Salam ‘future’ Syawal everyone!
Dalam subuh yang kian menggajah ini, terasa pula mahu mengetuk tinta-tinta papan kekunci yang tak berembun seperti diluar sana. Bagai hening pagi yang mula menyelak selimut gelapnya, aku segar dibuai lagu-lagu Aidilfitri…walau teman-teman serumah yang saat ini bahagia bersama sanak dan famili di kampung, aku masih disini berkira-kira. Mujurlah dengan kehadiran ‘ex-housemate’ku, Najmi dan Rushdi (masa semester 3 lebih setahun yang lalu), diri tak terasa begitu bosan dan kesepian…:’)

Alhamdulillah, usai bersahur, sempat juga berjemaah bersama…rindunya pada saat-saat yang dulu… Tuhan jua yang tahu. Pagi-pagi ahad begini, kalau bukan katil yang menjadi tempat meditasi, justeru apa lagi yang mampu dilakukan pelajar praktikal seperti aku ini??? Padahal begitu banyak aktiviti berfaedah lagi berpahala yang bisa dikerjakan pagi ini… Cuma nafsu malas yang bertunjang dalam diri membuatkan jasad juga roh terasa begitu hambar…
Si Otong a.k.a Rushdi, Sabahan yang seusia denganku sudah pun dalam peraduannya… Kesian…bertilamkan simen cuma…tapi bukan salahku jua…telah ditawarkan tilam empuk…sudahnya simen ini lebih empuk gamaknya! Najmi, yang usianya dua tahun lebih muda daripada kami pula menghias paginya dengan melayan video!
Dalam subuh yang kian menggajah ini, terasa pula mahu mengetuk tinta-tinta papan kekunci yang tak berembun seperti diluar sana. Bagai hening pagi yang mula menyelak selimut gelapnya, aku segar dibuai lagu-lagu Aidilfitri…walau teman-teman serumah yang saat ini bahagia bersama sanak dan famili di kampung, aku masih disini berkira-kira. Mujurlah dengan kehadiran ‘ex-housemate’ku, Najmi dan Rushdi (masa semester 3 lebih setahun yang lalu), diri tak terasa begitu bosan dan kesepian…:’)

Alhamdulillah, usai bersahur, sempat juga berjemaah bersama…rindunya pada saat-saat yang dulu… Tuhan jua yang tahu. Pagi-pagi ahad begini, kalau bukan katil yang menjadi tempat meditasi, justeru apa lagi yang mampu dilakukan pelajar praktikal seperti aku ini??? Padahal begitu banyak aktiviti berfaedah lagi berpahala yang bisa dikerjakan pagi ini… Cuma nafsu malas yang bertunjang dalam diri membuatkan jasad juga roh terasa begitu hambar…


Mendengarkan single 'terbaru' mereka…Patah Hati…terasa enak pula di cuping-cuping kami… sambil mata-mata ini yang kian liar menjalar ke jasad-jasad yang semakin terlihat berpusu-pusu membelah lautan manusia… Ahh! Susahnya kalau diri dah terjebak… kiri dan kanan juga seperti menipiskan lagi pahala yang telah sedia tipis ini… “Yang berbaju kuning sendat itu lawa jugak!” Na’uzubillah wastaghfirullah!
Wassalam…:’)
Patah hati...
ReplyDelete