December 30, 2010

Angkatan Baru: Aswad & Aalia

 MERUAhad, 21 November 2010 - Jam sudah lewat 10.30 pagi, aku baru hendak terhegeh-hegeh menghidupkan enjin kereta. Janji untuk bertemu muka dengan teman lama dekat Stesen Komuter Rawang sudah tidak kutepati. Mujur trafik dari Serendah ke Rawang pagi ini tidak termakan begitu banyak waktu. Kurang 15 minit perjalanan, aku sudah mula mencari-cari ruang parkir di stesen. Begitu membeli top-up dan tiket, terus sahaja aku mendail satu nombor bertanyakan keberadaan si teman. Lantaran yakin dia masih menunggu, aku pun melengahkan langkahku ke platform berlepas. Sebaik desingan roda besi kedengaran, talian panggilanku bersambung. Adoilah… dia sudah berlepas bersama bunyi desingan tadi, aku yang terlepas!

Mahu tidak mahu, terpaksalah aku biarkan dia menunggu lagi… haha… mujur selang beberapa detik kemudian, tren ke laluan Bangi menerobos ke platform. Terasa lega di hati kerana tidak perlu membiarkan si teman tadi menunggu lama dekat Stesen Putra. Hanya terlewat beberapa stesen di belakang. Begitu tren berlabuh di jeti Putra, aku pun dengan cepat menghayunkan langkahku menaiki dan menuruni tangga sambil melilau mencari kelibat seseorang. Sampai di suatu sudut pejalan kaki, dari jauh mata rabunku mula menangkap susuk tubuh yang amatku kenal. Saat itu dia sedang duduk berduan dengan seseorang di anak tangga-tangga. “Assalamu’alaikum!”… Laungan salamnya itu aku sapa baik-baik. Sudah agak lama tangan ini tidak berjabat dengannya… Agaknya sudah lewat satu tahun… Ya, yang disampingnya itu tiada lain dan tiada bukan, isteri tercintanya… Ustaz Azri Kaharudin a.k.a Along!

Usai bersapa-sapa dengan Ustaz Along dan isteri, ternyata jentera putih saga milik G-jol sudah tercegat di bahu jalan. Seperti yang telah dirancang, G-jol datang menjemput kami dari tempat kerjanya untuk terus berangkat ke Klang. Kebergantungan kepada Mr. GPS ternyata hambar lantaran sel keringnya yang sudah benar-benar kering! Dengan berpandukan pelan yang sudah terlakar pada lembaran jemputan ke walimah anak Wak Othman, nekad kami menyelusuri lebuhraya yang sudah terbentang fatamorgananya. Kunjung sampai atau tidak, sekurangnya telah kami ikhtiarkan. Alhamdulillah… tidak kami menyangka perjalanan yang agak jauh itu tiadalah sesukar yang dijangkakan. Lorong demi lorong kami lalui, buah demi buah kami santapi, mana tidaknya, bermula dengan Jln Jambu, kami merentasi Jln Limau, Jln Durian, Jln Kopi, hingga ke Jln Rambutan…akhirnya pelusuk yang paling hujung itu kami temukan. Kurang lebih jam 12.30 tengah hari kami berlabuh…

Bagai pesta orang-orang yang membuat keramaian, riuh sekali! Kami melangkah masuk ke dalam keramaian yang bertemakan ‘keADILan’ itu. Sambil didendangkan penyampai radio ‘kampung’, orang-orang menyantap dengan penuh lahap. Sekali-sekali didodoikan muzik-muzik ‘Cinta dan Anugerah’ rasanya enak di pendengaranku… Yang ditunggu belum sampai, kataya masih bersiap-siap di teratak yang satu lagi, kurang lebih 30 meter dari tempat ini… Seperti episod-episod Angkatan Baru yang sebelum ini, aku dan G-jol cubalah mencari-cari kalau-kalau terdapat kelibat orang-orang yang kami kenal… namun kehampaan jua yang kami temukan… mungkin juga masih terlalu awal… :) makanya aku dan kawan-kawan melantak mana yang harus dahulu. Tidak sampai tujuh kali suap, paluan kompang terdengar gemersik dari hujung sana. Orang-orang mula berdiri-diri dan terjengah-jengah mencari sesuatu, tidak terkecuali aku dan kawan-kawan. Tanpa menghiraukan keenakan nasi minyak yang sedang aku santap ketika ini, saat itu juga aku menyambar ‘senjata’ merbahayaku… meninggalkan hidangan yang masih bersisa di pinggan!

