January 28, 2017

5 Sebab Mengapa Filem 'Time-Travel' Sangat Popular


Time travel is the concept of movement (such as by a human) between certain points in time, analogous to movement between different points in space, typically using a hypothetical device known as a time machine, in the form of a vehicle or of a portal connecting distant points in time. (Sumber: Wikipedia)

Filem 'Time-Travel' sering mendapat tempat di hati peminat filem seluruh dunia. Bahkan pembikan filem akan sentiasa mencari kelainan dalam membawanya ke layar perak. Antara lima faktor mengapa ia menjadi pilihan penggemar filem tanpa berbelah bahagi;
1. Idea; Konsep filem sememangnya jadi taruhan paling penting dalam apa jua jalan cerita yang mahu disampaikan. Keunikan idea sesebuah filem akan lebih diingati setiap penonton. Sesekali para penerbit akan meletak 'tagline' pada poster filem-filem mereka sebagai teka-teki kepada konsep filem.
2. Teknologi; Apakah peranti yang membolehkan masa dimanipulasi? Itu jawapan kepada sesuatu teknologi mesin masa yang dibangunkan dalam filem. Mesin atau alat khusus yang dimainkan semestinya di luar batas minda penonton.. Bagaimanapun, *bukan semua filem menggunakan mesin masa untuk mengembara atau menjelajahi ruang masa.
3. Mainan minda; Tidak sedikit penonton yang gemarkan teka-teki dalam cerita. Manipulasi masa kerap jadi bahan mainan minda sebab ia suatu yang menyeronokkan. Justeru, tidak hairan jika penulis dan pengarah filem sengaja mencari sisi 'non-linear' dari sudut masa lampau dan masa hadapan untuk menarik perhatian penonton dari awal hingga akhir cerita.
4. Putaran plot; Agak sukar merungkai plot cerita yang bukan linear walaupun itu bukan sesuatu yang disengajakan. Jalur masa yang berbeza-beza menarik tumpuan penonton semaksimum mungkin. Tanpa tumpuan yang tinggi, penonton gagal membuka 'ikatan' yang bersimpul. Ini juga dianggap suatu cabaran oleh penonton kreatif dan berhaluan kiri. Plot yang terlalu 'mainstream' dan 'popcorn' amat mudah ditebak serta membosankan.
5. Mustahil; Penjelajahan masa adalah sesuatu yang bukan realiti. Penulis skrip akan cuba sehabis baik dalam mendifinisikan teknologi mesin masa serta menjelaskan bagaimana ia boleh dilakukan. Memang sesuatu yang mustahil untuk dibuat dalam dunia nyata. Oleh itu, penyampaian yang baik dan tepat serta boleh dipercayai akan mengelakkan kekarutan melampau.
Berikut adalah filem-filem 'Time-Travel' Top 15 sepanjang zaman pilihan aku:
1. Predestination (US)
2. Interstellar (US)*
3. The Phone (Korea)*
4. Your Name (Japan)*
5. Source Code (US)
6. Edge of Tomorrow (US)
7. Terminator: Genisys (US)
8. Looper (US)*
9. Doraemon: Stand by Me (Japan)
10. X-MEN: The Days of Future Past*
11. Tomorrowland (US)
12. Jeon Woochi: The Taoist Wizard (Korea)*
13. 24 (Tamil)
14. Dรฉjร  Vu (US)
15. Project Almanac (US)
*Filem tanpa mesin masa.
P/s: Tak ketinggalan filem sains fikyen kegemaran waktu kecilku, XX Ray II (Malaysia) dan juga Back to the Future (US)!

January 27, 2017

Akibat Terjebak Aktiviti 'Lagha'

