
Sinematografi yang terkadang terlihat 'mahal' dan 'murah' menimbulkan perasaan yang tidak sedap di hati (penulis sahaja). Aku faham bila pengarah, penulis, DOP serta lakon layar mungkin sekali daripada sentuhan Syafiq sendiri, tetapi rasanya terdapat ruang kualiti antara 'shot' (mungkin ada ketika lensa kamera bertukar tangan). Ruang kualiti yang aku maksudkan tidak termasuk scene untuk skrin hijau/CGI. Pengecualian ini diberikan atas sebab ianya adalah filem Melayu Malaysia! Apa pun alasannya, pengarah berjaya mentafsirkan hubungan antara yang tersurat dan tersirat. Sesuatu yang membanggakan bila kita punya such visionary director in town!

Secara keseluruhan, filem ini baik untuk di tonton oleh ramai orang. Walaupun bukan yang terbaik, banyak iktibar yang boleh di guna pakai. Jujur aku katakan, persoalan solat antara mahukan sesuatu atau memangnya Tuhan itu berhak disembah (pertanyaan Maya kepada Aiman), membenakkan kesayuan dalam jiwa. Mungkin persoalan ini akan terpasak dalam mindaku buat selamanya. Persembahan watak Aiman & Maya juga sebenarnya boleh aku ibaratkan seperti Kisah Adam & Hawa yang dicampakkan ke Dunia (desolasi); mencari jawaban Ilahi atas kekhilafan diri sendiri. Hanya cuma pengarah tidak mahu pergi terlalu dalam sehingga boleh dilabelkan 'haram' oleh LPF.
Filem ini akan jadi lebih baik jika:
- Kapsyen; “Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan surga bagi orang kafir.” (HR. Muslim no. 2392) boleh diletakkan pada awal cerita, sebelum bermulanya 'opening credit'. Cara ini biasanya lebih membuatkan penonton untuk mudah 'lupa' akan pesanan awal (sebab dah terbuaikan dengan 'kesesatan' Aiman) dan bila masa sampai penghujungnya, baharulah penonton 'trigger' semula untuk mengaitkannya dengan konsep Desolasi.
- Melebihkan scene 'tension' dari watak Aiman untuk keluar dari dunia Desolasi. Point ini di ketengahkan berpunca dari 'kegembiraan' yang amat sangat & 'penafian' Aiman untuk keluar dari desolasi (ketika perbualan dengan watak Maya di sebuah taman). Ini agak bercanggah dengan sifat Aiman sebelum bertemu Maya.
- Manipulasi mesin desolasi agak terhad kepada pesakit Anton Babinski sahaja. Alangkah baik jika dapat digunakan ke atas Ayah Aiman juga. Alasannya, hubungan yang kuat atau DNA antara bapa dan anak memungkinkan pencarian dalam desolasi. Definisi mesin tersebut juga boleh di tambah sebagai pemanis cerita (sudah alang-alang berfiksyen).
- Disebabkan watak Maya terlalu sedikit/kecil, eloklah kiranya pengarah meng'ada'kan 'alternate ending' dengan 'twist' yg ke-3. Alternate ending ini bagi aku sangat penting untuk memuncakkan lagi rasa 'WOW' oleh penonton. Cadangan aku; Maya adalah bukan dirinya sendiri, 'dia' adalah ibu Maya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan (seperti mana yang Doktor itu ceritakan). Berdasar dialog Maya "Aku tak gila", ia sangat sesuai dengan twist aku ini. Bagaimana Maya boleh pulih dan berkahwin dengan Aiman? Ini sangat gampang diceritakan. Boleh jadi apa sahaja yang pengarah mahukan :)
Verdict: 3.5/5 ☆☆☆⭐
“Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir.” (HR. Muslim no. 2392)
siapa kwn2 ni? sungguh musykil...
ReplyDelete