Langkah kaki aku cepatkan dengan harapan tidak terlepaskan buruan. Sasaran aku amati dan aku tilik dengan saksama… belumpun aku melepaskan tembakan, terlihat aku mangsa telah ber‘darah’ dari jauh…. Merah menyala-nyala! Sedang aku membidik sasaran, ia masih tegak dan diam… ternyata bidikanku tidak menakutkannya, malah dengan sempoinya dia melemparkan senyuman yang sukar dimengertikan bujangan sepertiku… seorang lagi temanku yang ke gerbang perkahwinan November ini… Mohd Aswadillah Bin Othman bersama pilihan hatiku… eh silap… pilihan hatinya… Nur Aalia Diyana Bt. Khaini, yang juga junior sefalkuti denganku di UiTM Shah Alam… haha:P Diiringi paluan kompang a.k.a tabla, pasangan pengantin laki-laki melangkah dengan begitu perlahan dan saksama, menantikan pasangan masing-masing yang diseberang sana! Ya, ‘2 in 1’!

Aswad merupakan teman sekelasku saat ditingkatan satu, 12 tahun yang lalu dan juga teman satu dorm ketika aku ditingkatan lima dekat  asrama dulu. Banyak hal yang kami kongsikan bersama saat-saat SPM dulu… alahai kenangannya! Di suatu sudut adalah hal-hal yang lalu itu usah dikenang, tapi apalah kiranya kalau hal-hal itu yang hanya membuat orang-orang mabuk dan senyum sendiri. Bukankah itu lebih baik dari menduga-duga masa hadapan..? Aswad… apa yang aku ingat pasal dia ya? Oh ya… dia merupakan ex-santri (pelajar agama) di pesanteren (ko mondok kat mane ye?):) sebelum melanjutkan pelajarannya di sekolah menengah bersamaku. Sedia maklum pelajar pondok seperti dia pernah giat menghafaz al-Qur’an. Suatu hal yang membuat aku cemburu pasal Aswad, dia… kalau menghafal teks-teks pelajaran… pergh… memang laju! Kecepatan memuat turun dan menyimpan fail sememangnya mengagumkan aku… Tapi mungkin juga tidak ramai yang memaklumi kebolehan Aswad yang satu ini.

SEMPOI… peminat setia telenovela Rosalinda ini juga pernah digelar ‘sempoi’ dikalangan teman seangkatan dengannya. Sejauh dan seluas mana gelaran ini bertahta di hati orang-orang, aku juga tidak tahu! Sebabnya… gelaran ini digunakan secara ‘underground’ dan dijual beli dalam pasaran gelap sahaja! Ada apa dengan sempoi? Mungkin ada yang bertanya-tanya tentang hal ini… bagi menjawab persoalan tersebut, aku telah menemubual seorang respondan dan beliau telah menjawab pendek sahaja… “Aswad, kalau pegi prep pakai pagoda dengan kain pelekat jer!”:P haha… Usai SPM, Aswad……(panjang ceritanya).

Hampir empat tahun berkecimpung berhempas pulas memerah keringat sebagai …………. di UiTM Shah Alam, Aswad tanpa menduga pertemuan yang sebentar cuma membawanya ke jinjang pelamin… melalui seorang yang dia cukup kenali, jodohnya begitu dekat dengannya…:) selanjutnya, ikuti temubual eksklusif berikut bersama wartawan Chauntique…:P

Chauntique: Bagaimana anda mula mengenali pasangan yang kini menjadi suami/isteri anda?
Aswad: MIMPI.
 Aalia: MAMA.

Chauntique: Siapa yang memulakan perhubungan istimewa ini?
Aswad: MAMA.
Aalia: MAMA MEMPERKENALKAN ASWAD. BARULAH ASWAD MEMBERANIKAN DIRINYA MEMULAKAN PERHUBUNGAN.

Chauntique: Bagaimana anda begitu pasti si dia yang pantas menjadi suami/isteri anda?
Aswad: SESUAI DIJADIKAN ISTERI DAN SERASI BILA BERSAMA (KAMCING).
Aalia: DAPAT RESTU DARI IBU BAPA.ASWAD MENUNJUKKAN KESUNGGUHANNYA UNTUK MENJADI SUAMI,KAWAN YANG IKHLAS DAN MENERIMA DIRI SAYA SEADANYA.

Chauntique: Apa yang membuatkan anda tertarik pada si dia?
Aswad: KESETIAN, KEIKHLASAN DAN KENAKALANNYA!
Aalia: HORMAT ORANG TUA,SOPAN SANTUN BAIK DAN PENYABAR.

Chauntique: Apa yang anda harapkan daripada seorang suami/isteri bagi menjalani kehidupan rumahtangga yang ‘mawaddah wa rahmah’?
Aswad: SUSAH SENANG SENTIASA BERSAMA DUNIA AKHIRAT (AMIN).
Aalia: MENJADI PEMBIMBING,KETUA YG ADIL, MEMBERI KASIH SAYANG SEPENUHNYA DAN YANG PALING PENTING SETIA DENGAN ISTERINYA...
 
TERIMA KASIH 
-A&A-
 

p/s: Aswad dan Aalia...Semoga berbahagia hingga hujung nyawa!
 