Klik untuk imej taik lebih besar.
Petang semalam usai waktu kerja, aku dipelawa 'dinner' bersama teman-teman yang lain. Impian di hati dapatlah kiranya menikmati satay di Danau Kota๐Ÿ™‹. Rezeki tak menyebelahi kami, Satay Kajang Hj Samuri tutup! ๐Ÿ˜ขTiada pilihan lain yang terdekat melainkan Mali's Corner. Menebus kekecewaan dengan dua pingan Char Koay Teow 'special'. Sementelah perut diisi, bersembanglah kami dengan jayanya. Memendangkan keesokan harinya aku bercuti, jadi tumpanglah aku sekaki menuju 'Superstar' dekat Setapak Sentral. Melengkapkan malam dengan aktiviti 'lagha' seterusnye dengan ber'karaoke'.๐Ÿ˜ˆ Bukanlah menjadi kegemaranku untuk bernyanyi tetapi sekadar menemani. Dengan tidak mengeluarkan sesen pun aku duduk termanggu melihat teman lain berkicauan, Setelah lebih dua jam di situ✌, kami pun beransur pulang๐Ÿ‘‹. Alangkah gawatnya aku ๐Ÿ‘€apabila tiba di parkir, mobilku penuh bermandikan najis burung!๐Ÿ’ฉ๐Ÿ’ฉ๐Ÿ’ฉ Yang menjadi tanda tanya dua lagi mobil lain yang benar-benar diparkir dihadapan dan dibelakangku sedikit pun tiada kena... Ini bukan tanda tanya❓❓❓ tapi 'tanda-tanda'❕❕❕

*Natijahnya aku mengalami kerugian RM15 di 'car-wash' malam itu. Haha!๐Ÿ˜…

Video: Hukum Karaoke oleh Ust Azhar Idrus

Abdullah bin Al-Abbas radhiyallahuanhu mengharamkan nyanyian dan muzik, dengan dasar penafsiran beliau atas istilah lahwa hadis (ู„ู‡ูˆ ุงู„ุญุฏูŠุซ) sebagaimana tercantum dalam ayat Al-Quran berikut :


ูˆَู…ِู†َ ุงู„ู†َّุงุณِ ู…َู† ูŠَุดْุชَุฑِูŠ ู„َู‡ْูˆَ ุงู„ْุญَุฏِูŠุซِ ู„ِูŠُุถِู„َّ ุนَู† ุณَุจِูŠู„ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุจِุบَูŠْุฑِ ุนِู„ْู…ٍ ูˆَูŠَุชَّุฎِุฐَู‡َุง ู‡ُุฒُูˆุงً ุฃُูˆู„َุฆِูƒَ ู„َู‡ُู…ْ ุนَุฐَุงุจٌ ู…ُّู‡ِูŠู†ٌ
Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan. 
(QS. Luqman : 6)

Klik untuk album penuh Mara Jade!

January 21, 2017

Proton Iriz: Dilema 'Dashboard' Berakhir


Assalamualaikum w.b.t!

Adakah Proton Iriz anda pernah menghadapi isu bunyi papan pemuka (dashboard) ? Bunyi enjin dan bunyi ketuk-ketuk dari bahagian dalam enjin akan masuk ke dalam kabin dengan pelbagai bentuk. Salah satu punca adalah palung jurang antara papan pemuka dan cermin ATAU getaran papan pemuka itu sendiri. 

Dengan memasang jalur getah (rubber strip) papan pemuka ini, bunyi yang menjengkelkan boleh dihapuskan atau sekurang-kurangnya dapat dikurangkan! Fungsi lainnya mungkin juga dapat mengurangkan habuk dan kesan berminyak pada permukaan atas 'dashboard'.

Pemantauan aku setakat ini menampakkan hasil yang sangat memuaskan. Tiada lagi getaran dapat didengar kecuali bunyi tayar dan siulan angin pada 'door visor'. Tak kiralah jika anda semua boleh membelinya dengan harga yang jauh lebih rendah, ia tetap sesuatu yang berbaloi!๐Ÿ˜Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatnya, bolehlah pergi ke pautan di bawah ini;


Disclaimer: Jika 'rattling sound' datang dari 'glovebox', kemungkinan besar dilema masih lagi ditanggung pemandu yang sabar :๐Ÿ˜

January 20, 2017

Kian Muda untuk Mati


"Yang paling dekat adalah kematian. Yang paling jauh adalah masa lalu. Yang paling besar adalah hawa nafsu. Yang paling berat adalah memegang amanah. Yang paling ringan adalah meninggalkan sholat. Dan yang paling tajam adalah lisan manusia. -Imam Al Ghazali-"

Dalam satu kitaran hidup, pasti akan wujud permulaan dan pengakhiran. Tiada kira sebarang makhluk. Tiada had sebarang semesta. Kalau dapat dilukiskan satu garis masa di minda, aku dapat bayangkan seperti melihat satu titik yang sedang bergerak meniti garisan kelabu dan meninggalkan garisan merah di belakang. Tidak seperti di YouTube, aku tidak sama sekali mampu menjedakan titik itu mahupun kembali ke garisan merah! Hakikatnya, titik itu makin hampir ke penghujung tanpa perlu aku berbuat apa-apa.

