Assalamualaikum w.b.t to all my dear readers!
Malam semalam merupakan permulaan malam 10 Ramadhan yang terakhir untuk tahun ini…antara malam2 yang menjadi dambaan seluruh umat Islam di dunia ini….Tapi, apa yang aku telah buat semalam???
Usai bertarawih di surau Kolej Jati jam 9.45mlm…sekilas menyambar juadah moreh (pau sambal) tanpa menghiraukan minuman apa yang dihidangkan malam tadi…terus aku bergegas pulang ke bilik…entah apa yang dikejarkan…tidak lain tidak bukan, terdapat agenda diantara kami berlima! Mahu meronda-ronda di Downtown together-gether! Tak taulah apa yang mahu dicari…hanya pergi dan lihat gamaknya! Mulanya terasa berat jugak nak mengikut tapi memandang ini adalah semesterku juga Ramadhanku yang terakhir di UiTM ini, makanya tidaklah aku keberatan…:’)
Selang beberapa ketika, setelah rambut disikat juga dibentuk (bukan aku), meluncurlah jentera Saga milik ‘hosmet’ aku di lebuhraya…agak lama juga berkeliaran mencari-cari destinasi…mujurlah ada yang sudah biasa dengan laluannya…walau tergagap-gagap mengarah laluan…
GENG 2511...mereka-mereka yang telibat dalam kancah pasar malam. |
Seperti mana sekitar ‘uptown’2 yang terdapat di Selangor mahupun di setiap pelusuk Semenanjung ni…berbondong-bondonglah manusia mencari ‘laillatul-qadar’ disini…tambahan pula malam ini adalah malam sambutan kemerdekaan…makanya ianya lebih pesat dari biasa gamaknya…aku hanya mengagak…setelah memarkir kenderaan, kami pun dengan tanpa ‘membuang masa’ dan ‘segan silu’ memasuki perkarangan yang sungguh pesat dengan manusia itu…lima minit kemudian tepatlah jam 12mlm menandakan kemerdekaan fizikal Tanah Melayu yang ke53…disudut sana ternampaklah percikan-percikan cahaya menerangi gelap malam…juga terdengar lagu-lagu rakyat menghiasi hingar-bingar laluan sempit dihapan kami…pelbagai barang-barang dagangan yang dilabuhkan disini…juga mungkin diseludup ke sini…haha gurau je…manelah tau kan…memandangkan ada juga yang memperdagangkan mercun dan bunga api! Sememangnya tidak dapat dinafikan, kalau mengendong RM200 sahaja tidaklah mencukupi…mahukan tidak, walaupun dagangan mereka tidaklah boleh dikatakan murah…tapi sungguh menarik hati yang memandang! Unik…sambil2 membelek-belek, mencuci mata tidaklah dapat dielakkan! Na’uzubillah… ;’( Inilah ‘harga’ yang perlu aku ‘bayar’ jika sudah ke kancah pasar malam begini…
Dari satu kedai ke satu kedai yang lain…sehingga tertarik pula pada satu kedai yg memperdagangkan busana Muslim yang indah-indah belaka…buat pertama kalinya aku melihat baju melayu berkonsepkan kain pelekat! Bayangkan kain pelekat yang disarung untuk ke masjid tu dijadikan baju melayu….sangat unik sekali, seunik harganya! Pergh…! Memaksa aku untuk mencari yang lain sahaja…alang-alang sudah berdiri di tanah Cheras ini…kalau tidak membeli satu dua barang dagangan, terasa sia-sialah perjalanan kami yang telah sedia sia-sia ini. Usai memilih saiz dan ‘pattern’ yang diingini, urusan tawar-menawar pun berlansung…dapat ‘off’ RM5 pun jadilah…lafaz akad jual beli pun terpacul dari mulut kedua si pembeli dan si penjual!
Setelah hampir dua jam mempersiakan masa yang ada, beransurlah kami keluar dari kesesakan yang semakin menjadi-jadi itu…sambil menjamah rojak buah dan mangga muda…seterusnya mencari lokasi untuk mentekedarah! Kajang menjadi lokasi pilihan utama selepas keluar dari lembah Downtown itu…rancangnya ingin melahap satay Wak Samuri…malangnya apabila tiba di destinasi…tutuplah pulak…terpaksalah kami membeli waktu lagi mencari lokasi-lokasi yang berkemungkinan…plan-B! Makanya…dalam tempoh pencarian itu, berkali-kalilah aku terlelap! Sehingga saat memarkir kenderaan di perkarangan sebuah restoran pun sempat lagi memejamkan kelopak mata ini. Melepaskan rasa kempunan satay Hj. Samuri, maka kami pun terus memesan menu utama satay 30 cucuk! Bersantaplah kami dengan lahapnya sebelum kembali ke Shah Alam…3.33pg!
Sekian dahulu, wassalam!
"Sesungguhnya, maka beruntunglah mereka yang menghidupkan 'malam' itu!"
Akulah photographer wannabe mlm tu!
ReplyDeleteTapi aku jgk yg shoot gamba ko yg terbaik tuh! haha...
ReplyDelete