January 2, 2017

My Annoying Brother: Kisah Romantis Abang-Adik yang Sadis


Review Ringkas


Impresi pertama melihat trailernya di Youtube tidak lain tidak bukan menerbitkan rasa komedi di hati. Hakikatnya tidak sama skali. Komedinya hanya cuma terlihat sampingan dari kisah tragis & emosi. Hubungan Doo-Sik (abang) & Doo-Young (adik) yang renggang sejak lama berpisah dari kecil mencetus rasa dingin di permulaan cerita. Si Abang yang jadi bekas banduan atas kes penipuan diberi pelepasan menjaga adiknya yang cacat penglihatan. Kecacatan yang ditunjukkan dalam filem ini adalah berpunca dari sebuah insiden akibat kecederaan atlit sukan.




Insiden seperti ini dirasakan lebih berkesan dari kecacatan azali. Alasannya, pengarah tidak hanya dapat fokus kepada perkehalian emosi abang-adik, tapi juga mengenengahkan semangat juang seorang atlit dalam menghadapi hidup 'gelap'nya. Aku tidak berniat meng'spoil'kan jalan cerita filem ini tapi plot suka-dukanya membuatkan ianya agak menarik untuk dikongsi.

Sememangnya aliran air mataku tak sederas saat menyaksikan Miracle in a Cell No. 7, tetapi cukup melahirkan rasa simpati terhadap dua watak penting ini. Sudah menjadi lumrah dalam filem Korea dan kepakaran membina karekter oleh Sang Sutradara mengikat watak-wataknya dalam sanubari penonton. Dalam waktu hanya kurang setengah jam, penonton sudah dapat melewati jiwa setiap apa yang dirasakan oleh pemainnya.

Secara lahirnya, abang-adik ini hanyalah hubungan tiri (bukan seperti filem Heart of Dragon, Jackie Chan & Sammo Hung dan 'remake'nya, lakonan Mustafa Kamal & Mr. Os, Filem Adik). Mengapa tidak dibuat sahaja hubungan kandung? Kan lebih pas! Nah, itulah dia alasan mengapa 'hablu minn-annas' mendominasi tunjang filam ini. Persoalan seperti, mengapa kasih dan sayang hanya layak pada adik-beradik kandung sahaja, dijawab dengan cantik dalam filem ini. Terdapat satu lagi watak sampingan diperan oleh seorang pelajar gereja yang sering menyelit dalam babak Si Abang. Watak ini digambarkan jengkel di mata penonton tapi akhirnya tuntas menjalin ikatan murni antara mereka. Terkadang terlihat watak ini menenggelamkan watak dan fungsi pembantu Soo-Hyun (lakonan Park Shin-Hye).

Latar Paralimpik Rio 2016 menjadi dasar kecil untuk filem ini. Ini kerana itu bukan fokusnya. Sayang sekali kebangkitan Si Adik menempuh acara sebesar ini tidak cukup buat penonton. Walaupun aku faham dengan keterbatasan dia, tapi momen seperti latihan tubi dan rutin seorang atlit itu tidak dapat dirasa. Tup-tup, sudah layak ke Olimpik. Plot akhir dirasakan berlalu begitu pantas. Aku tidak akan terganggu dengan gaya 'fast-pacing' seperti ini jika tidak dinyatakan tamat tempoh 3 bulan itu.

Meniti saat akhirnya... (non-spoiler), pertemuan bukan fizikal itu bahkan meruntun jiwa. Perakam suara jadi peneman Si Adik dalam menempuh hari-hari depan. Barangkali penonton kecewa di babak akhir tapi sekurang-kurangnya pengarah sudah bersedia dengan 'pengubat'nya.
'Kecacatan itu bukan untuk diatasi, tetapi untuk di terima'
Verdict: 4/5 ⭐⭐⭐⭐
Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri..
 (Diriwayatkan oleh : Anas Ibnu Malik)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.