Pastinya penghujung itu takdir ajal kita. Setiap detik makin mendekat dan berkurang. Apakah masa-masa yang tersisa ini kita punya waktu untuk memikirkan sesuatu? Alasan untuk berfikir dilihat suatu yang lebih relevan kala ini. Rata-rata manusia itu 'malas'. Jika tidak dirasakan perlu, malas itu bantalnya. Kerna perbuatan itu lebih berat dari berfikir. Sememangnya tidak cukup untuk hanya berfikiran, harus melakukan! Pokoknya, wajib kita mengingat akan destinasi akhir sebab ianya semakin hampir.

Hari ini kita melihat ibu dan ayah di sisi. Esok sahaja belum tahu. Hari ini kita melihat matahari indah. Malam nanti ada sinar bulan pun tak tahu. Meski ketidakpastian itu sesuatu yang bisa 'memeranjatkan', namun mati itu lebih 'suprise'! Jika benar memikirkannya dengan dalam-dalam, bergetar tangan, berpeluh dahi. Tapi manusia akhir zaman ini bukan layaknya para sahabat. Kian lama, Kian jauh. Kian lama, kian lupa. Begitu jualah ia lupa akan mati.

Demi Tuhan maut itu sungguh menakutkan bagi yang mengerti. Dekat dengannya sehingga sehelai kertas pun tak bisa menjauh. Gelapnya sampai hitam itu bukan lagi warna. Seruannya sudah dulu disahut Izrail. Hanya cuma, menunggu saat dan ketika! 

Jalan raya... Bukan hanya untuk berjalan. Tujuannya terletak pada setiap langkah ke hadapan. Jalan yang tak dibuat demikian, bukanlah jalan. Jalan itu terbuka untuk semua orang. Tapi bukan semua yang boleh melaluinya! (Jang Geu-rae, 2014).  Andai kaki yang melangkah itu benar, maka mautnya itu indah!

... ุงุณุชุบูุฑ ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุนุธูŠู… ูˆุงุชูˆุจ ุงู„ูŠู‡ 

January 17, 2017

Predestination: Transgender Versi Halal


Review Ringkas

Sarah Snook sebagai John “Unmarried Mother”
Terlalu banyak filem-filem yang membawa konsep 'Time-Travelling' di peringkat global, seperti The Phone (Korea, 2015), 24 (Tamil, 2016), dan tidak ketinggalan juga XX Ray II (Malaysia, 1995). Kesemua filem ini menunjukkan kecanggihan teknologi di luar kotak (kecuali The Phone yang disebabkan oleh fenomena alam). Filem ini lebih layak kalau aku kelaskan sebagai 'hybrid' kepada tiga filem iaitu, Tom Cruise (Minority Report, 2002), Jake Gyllanhaal (Source Code, 2011) dan Bruce Willis (Looper, 2012). Walaupun pada asalnya ia hanyalah sebuah 'short story' (All You Zombies oleh Robert A. Heinlein), Predestination dilihat sebuah karya agung yang hampir 99% sempurna! (untuk sebuah filem bertemakan Time Travel)

Sarah Snook sebagai Jane
Para pelakon membawakan watak masing-masing dengan berjaya. Ini termasuk juga watak pembantu seperti Mr Robertson. Riak wajah Sarah Snook sebagai John terkadang dilihat mirip seperti lakonan Leonardo Dicaprio dalam Inception. Lakonan dia adalah kunci kepada segala-galanya. Pembawakan emosi yang mengesankan sungguh tak dapat disangkal lagi. Setiap tutur kata membawa erti sebuah emosi yang mendalam. Kepedihan pengalaman dan jalan hidup disampaikan dalam bentuk 'story-telling' (seperti 3 Idiots) yang mana effisyen mengikut rentak dari babak ke babak.

