September 1, 2010

The Brand New ‘Pusat Islam UiTM’ Mosque


TERSERGAM...sudut-sudut menarik yang terdapat di dalam masjid ini.
Assalamu'alaikum w.b.t dan salam Ramadhan buat semua! Kali ini aku nak 'post' something like 'Discovery Channel' did...selamat membaca!:)
Setelah hampir setahun setengah menanti, akhirnya penantian terasa begitu berbaloi tatkala menjejakkan kaki di perkarangan Masjid Pusat Islam UiTM Malaysia! Semenjak pembukaan tidak rasminya, yakni sebelum bermulanya Ramadhan lagi, malam ini merupakan saat pertama kali aku memasuki masjid ini setelah ia diberikan nafas baru juga imej yang lebih ‘grand’! Projek pembangunan serta membaik pulih infrastuktur masjid ini dirasakan begitu lama olehku…kerana telah agak lama tidak menunaikan Fardhu Jumaat disini (Masjid Negeri SAAS adalah pilihan terdekat sepanjang tempoh itu).
JEMAAH...bersedia untuk berterawih.
Bahagian Masjid yang paling jelas menampakkan transformasinya adalah pada menara baru yang dibina pada masjid itu sendiri. Ia juga mungkin sekali menjadi ikon terbaru UiTM Malaysia bagi menzahirkan lagi fungsi dan objektif UiTM dalam melahirkan para pelajarnya yang berakhlak mulia…insya’Allah! ‘USAHA, TAQWA, MULIA’ Tuntutan spiritual dikalangan warga UiTM yang dirasakan begitu penting sehinggakan tercetusnya idea pembangunan masjid ini merupakan satu lagi langkah murni ‘menjana transformasi’ minda amnya serta menggalakkan intelektual dari aspek nilai agama dan moral yang baik khususnya. Walaubagaimanapun, nilai-nilai tersebut tidaklah dinilai dengan infrastruktur baru serta canggihnya masjid ini sebaliknya dilihat dari sudut semangat jati diri dan iman yang teguh yang bertitik tolak dari personaliti Muslim dan Muslimah yang sejati!
TERUJA...pemuda itu sedang menghayati keunikan masjid ini.
KONDUSIF...ruang solat Muslimah di bahagian atas.
Ruangan solat yang dilengkapi dengan sistem pendingin hawa yang baru serta sistem bunyi menyeluruh ala-ala Dolby Surround menaikkan lagi semangat pengimarahan masjid ini insya’Allah! Dengan bertemakan warna ‘peach’, ruang dalaman masjid ini dilihat begitu redup walaupun menggunakan tona warna yang agak cerah. Setiap permukaan dinding juga siling masjid ini tidak dibiarkan kosong begitu sahaja. Ada sahaja yang mampu menarik segenap pandangan menikmati ukiran-ukiran indah serta geometri Islamik yang cukup popular ‘double square’! Di bahagian ruang solat utama terdapat juga enam buah tiang besar (tidak termasuk tiang-tiang yang menampung struktur ruang solat Muslimah ditingkat atas) yang dihiasi juga petak-petak ukiran yang menarik disamping terdapat ruang kabinet yang bertemakan kaca dan cermin menaikkan lagi ‘mood’ ‘crystal clear’! Dinding dan juga tiang-tiang utama di masjid ini juga dihiasi dengan aksesori lampu yang unik dan menarik.
PEACH...tona warna yang menarik.
PERMAIDANI...sedondon!
Dibahagian hadapan pula, selain mimbar, terdapat pula ukiran kayu berbentuk tiga kubah yang panjang serta penataan cahaya yang cukup baik menimbulkan lagi ruangan utama tersebut. Ukiran ayat-ayat al-Qur’an juga menjadi elemen penting dalam menghiasi blok-blok dinding di ruang hadapan. Masjid ini juga dilengkapi dengan kemudahan projektor automatic yang ditempatkan dibahagian atas siling masjid ini…Cuma aku tertanya-tanya dimanakah layar yg sepatutnya menerima pancaran projector tersebut bila digunakan??? Mungkin ada tapi aku tak perasan kot…
LOBI...jubin bercorak Islamik.
SUSUR...laluan pejalan kaki.
Ruang lobi yang menghubungkan ruang solat dengan tempat mengambil wuduk atau susur pejalan kaki disebelah kanan masjid juga didekorasikan dengan lantai jubin bercorak Islamik berwarna perang kemerahan sesuai dengan tema masjid ini. Susur pejalan kakinya juga menerima sentuhan estetik apabila dipadankan dengan bentuk dan struktur masjid yang lain menunjukkan ia benar-benar sebahagian daripada struktur bangunan Pusat Islam ini.
BERSIH...bilik wuduk.
IKON...menara baru Pusat Islam UiTM.
CHAUNTIQUE...gabungan warna jubin yang tampak eksklusif.
UNIK...aksesori lampu hiasan kayu.
ABANG & ADIK...Fahmie dan Syafiq.
AKU...nak jugak!
KEMAS...terdapat kemudahan projektor.
DAUN...ukiran yang terdapat pada kabinet.
LAGI...aksesori lampu yang unik.
DOUBLE SQUARE...bingkai kaca yang cantik apabila dilihat dari luar.
PRAKTIKAL...tempat mengambil wuduk yang diperbaharui.
KABINET...bertemakan cermin dan kaca.
  1. Berapa banyak masjid yg indah2 tapi sepi dari pengunjungnya...mintak2lah masjid ini akan terus diimarahkan walau selepas Ramadhan! ameen...

    ReplyDelete
  2. Baeklah bro....sama2 kite doakan!

    ReplyDelete
  3. Insya'Allah! smg Allah tetapkan hati2 kite sume...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.