Review Ringkas
The Girl on the Train mengingatkan aku akan filem Melayu tahun 1998 arahan Pansha, Lenjan. Idea asal kedua filem tersebut cuba mendifinisikan kejalangan dalam konteks misteri dan 'thriller'. Hanya cuma berbeda perspektif jantina. Filem ini tidak sama seperti "Kahaani" (Suami juga jahat). Penyelesaian kepada misteri menjadi jelas di pertengahan cerita apabila mangsa pembunuhan itu menunjukkan flagrante delicto dengan orang yang tidak dikenali yang mempunyai badan yang tersendiri hanya satu watak lain. Kemudian, ia menyatakan dengan jelas bahawa watak utama bukanlah 'culprit' melainkan dua daripada tiga watak lain yang berkemungkinan. Apa lagi, bahawa watak utama bertindak bertindak dengan konsisten sepenuhnya.
Penceraian bukanlah sesuatu yang asing di luar sana, lebih-lebih lagi di Barat. Punca kejahatan Sang Suami tidak sempat dikembang dan hampir lenyap memandangkan pekungnya hanya terdedah di penghujung cerita. Terkadang watak suami terlihat begitu sempurna tanpa cela. Kerakusan dan nafsu serakah hanya dilontarkan melalui kata-kata majikan yang wataknya begitu kecil sekali. Apa pun alasannya, ini adalah rahsia besar yang mahu disimpan pengarah dan tidak banyak yang perlu dikatakan. Aku hampir sahaja memfitnah ketidakwarasan Sang Isteri. Sungguh aku terperdaya.
Keretapi hanyalah 'mise-en-scene' tak berbayang, tanpanya tak menggugat jalan cerita. Dan fungsi pengangkutan ini berakhir di pertengahan cerita. Prestasi Emily Blunt sebagai pemabuk tegar kurang meyakinkan. Malah, detik-detik sedar dia hampir tidak dapat dibezakan daripada detik-detik mabuk beliau. (Nasib baik ada fokus kabur dan kamera goyah). Walaupun plot filem agak meletihkan dan terasa kosong, aku masih mengikutnya hingga akhir. 'Pacing' adalah perlahan dan strukturnya hampir tidak teratur. Sekurang-kurangnya sinematografi dan reka bentuk babak membezakannya yang baik. Secara keseluruhan, filem ini tidak begitu membosankan, untuk aku sebagai penonton Melayu. Kisahnya tidak mudah ditebak, malahan terasa sedikit puas di penghujungnya.
Verdict: 3/5 ★★★
Trailer
No comments:
Post a Comment