Noah Taylor sebagai Mr. Robertson
Predestination sebuah karya non-linear yang sememangnya sukar ditebak. Melompat dari tahun ke tahun merumitkan lagi plotnya. Syukur, hampir tiada 'plot-hole' yang mengelirukan. Kita tidak akan tahu ia merupakan sebuah filem Sci-fi sehingga tiba ke 'intermission'. Penceritaan yang begitu baik ini memaku mata dan telinga untuk melihat dan mendengar setiap bait kata serta adegan agar tidak terlepas pandang plot kompleksnya. Jikalau Looper menunjuk pertindihan waktu antara satu watak dalam usia berbeza, filem ini pula aku anggap sebagai 'Looper with *Limbo'. Pada yang tidak tahu, limbo merupakan terma yang digunakan di dalam filem Nolan, Inception; merujuk kepada 'multi-level dreams' (anda hanya akan faham apa yang aku maksudkan, apabila sampai ke babak akhir menontonnya).

Ethan Hawke sebagai The Bartender/Temporal Agent
Buat pertama kalinya aku merasakan yang transgender itu hukumnya harus lagi halal! Sejenak, memikirkan sama ada aku terjatuh dalam perangkap Freemason/Illuminati. Syukur, tidak sama sekali. Menelusuri rentetan transisi watak Jane kepada John amat memilukan dan menyedihkan. Ekpressi lahir dan batinnya diatur dengan kemas dan waspada. Misteri dan rahsia peribadi watak diwujudkan dengan tenang sehingga tanda-tanda kecil yang membawa kepada rumusan cerita tidak disedari langsung. Selain pengalaman menonton yang memuaskan, terlalu banyak yang boleh dibincang dan dipersoal jawabkan. Dan inilah yang membuatkannya sebagai sebuah 'absolute masterpiece'. Kita semua tahu yang Inception/Interstellar sebuah filem berjiwa hebat, tidak terkecuali Predestination. Bisa aku gelarkan Looper versi Nolan. Sebuah filem 'underrated' yang patut dipuji melangit. Tak perlu menjiwai filem ini, kerana ianya sebuah jiwa!

*a world of infinite subconscious from which escape is difficult and a dreamer risks forgetting they are in a dream (Inception, 2010)

Verdict: 4.5 ★★★★⋆
Movie Trailer & Temuramah bersama Ethan Hawke


January 15, 2017

The Girl on the Train: Konotasi Suami Jalang


Review Ringkas

The Girl on the Train mengingatkan aku akan filem Melayu tahun 1998 arahan Pansha, Lenjan. Idea asal kedua filem tersebut cuba mendifinisikan kejalangan dalam konteks misteri dan 'thriller'. Hanya cuma berbeda perspektif jantina. Filem ini tidak sama seperti "Kahaani" (Suami juga jahat). Penyelesaian kepada misteri menjadi jelas di pertengahan cerita apabila mangsa pembunuhan itu menunjukkan flagrante delicto dengan orang yang tidak dikenali yang mempunyai badan yang tersendiri hanya satu watak lain. Kemudian, ia menyatakan dengan jelas bahawa watak utama bukanlah 'culprit' melainkan dua daripada tiga watak lain yang berkemungkinan. Apa lagi, bahawa watak utama bertindak bertindak dengan konsisten sepenuhnya.

Penceraian bukanlah sesuatu yang asing di luar sana, lebih-lebih lagi di Barat. Punca kejahatan Sang Suami tidak sempat dikembang dan hampir lenyap memandangkan pekungnya hanya terdedah di penghujung cerita. Terkadang watak suami terlihat begitu sempurna tanpa cela. Kerakusan dan nafsu serakah hanya dilontarkan melalui kata-kata majikan yang wataknya begitu kecil sekali. Apa pun alasannya, ini adalah rahsia besar yang mahu disimpan pengarah dan tidak banyak yang perlu dikatakan. Aku hampir sahaja memfitnah ketidakwarasan Sang Isteri. Sungguh aku terperdaya.

Keretapi hanyalah 'mise-en-scene' tak berbayang, tanpanya tak menggugat jalan cerita. Dan fungsi pengangkutan ini berakhir di pertengahan cerita. Prestasi Emily Blunt sebagai pemabuk tegar kurang meyakinkan. Malah, detik-detik sedar dia hampir tidak dapat dibezakan daripada detik-detik mabuk beliau. (Nasib baik ada fokus kabur dan kamera goyah). Walaupun plot filem agak meletihkan dan terasa kosong, aku masih mengikutnya hingga akhir. 'Pacing' adalah perlahan dan strukturnya hampir tidak teratur. Sekurang-kurangnya sinematografi dan reka bentuk babak membezakannya yang baik. Secara keseluruhan, filem ini tidak begitu membosankan, untuk aku sebagai penonton Melayu. Kisahnya tidak mudah ditebak, malahan terasa sedikit puas di penghujungnya.