December 7, 2010

Hani TIRU One Litre of Tears

Salam Ma’al Hijrah!
Malam tadi aku ada menonton sebuah drama siri terbaru di TV3 berjudul Hani. Aku merasa ia sebuah drama siri yang agak ‘best’ untuk ditonton seisi keluarga. Memandangkan ia baru sahaja membuat kemunculan untuk episod pertama, masih terlalu awal untuk aku merungkai ‘storyline’ drama berkenaan. Tetapi apa yang aku pasti dan yakin 100 peratus, Hani mempunyai pengaruh yang kuat atau mungkin lebih tepat aku katakan sebagai mencedok idea asal dari drama siri Jepun yang pernah mencatat ‘rating’ @ top suatu masa dulu, 1 Litre of Tears!
Belumpun reda isu drama siri Seribu Kali Cinta yang dikatakan meniru idea filem Hollywood 50 First Dates, datang lagi satu…. Haha…:P 1 Litre of Tears adalah kisah yang diadaptasi dari situasi benar pesakit lumpuh (Not something special, just a memory of a girl who was chosen by a special illness). Drama jepun ni memang ‘best’ n ‘feeling’ giler… tangkap leleh jugaklah! Aku layan drama ni ‘time’ aku Diploma kat Melaka dulu. Layan dengan budak-budak bilik:P
Walaupun kita baru sahaja menyambut Tahun Baru Hijrah, tapi penerbit dan pengarah tempatan masih lagi di takuk yang lama… kalau mahu dikatakan sebagai kekeringan idea rasanya tidak adil sedang banyak lagi drama Melayu yang hebat-hebat dan mempunyai integriti serta nilai seni yang tinggi. Aku tahu tidak mudah menghasilkan skrip dan jalan cerita yang ‘best’ sekaligus mampu menarik perhatian penonton Tv setiap minggu, tapi adakah ini bermakna pengarah dan penulis skrip harus hilang ‘originality’ drama siri Melayu. Bagaimana aku bisa katakan demikian???
Untuk menjawab soalan ini lebih baik aku memberi secebis sinopsis 1 Litre of Tears terlebih dahulu. Watak heroin (Ikeuchi Aya) dalam kisah ini merupakan gadis naïf yang tinggal didalam keluarga sederhana yang membuat perniagaan tauhu. Tanpa dia ketahui dia menghidapi penyakit Spinocerebelllar Atrophy satu penyakit saraf otak yang jarang dihidapi oleh orang semuda dia. Gadis yang aktif dalam sukan bola keranjang disekolah itu pada mulanya ceria disamping kawan-kawan akhirnya menghadapi dugaan hidup yang terhebat pernah aku rasakan. Watak hero (Asou Haruto) yang ‘moody’ dan punya rasa dendam terhadap bapa sendiri akibat masa lalu juga menjadi ‘sidekick’ cerita ini. Asou menuduh bapanya bersalah atas kematian abangnya. Drama jepun ini memang penuh dengan ‘hikmah’ dan pengajaran yang baik untuk ditauladani.
Bagaimana pula dengan Hani? Sebenarnya, dalam episod Hani yang pertama lagi (malam tadi) sudah menjawab persoalanku ini. Walaupun tidak meniru bulat-bulat, tapi keseluruhan Hani ini dapat dilihat dari awal lagi (pendapat peribadi). Permulaan cerita yang terlalu ‘menjawab’ seperti… watak Hani yang sering sakit-sakit kepala dan pelupa (juga merupakan ‘shooter’ team bola jaring, bapanya peniaga kedai dobi, hero yang ‘moody’ dengan lontaran dialog “Apa guna jadi doktor, kalau anak sendiri pun tak boleh selamatkan!”) Tapi satu je yang best pasal Hani, watak Bel Ngasri…lawak giler!
Wassalam…
p/s: minat telefilem ‘AidilFitri’, Sekeras Kerikil, Sehelai Selendang Sutera, Salam Terakhir, dan tak lupa drama siri Nur Kasih…:)

November 17, 2010

Korban Rasa

Salam Eidul Adha…
 
Sesuai dengan sambutan Hari Raya Haji tanggal 1431 Hijrah ini, ingin sekali aku mengungkapkan rasa syukur pada yang Esa kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bertaubat, insya’Allah. Walaupun aku tidak tahu sama ada berada di dalam lingkungan taubat ataupun tidak, allahu a’lam! Namun yang pasti itu sudah tentu taubat yang belumnya sampai ke tenggorokan. Terkadang ungkapan rasa taubat difikirkan terlalu anak-anak, sampai ketika melakukan nista itu gampang sekali terjadi. Begitu dosa dibuat, begitu juga taubat terungkap… aduhai manusia yang tiada maksum, tegar kau melakukan itu dan ini yang jadi murka-Nya!


