January 6, 2017

The Great Wall: Tao Tie itu Yakjuj Makjuj?!

Click for more info

Review Ringkas

The Great Wall (TGW) merupakan filem kerjasama dari China & Hollywood (CGI), ia dikatakan sebagai filem termahal dari Tanah Besar itu. Dengan persembahan visual yang mengagumkan, TGW sungguh memuaskan! Tak keterlaluan kalau aku menganggap kepuasannya melebihi Star Wars: Rogue One yang ditayangkan awal bulan lalu (Dec 2016). Pedulikan apa kata 'Rotten Tomatoes', asalkan aku terhibur dengan apa yang dipaparkan sudah mencukupi.



Tao Tie boleh sahaja diibaratkan seperti Mimics di dalam filem The Edge of Tomorrow (2014). Kalau misi Tom Cruise membunuh Alpha untuk mengelakkan 'time reset', TGW punya modus operandi yang sama di mana tentera tembok besar harus membunuh Ratu Tao Tie untuk menghalang kemaraan makhluk itu. 



Pereka produksi untuk filem ini juga kreatif dalam menunjukkan kepelbagaian jenis serangan dan pertahanan sepanjang filem ini berlangsung. Tentera tembok besar dikelaskan mengikut warna-warna primer. Cuma aku merasa adegan bila mana watak William berdialog dengan rakannya, Tovar sambil mengelaskan warna seragam tentera itu tidak perlu. Apakah Tovar benar-benar seorang yang dungu? Aspek teknologi kuno yang disampaikan pula masih lagi boleh dipercayai. Lebih-lebih lagi untuk plot pembukaannya yang sememangnya 'exciting' untuk santapan penonton. Itu belum lagi bercerita tentang skuad memanah, skuad 'bungee-jumping' lembing, pisau berputar, bola api dan belon udara! 



Naratif penceritaan yang 'straight forward' dan tidak berliku ini bukanlah gaya sebenar Zhang Yimou. Dia yang pernah popular dengan filem seperti House of Flying Daggers (2004) selalunya gemar akan konflik birokrasi dan plot yang bukan linear, Yimou dilihat menggunakan jalan selamat dalam melakar layar lebar kali ini. Teknik penceritaan 'fast pacing' dan kurang dialog ini tidak dirasakan bosan sama sekali. Plot 'hole' pula sukar ditemukan. Setiap adegan penuh dengan 'adrenaline-pumping' tanpa henti. Filem ini memang digarap untuk penonton terus terpaku meratah bertih jagung dengan lahapnya. Teringat pula akan filem popular Korea, Train to Busan (2016) dengan garapan 'roller-coaster' yang sama.



Syarikat perfileman China memang tidak asing lagi dalam menyediakan wardrobe perang zaman-zaman Dinasti. Semua perincian seperti busana seragam, alatan senjata, dilihat cantik dan kemas belaka. Ditambah pula dengan sinematografi, audio gempak, skematik serta formasi tentera dan CGI kelas A, TGW aku anggap berjaya dalam mempersembahkan sebuah filem epik-sejarah-mitos yang memuaskan dalam banyak hal. 


Click for more info of Jing Tian

Dari sudut lakonan pula, tiada apa yang dapat dipuji. Rata-rata membawakan watak ringan dan tiada satu pun yang nampak 'legit'. Malahan watak yang diperan Andy Lau juga Willam Dafoe tampak longgar dan tak cukup meyakinkan. Mungkin mereka punya 'cameo' yang panjang sahaja. Hanya kecantikan dan keayuan Jing Tian (Commander Lin Mae) sahaja yang membuat aku ternanti-nanti setiap babaknya dengan penasaran!


Isu 'Whitewashing' yang dikritik dalam filem ini sama sekali tidak menggangu aku selaku orang yang bukan berasal dari Tanah Besar. Pengkritik cuma berlebihan apabila mengecam pengambilan Matt Damon sebagai pelakon utama. Ini kerana, William diceritakan sebagai datang dari kumpulan upahan Eropah yang mencari belerang (kononnya senjata paling canggih zaman itu). Bukan tujuan asal William & Tovar menakluk Tembok Besar tapi tiada sengaja bertemu selepas dikejar sekumpulan Bandit. Lagipun, keperwiraan William dan Commander Lin dirasakan sama rata.

Surah Al-Kahf, Verse 94: 
قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰ أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا
Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"

Akhir sekali, menyentuh soal hakikat kewujudan Yakjuj dan Makjuj; ia adalah suatu yang pasti dan wajib diimani oleh seluruh umat Islam berdasarkan tanda-tanda besar sebelum tibanya hari kiamat. Kewujudan bangsa ini diceritakan sendiri oleh Allah swt menerusi firman-Nya di dalam kitab suci Al-Quran. Antaranya, menerusi surah al-kahfi, ayat ke-92 hingga 98. Aku menemukan beberapa maksud 'significant' di dalam filem ini antara makhluk Tao Tie dan juga Yakjuj Makjuj! Antara magnet dan ketul-ketul besi. Antara belerang dan tembaga cair...kalau ada masa terluang nanti, aku mungkin akan menyelidik dengan lebih dalam lagi! In shaa Allah...:)

Verdict: 4/5 ✩✩✩✩
Click to watch the trailer


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.