Verdict: 3/5 ★★★
Trailer

Kantoi: Biarkan Cinta Tersenyum Lagi

TAJUK : Biarkan Cinta Tersenyum Lagi
TARIKH / MASA : Sabtu, 14 Januari 2017, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENGARAH : Bade Hj. Azmi
TERBITAN : Excellent Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Sari Yanti, Adam Shahz


Kisah penulis lagu Maya Arisa yang menghidap tumor otak dan mengimpikan untuk berkahwin. Dia kemudiannya bertemu dengan seorang jurugambar bernama Redza. Lakonan Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Sari Yanti dan ramai lagi.

Penggunaan 'wireless microphone' amat popular dalam industri kewartawanan dan pengacaraaan. Kemudahan itu juga diterapkan dalam drama dan filem tempatan bagi merekodkan real-time audio. Tujuan utama aplikasi alat ini amat berguna untuk pasca produksi drama atau filem apabila proses suntingan suara dijalankan. Lebih-lebih lagi dapat menjimatkan masa dari membuat 'dubbing'. 
Klip berikut menampakkan 'mic transmitter' yang dipakai oleh pelakon Aeril Zafril dalam salah satu babak dalam drama itu ketika mengangkat isterinya (Wawa Zainal) dari katil. Tidak sama sekali mencacatkan adegan tersebut tetapi sesuatu yang memalukan bagi mereka yang teliti seperti aku! Apalah salahnya kalau penagarah meminta untuk di 're-shoot' (bukan berdialog pun) ๐Ÿ˜‚


Sekadar gambar hiasan

Panas: Alan Chinoz v Nad Zainal



January 12, 2017

Juara: My First Mannequin Binti Pacquiao

We (20 Cents) were tasked to shoot a short Mannequin challenge video during our so-called CCC Team Building 2017 at Seri Bayou Resort, Melaka. So sorry for the lousy shakiness and the imperfection-ism. Never knew where the word 'Mannequin' (just Google it!) came from as my early days, 'Bullet time' will suits the time freeze scene in movies particularly from The Matrix installments implemented and definitely originated by Wachowski's Brothers. But after all, we've won it and awarded the best Mannequin challenge in this event! Hoyeah!

Sessi temuramah

Sessi bergambar

January 6, 2017

The Great Wall: Tao Tie itu Yakjuj Makjuj?!

Click for more info

Review Ringkas

The Great Wall (TGW) merupakan filem kerjasama dari China & Hollywood (CGI), ia dikatakan sebagai filem termahal dari Tanah Besar itu. Dengan persembahan visual yang mengagumkan, TGW sungguh memuaskan! Tak keterlaluan kalau aku menganggap kepuasannya melebihi Star Wars: Rogue One yang ditayangkan awal bulan lalu (Dec 2016). Pedulikan apa kata 'Rotten Tomatoes', asalkan aku terhibur dengan apa yang dipaparkan sudah mencukupi.



Tao Tie boleh sahaja diibaratkan seperti Mimics di dalam filem The Edge of Tomorrow (2014). Kalau misi Tom Cruise membunuh Alpha untuk mengelakkan 'time reset', TGW punya modus operandi yang sama di mana tentera tembok besar harus membunuh Ratu Tao Tie untuk menghalang kemaraan makhluk itu. 



Pereka produksi untuk filem ini juga kreatif dalam menunjukkan kepelbagaian jenis serangan dan pertahanan sepanjang filem ini berlangsung. Tentera tembok besar dikelaskan mengikut warna-warna primer. Cuma aku merasa adegan bila mana watak William berdialog dengan rakannya, Tovar sambil mengelaskan warna seragam tentera itu tidak perlu. Apakah Tovar benar-benar seorang yang dungu? Aspek teknologi kuno yang disampaikan pula masih lagi boleh dipercayai. Lebih-lebih lagi untuk plot pembukaannya yang sememangnya 'exciting' untuk santapan penonton. Itu belum lagi bercerita tentang skuad memanah, skuad 'bungee-jumping' lembing, pisau berputar, bola api dan belon udara! 



