September 6, 2010

Kau Nak Syok Kat Aku Boleh (Ep.2)

Prolog
 
Assalamualaikum w.b.t kepada para pembaca yg sengaja baca atau yg tak sengaja baca blog ni....sesungguhnya, ketahuilah tiada siapa yg 'ter'baca ruangan ini melainkan dgn 'consent' dan keterujaan diri sendiri haha...mengaku je...tak payah nak berselindung lg...:') Seriusnye, aku tak berminat nak bercakap pasal ni lg...tapi aku rasa terpanggil pulak bila mana terdapat beberapa 'unfortunate events' yg berlaku semenjak 'post' aku siri yg pertama minggu lepas....nampaknya mmg ade response 'baek' punye! Mungkin sekali ade yang berpendapat bahawa aku mahu membuka pekong di dada, tapi sesekali tidak pada diri ini kerna aku masih merasakan kenapa perlu malu akan KEBENARAN.

Next on......Kau Nak Syok Kat Aku Boleh...

....Selepas ape yg terjadi tempoh hari, hubungan kami sebagai kawan 'aman' seperti sediakala....tiada apa yg membataskan pergaulan maya kami selain iman yg tinggal. Sehinggalah terdapat di suatu kala, bila mana aku punya teman yg sedang 'gila' mencari isteri lagaknya...lalu tercetuslah ke dalam benakku...aku punya teman perempuan yg lagak sepertinya, cuma tidaklah ia 'gila'! tanpa membuang saat lagi...aku titipkan sms kpd teman perempuan ini bertanyakan keinginannya mencari teman hidup dan...ya, dia masih dlm pencarian! lalu ingin skali aku perkenalkan sahabatku ini padanya...dengan niat mahu menolong kedua2nya...

Lalu ini balasannya:
"NO, thanks beb. i'm not that desperate. How u this man have cold feeling? u know what had i told u b4 ths & ths is how u appreciate a woman feeling? I'm not so in luv with u but im vry dissapointed bcoz i had told u i had admire to u b4. u really kind of doesn't know hw 2 appreciate 1's feeling even though im ur fren Thanks".

Hey, come on! yes we are frenz and I’m here to help u...if u dont want, just say NO...its enough...so, ape kene mengena plak dgn cold feeling haram jaddah sume tu??? Ape kaitannya dgn kekecewaan anda...mungkin, aku tak pandai menjaga perasaan tapi aku punya alasan! haha...

Bukan itu sahaja, berikut adalah appendix yang aku perolehi dari satu mesej laman sosial terkenal abad ini:
First n foremost, aku ingin tekankan disini...INI CERITERA AKU! tidak punya kaitan dengan sesiapapun, melainkan terdapat nama, saksi dan juga bukti menunjukkan anda adalah salah seorang watak dlm ceritera ini. Haha...atau mungkin terasa pedasnya cili kampung!!! ANDA. Anda begitu cepat melatah...padahal penulisanku begitu halus sehingga tidak terdapat padanya satu perkataan pun yang membuatkan anda SAKIT HATI YG TERAMAT SANGAT (kaw2 bak kapal api)...dan jika demikian sekalipun, tiada ucapan maaf bakal timbul dlm ruangan ini. Aku hanya membawakan sedikit dari sikap wanita yang emosional tidak pula untuk mempertemukannya dgn egoistic sang lelaki...bahkan anda sendiri telah menyatakan ego anda dengan membenci "ANDA PUNYE KEINGINAN TINGI UNTUK MENCARI TEMAN HIDUP"....

Tidak sesekali dapat dinafikan semua manusia yg mampu di dunia ini punye keinginan yg tinggi utk berkahwin...tiada apa yg salah dgn kenyataan ini. So, jgnlah berfikiran anda terlalu murah untuk itu bila diri dirasakan 'ditolak'...mmg...mmg manusia selalu bercakap ape yang bukan sepatutnye bila dia tak dapat apa yang dirancangkan...gotcha! konon2nye merasakan diri begitu mahal…tapi hakikatnya tidak sedikit pun padanya rasa malu bila berbicara soal hati juga perasaan…usahlah berbolak-balik dengan hakikat! Usah…usah…usah!

Aku pun tidak hanya sekali mempersoal diri, dari celah dan ceruk manakah kata-kataku ini berbaur carutan, kutukan, sendaan, mahupun sindiran yang dikatakan kurang sopan itu??? Mungkin kerna hati yang kononnya terlalu sakit, sakit bak dirodok ‘sembilu kasih’ milik Yusuf Haslam, mulut dan tangan jadi menggigil mendengar setiap inci bait-bait kataku ini. Aku percaya akan ada lagi yang kelak lantang bersuara bahawasanya menyatakan tingkah tidak sengaja ‘ter’baca entry ini… walhal suntikan adrenalin memuncak terketar rasa teruja dengan rela hati ‘membaca’. Terkadang manusia dirasakan begitu lucu tidak mengakui apa yang ia lakukan…terkadang dan terjarang…:) 

Hai…tiap kali aku berbicara walaupun tak bersuara begini…acapkali itulah ada yang mungkin sekali optimis menuduh aku inginkan kemenangan! Anda sama sekali tidak salah tapi anda juga pun bukan betul sangat pun…haha…sudah aku katakan…BILA MANA ANDA TERSA KALAH, BELUM TENTU AKU INGINKAN KEMENANGAN, KERNA SELAGI MANA APA YANG AKU PERKATAKAN INI MASUK DEK AKAL a.k.a KEPALA OTAK SERTA TIDAK DAPAT DISANGKAL a.k.a DINAFIKAN…SELAGI ITULAH AKU BUKAN MAHUKAN KEMENANGAN BODOH SOMBONG LAYAKNYA!!! 

Dan mungkin sebab itulah juga aku sering sahaja memboikot seseorang yang selalu ber’temankan’kan WHATEVER sebagai jalan keluar baginya. Kenapa? Kerna mereka itu tidak mampu lagi berfikir dan tatkala diri berasa begitu kalah, tidak pula ia mahu mengalah! Inilah yang baru boleh dikatakan KEMENANGAN BODOH SOMBONG!!!

*Sesungguhnya entry ini juga buat pedoman aku dulu, kini dan selamanya! Buat mereka yang punya pendapat bercanggah dengan entry ini (walaupunku tahu tak sedikit yang bersetuju)…mohon tak dipanjangkan…kerna ini hanyalah merupakan pendapat peribadi…tiada sebarang rujukan mahupun ‘quotation’ yang diadaptasi kedalamnya.

Harap maklum.

p/s: Ternyata aku bukan pilihanmu yang tepat! Salam Eidulfitri:')

Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.