Ya, sungguh benar manusia sepertiku tidak terlepas dari mengerjakan dosa dan maksiat, tapi tidakkah kau teringat akan rasa taubat yang dulu? Apa benar kau telah menginsafi diri lantaran noda-noda itu? Ahh, sudah tentunya tidak! Masakan tidak, hanya kerana bisikan ablasa yang sedikit pun mampu memesongkan… inikan pula jeritan-jeritannya! Sudah sepatutnya aku jadikan hari ini sebagai titik tolaknya sebuah taubat yang nasuha… mungkin acapkali kita mendambakan taubat, tapi apa ianya sebuah taubat yang sebenar-benarnya? Hidup berkalang noda seringkali menenggelamkan rasa taubat. Sekejap-sekejap termuhasabah, tapi selalu-selalu tersesat…


Berperang dengan diri sendiri itu lebih hebat bukan? Musuhnya tiada nampak, bahkan menyorok dimana pun tiada jumpa. Betapa nafsu bersaraf dalam jiwa amat payah dicabut. Begitu hebat manusia yang dapat memeranginya! Sehinggakan pahala jihad itu didapat ke orang-orang yang melawan nafsu. Subhanallah… , kiranya dapat mengorbankan rasa yang tidak-tidak itu besar manfaatnya pada diri sendiri apatah lagi ia sebuah pengabdian pada Tuhan! Rasa ingin bertaubat tidak patut dilengah, wajib disegerakan! Sebab hayat yang terjasad ini tiada tahu bila akan pergi… tiada tahu bila sampai ke tenggorokan… tiada tahu….:’(

p/s: Berkorbanlah...Wallahu a'lam...

November 9, 2010

Rezeki Manusia


Bismillahirrahmanirrahim... 
Yang dipanggil rezeki itu bermacam-macam bentuknya dan segala macam bentuk rezeki itu sudah termaktub di Luhul Mahfuz. Tiada soal berupa apa, bagaimana dan bila ia datang. Justeru telah ia ditentukan oleh Maha Penentu Rezeki kepada hamba-hambanya. Rezeki itu bukan sama sekali diraih, bahkan rezeki itu adalah kurnia Tuhan atas usaha dan keringat manusia yang mengerjakannya. Manusia itu tidak pantas mempersoal keringat juga kepayahannya dalam menentukan hasil apa yang ia akan dapat. Dan sesungguhnya, rezeki itu adalah juga sisi daripada takdir yang terpena diatas jaluran hidup manusia. Asalkan saja manusia itu mengerti akan natijah sesuatu yang ia kerjakan pasti tidak akan murung dan sering bertanya-tanya.

Dewasa ini, bukan sedikit orang-orang yang menanam cita-cita menjadi bangsawan dan karyawan tersohor. Diperah keringat sekonyong-konyongnya demi meraih jabatan atau pangkat dalam menyusun masa depan hidup. Malah dicoretkan pula pelan-pelan hidup yang memungkinnya untuk terus bermisi dan bervisi. Sungguh ia sesuatu yang membanggakan apabila segala yang dirancang itu menjadi kenyataan. Sudah ia dapat meraih impian juga mimpi yang jadi idamannya selama ini, diraikan pula dengan itu dan ini. Tapi dengan segala perancangan yang rapi itu, tidak banyak pula yang menyedari adanya akan takdir dan rezeki Tuhan!

Dengan pernyataan yang digaris bawahi ini, ternyata manusia masih berselingkuh dengan impian semata tanpa memikirkan kemungkinan yang akan terjadi. Ini dibuktikan apabila terdapat segelintir manusia yang selalu bertanya-tanya untuk hal yang tidak-tidak. Sebagai contoh yang paling hampir dengan kehidupan remaja masa kini, seorang pelajar yang dengan gigih melaksanakan pengajiannya dengan keputusan yang cemerlang sering menanggapi kerjaya yang indah-indah setelah pengajiannya selesai… sesuai dengan kredibiliti dan perolehan yang ia dapat. Sesudah itu, diusahakan pula dengan keras supaya apa yang dicita-cita itu ia dapat. Bahkan tidak sekadar itu, di dalam lembah cita-citanya itu, dia sudah bermimpi-mimpi tentang apa yang akan ia perlakukan dengan gajiannya itu…

Sungguh dalam cita-cita dan impian manusia sehingga terkadang lupa bahawasanya kerjaya dan gajian itu bukan hanya sekadar datang dengan usaha yang berlipat-lipat tapi harus juga dengan adanya rezeki kurniaan Ilahi. Justeru, tidak kita hairankan bila mana manusia itu tidak dapat apa yang ia cita-citakan, ia terus meratap dengan ratapan yang paling dasyat! Rasa murung yang berlebih-lebihan sehinggakan terasa ia kan lelah penat itu tidak berbayar… astaghfirullah… sedalam mana usaha, setinggi mana doa dipanjat, jika sudah tertulis rezeki dan jodoh itu seperti apa yang diinginkan Allah, pasti seperti itulah layaknya manusia menerima. Bukan mengabaikan usaha dan doa tapi manusia itu sememangnya harus tahu tawakal! Berserah atas apa jua yang ditakdirkan oleh-Nya. Berusaha untuk faham akan hikmah jua ketentuan-Nya. Dan dengan pasti sesuatu itu berlaku atas dasar alasan yang terkadang manusia itu pun tidak perlu tahu!