Naratif penceritaan yang 'straight forward' dan tidak berliku ini bukanlah gaya sebenar Zhang Yimou. Dia yang pernah popular dengan filem seperti House of Flying Daggers (2004) selalunya gemar akan konflik birokrasi dan plot yang bukan linear, Yimou dilihat menggunakan jalan selamat dalam melakar layar lebar kali ini. Teknik penceritaan 'fast pacing' dan kurang dialog ini tidak dirasakan bosan sama sekali. Plot 'hole' pula sukar ditemukan. Setiap adegan penuh dengan 'adrenaline-pumping' tanpa henti. Filem ini memang digarap untuk penonton terus terpaku meratah bertih jagung dengan lahapnya. Teringat pula akan filem popular Korea, Train to Busan (2016) dengan garapan 'roller-coaster' yang sama.



Syarikat perfileman China memang tidak asing lagi dalam menyediakan wardrobe perang zaman-zaman Dinasti. Semua perincian seperti busana seragam, alatan senjata, dilihat cantik dan kemas belaka. Ditambah pula dengan sinematografi, audio gempak, skematik serta formasi tentera dan CGI kelas A, TGW aku anggap berjaya dalam mempersembahkan sebuah filem epik-sejarah-mitos yang memuaskan dalam banyak hal. 


Click for more info of Jing Tian

Dari sudut lakonan pula, tiada apa yang dapat dipuji. Rata-rata membawakan watak ringan dan tiada satu pun yang nampak 'legit'. Malahan watak yang diperan Andy Lau juga Willam Dafoe tampak longgar dan tak cukup meyakinkan. Mungkin mereka punya 'cameo' yang panjang sahaja. Hanya kecantikan dan keayuan Jing Tian (Commander Lin Mae) sahaja yang membuat aku ternanti-nanti setiap babaknya dengan penasaran!


Isu 'Whitewashing' yang dikritik dalam filem ini sama sekali tidak menggangu aku selaku orang yang bukan berasal dari Tanah Besar. Pengkritik cuma berlebihan apabila mengecam pengambilan Matt Damon sebagai pelakon utama. Ini kerana, William diceritakan sebagai datang dari kumpulan upahan Eropah yang mencari belerang (kononnya senjata paling canggih zaman itu). Bukan tujuan asal William & Tovar menakluk Tembok Besar tapi tiada sengaja bertemu selepas dikejar sekumpulan Bandit. Lagipun, keperwiraan William dan Commander Lin dirasakan sama rata.

Surah Al-Kahf, Verse 94: 
ู‚َุงู„ُูˆุง ูŠَุง ุฐَุง ุงู„ْู‚َุฑْู†َูŠْู†ِ ุฅِู†َّ ูŠَุฃْุฌُูˆุฌَ ูˆَู…َุฃْุฌُูˆุฌَ ู…ُูْุณِุฏُูˆู†َ ูِูŠ ุงู„ْุฃَุฑْุถِ ูَู‡َู„ْ ู†َุฌْุนَู„ُ ู„َูƒَ ุฎَุฑْุฌًุง ุนَู„َู‰ٰ ุฃَู† ุชَุฌْุนَู„َ ุจَูŠْู†َู†َุง ูˆَุจَูŠْู†َู‡ُู…ْ ุณَุฏًّุง
Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"

Akhir sekali, menyentuh soal hakikat kewujudan Yakjuj dan Makjuj; ia adalah suatu yang pasti dan wajib diimani oleh seluruh umat Islam berdasarkan tanda-tanda besar sebelum tibanya hari kiamat. Kewujudan bangsa ini diceritakan sendiri oleh Allah swt menerusi firman-Nya di dalam kitab suci Al-Quran. Antaranya, menerusi surah al-kahfi, ayat ke-92 hingga 98. Aku menemukan beberapa maksud 'significant' di dalam filem ini antara makhluk Tao Tie dan juga Yakjuj Makjuj! Antara magnet dan ketul-ketul besi. Antara belerang dan tembaga cair...kalau ada masa terluang nanti, aku mungkin akan menyelidik dengan lebih dalam lagi! In shaa Allah...:)

Verdict: 4/5 ✩✩✩✩
Click to watch the trailer


January 5, 2017

KR: Kafir yang Lebih Islam daripada Muslim

Keanu Reeves

*Dipetik dari 'post' bertarikh 21hb Februari 2016 yang disiarkan dalam akaun Facebook beliau...

