January 17, 2017

Predestination: Transgender Versi Halal


Review Ringkas

Sarah Snook sebagai John “Unmarried Mother”
Terlalu banyak filem-filem yang membawa konsep 'Time-Travelling' di peringkat global, seperti The Phone (Korea, 2015), 24 (Tamil, 2016), dan tidak ketinggalan juga XX Ray II (Malaysia, 1995). Kesemua filem ini menunjukkan kecanggihan teknologi di luar kotak (kecuali The Phone yang disebabkan oleh fenomena alam). Filem ini lebih layak kalau aku kelaskan sebagai 'hybrid' kepada tiga filem iaitu, Tom Cruise (Minority Report, 2002), Jake Gyllanhaal (Source Code, 2011) dan Bruce Willis (Looper, 2012). Walaupun pada asalnya ia hanyalah sebuah 'short story' (All You Zombies oleh Robert A. Heinlein), Predestination dilihat sebuah karya agung yang hampir 99% sempurna! (untuk sebuah filem bertemakan Time Travel)

Sarah Snook sebagai Jane
Para pelakon membawakan watak masing-masing dengan berjaya. Ini termasuk juga watak pembantu seperti Mr Robertson. Riak wajah Sarah Snook sebagai John terkadang dilihat mirip seperti lakonan Leonardo Dicaprio dalam Inception. Lakonan dia adalah kunci kepada segala-galanya. Pembawakan emosi yang mengesankan sungguh tak dapat disangkal lagi. Setiap tutur kata membawa erti sebuah emosi yang mendalam. Kepedihan pengalaman dan jalan hidup disampaikan dalam bentuk 'story-telling' (seperti 3 Idiots) yang mana effisyen mengikut rentak dari babak ke babak.

Noah Taylor sebagai Mr. Robertson
Predestination sebuah karya non-linear yang sememangnya sukar ditebak. Melompat dari tahun ke tahun merumitkan lagi plotnya. Syukur, hampir tiada 'plot-hole' yang mengelirukan. Kita tidak akan tahu ia merupakan sebuah filem Sci-fi sehingga tiba ke 'intermission'. Penceritaan yang begitu baik ini memaku mata dan telinga untuk melihat dan mendengar setiap bait kata serta adegan agar tidak terlepas pandang plot kompleksnya. Jikalau Looper menunjuk pertindihan waktu antara satu watak dalam usia berbeza, filem ini pula aku anggap sebagai 'Looper with *Limbo'. Pada yang tidak tahu, limbo merupakan terma yang digunakan di dalam filem Nolan, Inception; merujuk kepada 'multi-level dreams' (anda hanya akan faham apa yang aku maksudkan, apabila sampai ke babak akhir menontonnya).

Ethan Hawke sebagai The Bartender/Temporal Agent
Buat pertama kalinya aku merasakan yang transgender itu hukumnya harus lagi halal! Sejenak, memikirkan sama ada aku terjatuh dalam perangkap Freemason/Illuminati. Syukur, tidak sama sekali. Menelusuri rentetan transisi watak Jane kepada John amat memilukan dan menyedihkan. Ekpressi lahir dan batinnya diatur dengan kemas dan waspada. Misteri dan rahsia peribadi watak diwujudkan dengan tenang sehingga tanda-tanda kecil yang membawa kepada rumusan cerita tidak disedari langsung. Selain pengalaman menonton yang memuaskan, terlalu banyak yang boleh dibincang dan dipersoal jawabkan. Dan inilah yang membuatkannya sebagai sebuah 'absolute masterpiece'. Kita semua tahu yang Inception/Interstellar sebuah filem berjiwa hebat, tidak terkecuali Predestination. Bisa aku gelarkan Looper versi Nolan. Sebuah filem 'underrated' yang patut dipuji melangit. Tak perlu menjiwai filem ini, kerana ianya sebuah jiwa!

*a world of infinite subconscious from which escape is difficult and a dreamer risks forgetting they are in a dream (Inception, 2010)

Verdict: 4.5 ★★★★⋆
Movie Trailer & Temuramah bersama Ethan Hawke


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.