Atas sebab itulah manusia tidak seharusnya memanjangkan hal-hal yang tidak-tidak. Bukan bererti tidak memikirkan kesan dan akibat tapi fikirlah hanya sekadar apa yang perlu difikirkan. Insya’Allah, atas usaha, doa dan tawakal semata-mata mengharapkan redha Allah, nescaya manusia itu akan beroleh kebaikan daripadanya. Dengan cara apa? Bila dan bagaimana? Itu yang tidak harus difikirkan oleh akal pendek manusia. Percayalah wahai manusia yang bergelar Muslim dan Muslimah, rezeki itu sudahnya Allah tentukan qada’ dan qadarnya bagi setiap insan di dunia ini, hatta kepada yang bukan Muslim sekalipun. Dua kemungkinan tempoh masa, sama ada cepat atau lambat sahaja. Tidak usahlah acapkali merunsingkan hal yang tidak pasti. Jauh lebih baik memikirkan yang sudah pasti – AKHIRAT! 

“Bukan TIDAK ada rezeki, tapi BELUM ada rezeki!” 

Wassalam.

November 7, 2010

Angkatan Baru: Ihsan & Safiah

 
KUALA LUMPUR: Ahad, 7 November 2010. Nyaris sahaja tiada bertapak jejakku ke pekan Yap Ah Loi hari ini. Nyaris juga tidak menyaksikan dua sejoli mengibaskan sayap putih gemerlapan bak sang permaisuri menurutkan titah rajanya di balairung. Sudah habis ikhtiar aku kerjakan, mencari-cari di laman sosial juga tidak kutemui. Bertanya sana dan sini, namun, tiada yang membalas sependapat denganku untuk mengabulkan perutusan raja sehari Mr. & Mrs. Razin. Perkhabaran aku terima buat yang pertama kali hanya beberapa siang yang lalu. Olehnya Hakim a.k.a Cat disampaikan kepadaku. Hampir sahaja salam angkatan baru sahaja aku titipkan… cuma berubah menjenguk sementelah mendapat panggilan harapan dari temanku, G-jol. Bersama memperkenan jemputan sahabat lama. Sahabat yang punya kependekan nama ‘cuak’ disamping teman-teman seperkolahan dahulu kala.
Tepat jam 11 dini, usai membelek surat khabar yang baharu dilanggani abah, aku terus melompat ke kamar mandi membersihi diri. Puas menyisir rambut yang kononnya ikal mengurai dan membalik-balik diri di depan kaca bayangan, cepat-cepat aku memecut jentera Suzukiku ke perdesaannya G-jol dekat Sg. Kamin, Ulu Yam. Demi memeterai janji berpergian bersama. Menyelusuri puakanya Sg. Tua! Berbekalkan Uncle GPS yang serba serbi tahu itu memandu kami berempat. Anak dan Puan G-jol pun turut serta. Alhamdulillah, telah sampai kami ke destinasi walau sedikit tersasar. Tibanya kami disambut manik-manik dingin wasiat mendung. Mujur telah sampai ke muka dewan, seperti mana dinyatakan di atas jemputan.
Orang-orang mulai menyesakkan ruang-ruang dalam dewan. Tapi masih juga tidak payah menerobos ke celah-celah kerabat itu. Ada yang mengobrol-ngobrol, ada yang berjabat, ada juga yang berkucup pipi. Tidak kurang yang asyik tersenyum mempelawa jempetun-jemputan yang bertandang. Hingar-bingar terdengar disana dan disini layaknya seperti walimah yang diketahui ramai orang-orang sebelum ini. Dari satu meja kepada sisi meja yang lain, sesungguhnya tidaklah kami temukan kelibat-kelibat orang-orang yang kami kenali di meja sekolah dahulu kala melainkan junior-junior yang jelasnya teman-teman sebaya dengan Si Safiah itu satu meja olehnya berkumpul. Begitu kami melewati perkumpulan itu, hanya jabat salam dan simpul senyum yang mampu aku lakukan. Mengingat dan menyeru nama mereka itu nyata sekali bukan keahlianku sedari dahulu lagi. Hatta ada yang diantara mereka itu berjabatan pengawas sekalipun. Sekadar bersapa-sapa muka sahaja sudah aku fikirkan cukup.
Mujur juga angkatan baru itu kami dahului. Demi menunggu susuk-susuk yang bakal jadi soroton ramai itu nanti, aku, G-jol, isterinya, anaknya mengerjakan seperti apa yang sepatutnya dikerjakan orang-orang yang sesak itu, melahap nasi minyak! Bukan tiada menjadi kebiasaan orang-orang bila menghadiri keramaian seperti itu. Demi memberi izin tetamu yang lain menjamah hidangan, eloklah kiranya kami mengundurkan diri keluar dewan sahaja, sambil mengasap tembakau sepuntung dua. Dan demi tidak melepaskan ‘moment’ ketibaannya dua sejoli itu, kami gagahkan juga menunggu. Hendak dikatakan lama tidak juga, hendak dikatakan sekejap pun tiadalah ia sekejap. Sejurus, jentera jenis Honda City memasuki perkarangan depan dewan. Orang-orang pun bersorak riuh. Laungan selawat dan paluan kompang jadi tanda ketibaan raja dan permaisuri yang tampak disulam bahagia itu. Selain menjadi tatapan lensa yang tidak sedikit.