"Saya tidak boleh menjadi sebahagian daripada dunia di mana lelaki memberi pakai isteri-isteri mereka seperti pelacur dengan mendedahkan segala-galanya yang perlu dihargai. Di mana tidak ada lagi konsep kehormatan dan maruah, dan kita hanya boleh mempercayai mereka yang berkata 'Saya berjanji'.
Di mana wanita tidak mahu kanak-kanak, dan lelaki tidak mahu sebuah keluarga.
Di mana ada yang percaya diri mereka berjaya dengan harta bapa mereka, dan seorang bapa yang rasa berkuasa untuk membuktikan kepada anda bahawa anda bukanlah siapa-siapa.
Di mana orang berpura-pura mengaku dirinya beriman kepada Tuhan walhal punya arak di tangan mereka, dan tidak punya pemahaman agama.
Di mana konsep cemburu dianggap keji, dan kehormatan dianggap sebuah kerugian.
Di mana orang terlupa tentang cinta, tetapi hanya mencari pasangan yang terbaik.
Di mana orang membaiki setiap kerosakan kereta mereka, jimat tak bertempat, masa terbuang dan mereka begitu miskin sampaikan sebuah kereta yang mahal boleh menyembunyikannya.
Di mana si lelaki membazirkan wang ibu bapa mereka di kelab malam, berkelakuan tidak senonoh, dan si perempuan boleh pula jatuh cinta dengan mereka.
Di mana lelaki dan wanita tidak lagi dapat dibezakan dan semuanya ini dipanggil kebebasan memilih, padahal bagi mereka yang memilih untuk berbeza bahkan dikutuk serta dikecam.
Saya memilih cara saya, tetapi malangnya saya tak nampak pemahaman yang sama ini wujud di kalangan semua orang yang saya anggap penting... "

~ Keanu Reeves


Semoga Terinspirasi!

January 3, 2017

Hidayah itu Bukan Diberi, Tapi Dicari!

Credit to Sarah Hani

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
ุฅِู†َّูƒَ ู„َุง ุชَู‡ْุฏِูŠ ู…َู†ْ ุฃَุญْุจَุจْุชَ ูˆَู„َٰูƒِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ูŠَู‡ْุฏِูŠ ู…َู† ูŠَุดَุงุกُ ۚ ูˆَู‡ُูˆَ ุฃَุนْู„َู…ُ ุจِุงู„ْู…ُู‡ْุชَุฏِูŠู†َ ูจ:ูฅูฆ

“Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”. [Al Qashash/28 : 56]


Berdasarkan petikan di atas, secara literalnya aku menyangkal cakap-cakap Tuhanku. Betapa tegarnya. Bukan bermaksud membolak-balik atau menafikan hakikat, justeru aku ingin menyapa diriku sendiri. Terkadang aku merasa bahawa hidup itu harus ikut aturan. Tanpa aturan, manusia 'mati'. Sungguhpun jalan hidup sudah tertulis, pada akhirnya kita juga yang memilih. Bukan semua orang mampu menerima idea ini, bahkan tidak sedikit yang menafikannya.

Ceteknya otak manusia lalu bersoal dia tentang pilihan. Mengapa harus memilih sedangkan semuanya telah tertulis, telah bertakdir! Maka dia harus ingat akan suatu hal, memilih untuk tidak memilih juga suatu pilihan. Mana mungkin manusia tidak punya pilihan sama sekali. Sungguh, apabila manusia tersesat lalu dia berserah, harapannya menemukan petunjuk. Walhal, hanya berdiam diri tiada berbuat apapun. Ikhtiarnya cuma memohon doa. Habis doanya di rasakan percuma, dia berdoa lagi. Memangnya doa itu senjata orang Mukmin, tapi apa maknanya senjata tanpa ilmu.

Aku berpegang kepada prinsip hidayah itu dicari tentu sekali punya alasan yang besar. Sebesar rahsia-Nya. Mengapa dan bagaimana? Mengapa harus mencari HIDAYAH? Ini tersangat gampang aku jelaskan. Contoh. Manusia mencari kerja kerna mahu menyara hidup. Tidak kira gajiannya itu besar atau kecil. Pokoknya, dia dapat terus hidup dan dia perlu berbuat sesuatu untuknya. Mengapa aku menyamakan wang gajian dengan hidayah? Bukannya gajian dengan pahala? Sebabnya, gajian itu adalah petunjuk untuk hidup dan hidayah itu petunjuk untuk syurga.

