October 4, 2010

Magika: Boleh Tahan!

Assalamu'alaikum!

Sabtu lepas aku dengan sorang member pergi menonton Magika. Sebagai peminat filem Melayu di Malaysia ini, aku rasa bertanggungjawab untuk menyokong sebarang produk buatan tempatan...haha...dan Magika merupakan filem yang menjadi pilihan utama kitorang hari tu walaupun banyak filem-filem antarabangsa yang lain termasuk filem mesti tonton Enthiran: The Robot lakonan hero pujaan India Selatan, Supertar Rajni! So, ape yang boleh tahan?

Buat pertama kali menonton filem arahan Edry Abd Halim ini, aku boleh katakan bahawa filem ni berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat, dari peringkat bayi hingga ke peringkat pakcik makcik, golongan famili umumnya. Dari segi sambutan pulak memang sudah aku jangkakan ini adalah filem terbitan KRU yang mampu mengulangi kejayaan Cicakman 1 dan juga Duyong! Shot-shot yang segar memang jadi taruhan Edry dalam pembawakan latar fantasi yang tampak realistik. Membawakan tema muzikal sebenarnya agak sukar dilakukan kerana ini adalah isi utama penceritaan dan tempo jalan cerita jugak mempengaruhi jenis lagu yang dimainkan. Ternyata Edry cukup professional dan bijak dalam menyusun atur lagu-lagu yang digubahnya sendiri.

Bukan setakat itu sahaja, lagu-lagu tema yang menjadi tunggak filem ini juga dirasakan begitu 'catchy' didengar, menambahkan lagi mood aku untuk menonton. Terus terang filem ini tidak bosan ditonton kerana plot demi plot diolah dengan agak baik, cuma aku tak berapa gemar dengan beberapa scene awal filem ini yang ala-ala Razak Mohaiden (scene yang sume watak pun nak bercakap), bising yang aku rasakan tidak perlu untuk scene pengenalan, sebagai contoh scene dimana Nenek Kebayan menculik budak laki lakonan Fimie Don dan scene atas kereta kuda@lembu! Mengerti tuntutan watak Ziana yang memerlukan die act agak over...tapi bile dah bercampur baur dengan suara Fimie dan Awang Kenit yang agak melampau...suasana jadi hingar...tak tau mane satu nak dengar...tapi mujurlah scene-scene yang berikutnya agak tenang dan aku layan je filem ni dengan rasa terhibur.

Efek CGI janaan Yusry KRU juga tidak menghampakan untuk filem tempatan yang sebegini. Cantik dan kemas! Terutamanya efek jambatan yang menghubungkan Batu Belah Batu Bertangkup dan efek 'henshin' (transform in Jepang) Penunggu Tasik Chini jadi Naga pun boleh tahan smart! Tahniah KRU kerana berjaya membawakan genre yang jarang-jarang diketengahkan oleh produksi filem yang lain (setelah lama genre ini ditinggalkan semenjak zaman Allahyarham Tan Sri P/Ramlee lagi). Bukan sekadar tema muzikal semata, Edry juga punya sisi lain dalam mengembangkan watak lakonan adik Fimie. Selain watak kanak-kanak yang nakal dan tak mendengar kata, Edry tidak klise apabila memasukkan juga elemen realistik lain yang bertemakan kehilangan dan trauma seorang budak lelaki yang pernah menghidapi penyakit buah pinggang. Nilai kasih sayang seorang ibu dan pengajaran menjadi sisipan istimewa buat para penonton....

 
Selepas KAPOWW, Magika adelah filem yang aku rasakan berjaya mengenengahkan lawak situasi dalam mencetuskan hilai tawa penonton dalam panggung. Lawak slapstik langsung tidak terdapat dalam filem ini dan itu merupakan  berita baik untuk penggemar filem komedi. Tun Mamat lakonan pelawak Sabri Yunus juga dirasakan sungguh sukar dilupakan. Scene dimana dia menyindir Puteri Gunung Ledang sungguh melucukan! Terbahak jugaklah penonton masa tu. Nak tau tahap lakonan Mawi sebagai Badang juga korang boleh tontonnya sendiri. Cuma kekuatan watak Badang tidak ditunjukkan dalam filem ni, sekadar efek bunyi ketika membelasah anjing-anjing... Overall, filem ini tak rugi jika ditonton!

 
Magika Official Trailer 

p/s: disebabkan lagu-lagu yang mantap dan lirik-lirik yang catchy, aku terus mendownload SONG PACK SOUNDTRACK FILEM MAGIKA nih!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.