 SECTION SOALAN) untuk dimasukkan ke dalam NUMERIC EXPRESSION box di sebelah atas!
*Klik simbol plus (+) dekat calculator!
*Ulang proses (double klik mane2 item & Klik simbol plus) yang sama sampai semua variables (a.k.a soalan) dalam 1 section Q masuk dalam NUMERIC EXPRESSION box, NUMERIC EXPRESSION yang lengkap boleh dibaca seperti di bawah:
VAR1 + VAR2 + VAR3 + VAR4 + VAR5
*Lepas tu korang klik OK!
*Nanti nama section (cth: SEC1) yang korang compute tu ade kat bawah sekali di VARIABLE VIEW!
*Seterusnya korang dah boleh buat PEARSON CORRELATION!
p/s: Sebarang pertanyaan, jangan segan silu! Boleh post komen korang kat bawah! Insya'Allah i'll reply you ASAP...
*Kepada sape2 yang tak tau langsung macam mane nak gune SPSS, sila rujuk SPSS Instruction Manual sebagai panduan asas korang!:P
Your Tutor Friend,
http://www.mediafire.com/?ciiuz0nwkdg
http://www.mediafire.com/?mjznzm3jb4w
http://www.mediafire.com/?oinjzgmomya
http://www.mediafire.com/?mjznzm3jb4w
http://www.mediafire.com/?oinjzgmomya
*Kepada sape2 yang tak tau langsung macam mane nak gune SPSS, sila rujuk SPSS Instruction Manual sebagai panduan asas korang!:P
Your Tutor Friend,
October 4, 2010
Magika: Boleh Tahan!
Assalamu'alaikum!
Sabtu lepas aku dengan sorang member pergi menonton Magika. Sebagai peminat filem Melayu di Malaysia ini, aku rasa bertanggungjawab untuk menyokong sebarang produk buatan tempatan...haha...dan Magika merupakan filem yang menjadi pilihan utama kitorang hari tu walaupun banyak filem-filem antarabangsa yang lain termasuk filem mesti tonton Enthiran: The Robot lakonan hero pujaan India Selatan, Supertar Rajni! So, ape yang boleh tahan?
Buat pertama kali menonton filem arahan Edry Abd Halim ini, aku boleh katakan bahawa filem ni berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat, dari peringkat bayi hingga ke peringkat pakcik makcik, golongan famili umumnya. Dari segi sambutan pulak memang sudah aku jangkakan ini adalah filem terbitan KRU yang mampu mengulangi kejayaan Cicakman 1 dan juga Duyong! Shot-shot yang segar memang jadi taruhan Edry dalam pembawakan latar fantasi yang tampak realistik. Membawakan tema muzikal sebenarnya agak sukar dilakukan kerana ini adalah isi utama penceritaan dan tempo jalan cerita jugak mempengaruhi jenis lagu yang dimainkan. Ternyata Edry cukup professional dan bijak dalam menyusun atur lagu-lagu yang digubahnya sendiri.
Bukan setakat itu sahaja, lagu-lagu tema yang menjadi tunggak filem ini juga dirasakan begitu 'catchy' didengar, menambahkan lagi mood aku untuk menonton. Terus terang filem ini tidak bosan ditonton kerana plot demi plot diolah dengan agak baik, cuma aku tak berapa gemar dengan beberapa scene awal filem ini yang ala-ala Razak Mohaiden (scene yang sume watak pun nak bercakap), bising yang aku rasakan tidak perlu untuk scene pengenalan, sebagai contoh scene dimana Nenek Kebayan menculik budak laki lakonan Fimie Don dan scene atas kereta kuda@lembu! Mengerti tuntutan watak Ziana yang memerlukan die act agak over...tapi bile dah bercampur baur dengan suara Fimie dan Awang Kenit yang agak melampau...suasana jadi hingar...tak tau mane satu nak dengar...tapi mujurlah scene-scene yang berikutnya agak tenang dan aku layan je filem ni dengan rasa terhibur.
Efek CGI janaan Yusry KRU juga tidak menghampakan untuk filem tempatan yang sebegini. Cantik dan kemas! Terutamanya efek jambatan yang menghubungkan Batu Belah Batu Bertangkup dan efek 'henshin' (transform in Jepang) Penunggu Tasik Chini jadi Naga pun boleh tahan smart! Tahniah KRU kerana berjaya membawakan genre yang jarang-jarang diketengahkan oleh produksi filem yang lain (setelah lama genre ini ditinggalkan semenjak zaman Allahyarham Tan Sri P/Ramlee lagi). Bukan sekadar tema muzikal semata, Edry juga punya sisi lain dalam mengembangkan watak lakonan adik Fimie. Selain watak kanak-kanak yang nakal dan tak mendengar kata, Edry tidak klise apabila memasukkan juga elemen realistik lain yang bertemakan kehilangan dan trauma seorang budak lelaki yang pernah menghidapi penyakit buah pinggang. Nilai kasih sayang seorang ibu dan pengajaran menjadi sisipan istimewa buat para penonton....
Selepas KAPOWW, Magika adelah filem yang aku rasakan berjaya mengenengahkan lawak situasi dalam mencetuskan hilai tawa penonton dalam panggung. Lawak slapstik langsung tidak terdapat dalam filem ini dan itu merupakan berita baik untuk penggemar filem komedi. Tun Mamat lakonan pelawak Sabri Yunus juga dirasakan sungguh sukar dilupakan. Scene dimana dia menyindir Puteri Gunung Ledang sungguh melucukan! Terbahak jugaklah penonton masa tu. Nak tau tahap lakonan Mawi sebagai Badang juga korang boleh tontonnya sendiri. Cuma kekuatan watak Badang tidak ditunjukkan dalam filem ni, sekadar efek bunyi ketika membelasah anjing-anjing... Overall, filem ini tak rugi jika ditonton!
Magika Official Trailer
p/s: disebabkan lagu-lagu yang mantap dan lirik-lirik yang catchy, aku terus mendownload SONG PACK SOUNDTRACK FILEM MAGIKA nih!
October 1, 2010
Phase 2
This is it! Alhamdulillah...
after day by day...waiting,
at last...
today is my SIXTH day of fasting during Syawwal...
and tomorrow will be my second phase of Raya,
even it quite late but thank you Allah for giving me such great chances...
The Six Days like no other...
not a long one...
but why?
still hard to accomplish huh...
congrats to everyone who manage to 'finish' them earlier!
you have such incredible strength & determination,
may Allah grants us the rest 365 days we desired...
Insya'allah...
And as for now...
Ramadhan, you'll surely be missed...
like a year from now,
thus, we'll be waiting...
you are worth waiting though
oh Allah,
meeting Your wonderful month,
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terima Kasih Daun Pandan
Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...
*This page is best viewed in Mozilla Firefox!
.
.