Assalamulaikum w.b.t my dear brothers and sisters!
Pertama-tamanya dan selama-lamanya kesyukuran di panjatkan kepada Yang Maha Esa diatas limpah kurnia dan rahmat-Nya kerna t’lah memberikan gumpalan-gumpalan nikmat keatas hamba-hamba-Nya yang patuh mahupun yang ingkar! Ya, Allah yang Maha Luas nikmat-Nya…:’)
Sedari malam tadi lagi bermulalah perlumbaan-perlumbaan teman serumah ke perdesaan masing-masing… bermula dengan kepulangan Zul a.k.a Zuko Solis ke perdesaan beliau di Utara Semenanjung tanah ini…kemudian diikuti pula dengan teman sebilikku Syafiq Rahman a.k.a Pete yang memulakan perjalanan beliau pagi ini…dua teman yang lain, Fahmie juga Ammar mungkin sekali berangkat esok juga meninggalkanku berkelana. Memang geng utara betul lah dieorang ni semua…aku je yang sendirian di Tanah Selangor ini…meneruskan khidmatku di MAS Subang sehingga Khamis hadapan gamaknya...:'(
Sudahlah yang paling lewat pulang ke desa, juga yang paling awal kembali!
Sudahlah yang paling lewat pulang ke desa, juga yang paling awal kembali!
Al-maklumlah, cuti pun sebentar cuma…hanyalah tiga siang dan tiga malam! Ape nak buat…beginilah lumrah orang bekerja agaknya…tapi aku ni praktikal aje pon….ponteng sudah!!!….haha....tak pernah pulak rasanya aku kalau duduk berjauhan (lebih 30km perjalanan) dengan famili ni… “besok nak raya, hari ni baru balik!”…:’(
Monolog: Ponteng… taknak ponteng… ponteng… taknak ponteng… ponteng… taknak ponteng… ponteng… taknak ponteng… (keep considering until 3rd day of Raya…hehe:P)
Insya'Allah...petang ni pulak mahu berbuka puasa bersama teman-teman se'praktikal' di Restoran Upin Ipin, Seksyen 13, Shah Alam! Wassalam:’)
btol ka zul dok kat utara semenanjung?
ReplyDeleteaku tggu entry bebuka kat kedai upin ipin lak.
aih, bukankah begitu???
ReplyDeletebukan aku da post entry upin ipin tu ke???