Si Ihsan, seperti lagaknya yang dulu-dulu, tidak ubahnya macam satu dekad yang lalu. Saat jadi teruna pingitan dan teman sepermainan serta sepergurauan di meja asrama dulu, popular dia dengan sifat malu yang ter‘cuak-cuak’ mendampingi Sang Permaisuri hatinya. Wahh…! Aku jadi teringat pula zaman-zaman asyiknya Si Ihsan mengenali Si Safiah. Bila ditanya mati tidak mengaku. Padahal si posmen kelasnya Safiah itu pun aku kenal haha… Ihsan…Ihsan… bukan main selindungnya dia berkirim sayang dan rindu. Tapi tidak mengapa wahai sahabat, Allah sudah simpulkan rindu dan sayang kalian jadi cinta yang halal bagi kalian berdua. Disaksikan banyak orang-orang, sanak saudara, kerabat famili, handai taulan…

Si Ihsan,
Nakhoda bahtera sang cinta,
Tebarkanlah layar cintamu seluasnya,
Kemudilah ia elok-elok,
Janganlah pula tersadung karang,
Sebab ombak itu bermacam-macam…

Si Safiah,
Bayu laut yang terkadang dingin terkadang hangat,
Hembuskanlah hawa dingin dan hangatmu elok-elok,
Biar terbawa bahtera kemana-mana,
Asal tiada sesat di tengah lautan,
Sebab ombak itu bermacam-macam…

“Apa guna kawan ratusan berbilang? Kalau sorang pun tak dapat datang” – Warta Facebook
p/s: sekalung tahniah buat korang berdua… Selamat Pengantin Baru :’)

November 3, 2010

The Hamka's Seeker

Susah betul aku nak jumpe novel karya-karya Buya Hamka ni! Kurang lebih dua bulan yang lepas, aku ade beli satu karya die yang berjudul 'Di Dalam Lembah Kehidupan'. Buku ni bukan novel tapi lebih kepada kumpulan cerpen pendek yang semuanya berkisarkan cerita-cerita sedih dan kisah kemelaratan rata-rata manusia di dunia ni. Memang best! Tapi, macam biasa... aku belum lagi 'settle'kn lagi pembacaan aku.... baru separuh jalan...

Semalam, sejurus membeli tiket wayang (Enthiran), aku singgah-singgh kejap kat MPH Bukit Raja. Memang tak lain tak bukan, mencari karya-karya Buya yang belum lagi aku miliki! dari rak ke rak, dari baris ke baris, dari awek ke awek... tak jugak aku temui. At last, aku give up... aku tanya aje tukang toko buku itu. Rupe2nye... dieorang dah 're-sorting' balik rak buku-buku karya beliau. Adelah dalam dua tiga judul semuanya... tapi one of them bukan Buya punye, tapi anak beliau Rusydi Hamka! Alhamdulillah... Nasib baiklah salah satu drpd mereka itu, terdapat sebuah karya yang belum aku miliki... Tuan Direktur (keluaran Pustaka Dini)!

Entah ape kisahnya bukan menjadi soal tapi apa yang paling penting aku dah jumpe karya beliau yang belum ada dalam senarai koleksiku. Misi pencarianku ini sudah pasti belum lagi tamat... misi ini akan diteruskan sampai bila-bila insya'Allah... selagi aku tak menemukan semua karya beliau! yang tak berapa nak bestnye... aku sering menemukan 'pattern' buku yang berbeza-beza keluaran Pustaka Dini ini... maklumlah dari yang lama-lama sampai ke cetakan yang terbaru... design, saiz dan kulit buku memang lain-lain... mesti tak smart kalau susun kat rak buku aku kat rumah...:(

By the way, the contents much much more valuable than its covers! Aku memang 'recommend' la pembacaan karya-karya Buya Hamka ni kalau nak dijadikan sumber rujukan ilmiah dan jugak inspirasi hidup yang terapung tak hanyut, tenggelam tak basah! Setiap kali membaca pasti terasa kesegaran idea, falsafah dan pemikiran penulis disisi...full of exciting! dari helaian pertama sampailah yang terakhir...:)


Berikut adelah judul-judul Buya Hamka yang sudah aku miliki:
1) Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937)
2) Di Bawah Lindungan Ka'abah (1936)
3) Angkatan Baru (1942)
4) Terusir (1940)
5) Merantau Ke Deli (1940)
6) Keadilan Ilahi (1962)
7) Di dalam Lembah Kehidupan (1939)
8) Tuan Direktur (1961)