Dan aku tinggalkan persoalan 'bagaimana' kerna itu bukan sekali milikku. Bukankah Allah berkata hidayah itu diberi kepada yang Dia kehendaki dan yang mahu menerima petunjuk? Nah, ini sekaligus menjawab mengapa kita harus dulu mencarinya (hidayah). Kalau difikirkan, mengapa tidak Tuhan menebarkan hidayah-Nya kepada semua umat manusia? Tanpa Dia memilih. Ia tidak datang tanpa dicari. Maka jadilah kamu antara orang-orang yang dipilih serta dikehendakiNya!


- ูˆุงู„ู„ู‡ ุงุนู„ู… -

January 2, 2017

My Annoying Brother: Kisah Romantis Abang-Adik yang Sadis


Review Ringkas


Impresi pertama melihat trailernya di Youtube tidak lain tidak bukan menerbitkan rasa komedi di hati. Hakikatnya tidak sama skali. Komedinya hanya cuma terlihat sampingan dari kisah tragis & emosi. Hubungan Doo-Sik (abang) & Doo-Young (adik) yang renggang sejak lama berpisah dari kecil mencetus rasa dingin di permulaan cerita. Si Abang yang jadi bekas banduan atas kes penipuan diberi pelepasan menjaga adiknya yang cacat penglihatan. Kecacatan yang ditunjukkan dalam filem ini adalah berpunca dari sebuah insiden akibat kecederaan atlit sukan.




Insiden seperti ini dirasakan lebih berkesan dari kecacatan azali. Alasannya, pengarah tidak hanya dapat fokus kepada perkehalian emosi abang-adik, tapi juga mengenengahkan semangat juang seorang atlit dalam menghadapi hidup 'gelap'nya. Aku tidak berniat meng'spoil'kan jalan cerita filem ini tapi plot suka-dukanya membuatkan ianya agak menarik untuk dikongsi.

Sememangnya aliran air mataku tak sederas saat menyaksikan Miracle in a Cell No. 7, tetapi cukup melahirkan rasa simpati terhadap dua watak penting ini. Sudah menjadi lumrah dalam filem Korea dan kepakaran membina karekter oleh Sang Sutradara mengikat watak-wataknya dalam sanubari penonton. Dalam waktu hanya kurang setengah jam, penonton sudah dapat melewati jiwa setiap apa yang dirasakan oleh pemainnya.

Secara lahirnya, abang-adik ini hanyalah hubungan tiri (bukan seperti filem Heart of Dragon, Jackie Chan & Sammo Hung dan 'remake'nya, lakonan Mustafa Kamal & Mr. Os, Filem Adik). Mengapa tidak dibuat sahaja hubungan kandung? Kan lebih pas! Nah, itulah dia alasan mengapa 'hablu minn-annas' mendominasi tunjang filam ini. Persoalan seperti, mengapa kasih dan sayang hanya layak pada adik-beradik kandung sahaja, dijawab dengan cantik dalam filem ini. Terdapat satu lagi watak sampingan diperan oleh seorang pelajar gereja yang sering menyelit dalam babak Si Abang. Watak ini digambarkan jengkel di mata penonton tapi akhirnya tuntas menjalin ikatan murni antara mereka. Terkadang terlihat watak ini menenggelamkan watak dan fungsi pembantu Soo-Hyun (lakonan Park Shin-Hye).

Latar Paralimpik Rio 2016 menjadi dasar kecil untuk filem ini. Ini kerana itu bukan fokusnya. Sayang sekali kebangkitan Si Adik menempuh acara sebesar ini tidak cukup buat penonton. Walaupun aku faham dengan keterbatasan dia, tapi momen seperti latihan tubi dan rutin seorang atlit itu tidak dapat dirasa. Tup-tup, sudah layak ke Olimpik. Plot akhir dirasakan berlalu begitu pantas. Aku tidak akan terganggu dengan gaya 'fast-pacing' seperti ini jika tidak dinyatakan tamat tempoh 3 bulan itu.

Meniti saat akhirnya... (non-spoiler), pertemuan bukan fizikal itu bahkan meruntun jiwa. Perakam suara jadi peneman Si Adik dalam menempuh hari-hari depan. Barangkali penonton kecewa di babak akhir tapi sekurang-kurangnya pengarah sudah bersedia dengan 'pengubat'nya.
'Kecacatan itu bukan untuk diatasi, tetapi untuk di terima'
Verdict: 4/5 ⭐⭐⭐⭐
Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri..
 (Diriwayatkan oleh : Anas Ibnu Malik)

Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.