“Buku tidak salah dibaca walaupun penerbitannya sudah lama, kerana apa yang dinukilkan pasti saja ada gunanya untuk masa-masa yang bakal dilalui. Seseorang pengarang memerah otak dengan kebijaksanaan yang dianugerah Allah bagi menghasilkan satu karya yang baik”. (Dr. Shahrom TM Sulaiman)

 
p/s: semalam terjumpa pulak karya terbaru Kang Abik, BUMI CINTA (from the creator of best seller's Ayat-ayat Cinta & Ketika Cinta Bertasbih)

November 2, 2010

Figment of the Mind's Eye

HALUSINASI...apabila manusia sering bersendirian, dia lebih cenderung untuk berimaginasi.
A hallucination is the brain's reception of a false sensory input. This essentially means that the person having a hallucination is experiencing an event through one of their senses that is not occurring in the real world. This can be through any of the senses, with tactile then auditory hallucinations being the most common. When auditory hallucinations are examined, the most common are hearing one's own thoughts as if they were being spoken aloud, followed by hearing one's name being called by a voice when alone.  People may experience hallucinations as part of their normal developmental stages, especially during the preschool years, in the 2-5 year old range. Common causes of hallucinations in people without a psychiatric diagnosis are exhaustion, sleep deprivation, social isolation and rejection, severe reactive depression, amputation of a limb (phantom limb syndrome), a reaction to medication, a reaction to hallucinogens such as LSD, a reaction to other drugs such as heroin and cocaine.  Physical (organic) causes of hallucinations include delirium, tumors leading to increased intercranial pressure, temporal lobe lesions, seizures, head injuries, and irritation of sensory pathways. In persons with a psychiatric diagnosis, it is the psychotic disorders that are generally associated with hallucinations. These include all of the schizophrenic diagnoses, and affective disorders (such as Bipolar Disorder with psychotic features).  p/s: keep on hallucinating and u'll find somethin' outlandish within u!:) but of course, NO DRUGS okay...:P

October 30, 2010

Coming Soon

DASYAT...filem penuh aksi garapan terbaru sutradara Chauntique ini  mengisahkan tentang seorang pemuda yang mencari pekerjaan lantaran kerjaya menanam anggur tidak begitu menguntungkan!

p/s: Don't try this at home!

Illegal Cooking


Assalamu'alaikum w.b.t!
Photo album dapurku...
Kali ini teringin sekali aku berkongsi pengalaman aku sewaktu menetap di Kolej Jati kira-kira setahun yang lalu. Sewaktu menghuni Blok B di bilik berdigit 2611 (Laman Fitrah) secara solo. Aras 6 ini merupakan tingkat yang sudah lama tidak digunakan, cuma kebetulan dibuka buat pelajar-pelajar rayuan seperti aku. Senang cerita, sebab aku lambat sangat mendaftar kolej, dapatlah aku bilik-bilik yang paling tinggi (aras paling atas). Dan kebanyakan struktur Kolej Jati sememangnya secara keseluruhannya memiliki empat buah bilik di setiap aras. Sebenarnya, hendak dikatakan bilik juga tidak, sebab fizikalnya lebih kepada sebuah rumah yang memiliki tiga buah bilik didalamnya dan terdapat ruangan dapur. Ketiga-tiga buah bilik (satu rumah) ini sepatutnya diduduki oleh enam orang pelajar yang masing-masing dua orang sebilik. Namun, sedikit terasa malang apabila tiada seorang pun yang menduduki rumah itu selain aku... dari awal semester hingga akhir peperiksaan semester 4! Sungguhpun terdapat 'cerita' disebalik aras ini, aku rasa baik aku simpankan dahulu kisahnya buat entry yang akan datang insya'Allah...

Walaupun dihimpit dengan kesibukan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar ijazah, aku sangat gemar memasak bersendirian. Selain dapat berjimat, aku juga dapat mengasah deria masakan aku yang tak berapa nak tajam ini. Segala perkakasan dapur aku bawa dan beli sama ada yang halal ataupun yang haram dari perspektif pihak kolej. Asalkan dapat makan dan menampung kelaparan tembolokku seadanya. Memang seronok kalau dapat makan 'something' yang kita sendiri masak. Lagi best kalau dapat bagi kawan-kawan makan sekali. Nikmat yang tiada tolok bandingnya! Tak percaya, cubalah! Lagi mantop kalau kawan-kawan tu puji kita ni pandai masak. Walhal, benda-benda simple je...hahaha.... Yelah... kalau kat rumah tu dah memang jarang sekali nak pegang sudip dan periuk nasi. Semuanya serahkan pada yang pakar! Hehe...

Apa yang selalu aku masak? Disebabkan aku masih lagi dikategorikan seorang perawan... haha... isu lauk pauk ini bukanlah menjadi suatu hal yang merumitkan. Asal campak itu dan ini dalam kuali pun dah dikirakan beruntung! Biasanya nasi goreng lah... yang paling simple dan enak untuk dijamah oleh bujangan sepertiku. Selalu juga makan nasi putih bersama ikan goreng berlaukkan kicap manis cap kipas udang! Sayur? Paling senang sekali, tidak perlu digoreng atau ditumis, sememangnya yang jadi kegemaranku sejak sekian lama... Ulam Raja! Jimat masa, jimat tenaga, jimat minyak, jimat elektrik lagi berkhasiat... Mujurlah Kolej Jati ini begitu hampir dengan pasar basah Seksyen 6. So, tidaklah sukar untuk aku mendapatkan bekalan masakan yang aku dambakan hampir setiap hari.

Pada kebiasaannya, aku akan membeli empat ekor ikan dan dua ikat ulam raja di pasar. Ikan-ikan tersebut akan aku goreng sekaligus memandangkan tidaklah aku mampu menyeludup masuk sebuah peti ais utk menyejuk beku bahan makanan. Sekadar kais tengah hari makan tengah hari, sudah kais, makan malam sekali! Tidak hairanlah kalau sememangnya aku masak sekali sehari. Lagipun, yang tinggal di rumah itu hanya aku... tiada soal cukup ataupun tidak! Kadang-kadang terasa senang bila mana tidak ada seorang pun yang kisah tentang rutin seharianku. Ada rasa bebas yang bermukim di hati.... memanglah sunyi tapi apalah ertinya sebuah kesunyian itu tatkala aku sudah bertemankan desktop kesayanganku. Pasti hidupku tidak lagi terasa bosan malah lebih 'bising' dari yang berteman...:)
Photo album bubur 'cagung'...
Bercerita soal masak ini, aku jadi teringat pasal bubur 'cagung' yang pernah aku sediakan untuk teman sekelas dulu... masa tu pagi-pagi lagi seawal 7 pagi sebelum pergi kelas aku sudah berembang pagi ke pasar Seksyen 6 membeli jagung, santan dan cacar. Takut-takutlah kalau tak sempat nak bungkus dan bawanya ke kelas...haha...memang seronok masa ni!

p/s: kalau sesape nak resipi bubur cagung ni bolehlah request ye...hehe:P

October 26, 2010

The Beginning of the End

Assalamu’alaikum w.b.t. to all my dear readers!
Kemuncak hidup aku sebagai seorang pelajar UiTM berakhir petang semalam (16.15pm waktu tempatan). Segala penat lelah dan keringat yang dicurahkan bagi memproduksi sebuah karya agung berjudul “Cultural Dimensions towards Employee’s Performance: An Empirical Study in Malaysia’s Aviation Industry" berjaya di’submit’ kepada pihak-pihak yang berkenaan. Suatu kepuasan yang tiada peri jelas terlukis diwajah kacakku yang kian dimamah usia… Lantai dan dinding fakulti dipandang sayu sahaja petang itu. Entah perihal apa yang berkerut di dahi… Sebak seorang pencinta karya seni tempatan layaknya.
Menyelusuri ruang-ruang kelas juga pejabat-pejabat pensyarah mengembalikan memori suka dan duka dua tahun sebelumnya, saat baru menginjak ke bumi Shah Alam ini. Sungguh tidak aku sangka akan bertemu dgn Dr. Zaidi dalam perlangkahan ke bilik Pn. Suryana. Betapa ‘significant’nya pertemuan ini sehingga dia lupa akan aku sebagai pelajarnya dahulu di semester tiga… tidak mengapa asalkan aku yang tiada lupa akanmu! Masakan dia ingat padaku sedangkan dia punya puluhan mungkin juga ratusan pelajar dalam dua tahun ini. Walhal aku punya cuma beberapa pensyarah yang aku sendiri tidak upaya mengingat nama-nama mereka. Jasa dan tunjuk ajarmu menurunkan ilmu SPSS amat berguna sekali sehingga boleh pula aku membuka kelas-kelas tutor bersama teman-teman… terima kasih yang tiada tara buat Dr. Zaidi.
Juga atas bekalan Survival Manual milik Pn. Norlela yang dipinjamkan kepadaku sedikit sebanyak membantu aku dalam memahami konsep dan erti sebenar sebuah SPSS! Walaupun ada juga yang masih menjadi soal di dalam benakku yang berkarat ini… Terima kasih puan! Dan sudah tentu, buat teman-teman yang tidak jemu-jemu menghantuiku, bertanya itu dan ini, memberitahu itu dan ini, terima kasih daun pudina! Walaupun tidak sedikit yang tidak dapat aku bantu… maaflah ye… ruangan masa dan kudrat yang membatas ini sering sahaja jadi asbab ketidakberadaanku disamping kalian sepertimana yang didambakan… jutaan kemaafan dariku!
p/s: sessi penghargaan ini dirasakan lebih panjang dari yang project paper! Haha…

Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.