Assalamu'alaikum w.b.t buat teman-teman yang membaca!
Hari ini hari jumaat. Seperti yang dijanjikan sejak kelmarin lagi, ruang pantry dipenuhi dengan pelbagai juadah Hari Raya. Tepat jam 12 tengah hari, aku dijemput sekali menyertai acara tersebut. Mengetuai bacaan doa bukanlah menjadi kesukaanku, tapi inilah kebiasaanku. Mahu tidak mahu, sukalah aku akan kebiasaan itu memandangkan dua sahaja teruna yang ada. Walaupun yang seorang lagi bukan teruna lagi... haha... Apa boleh buat, hendak melahap punya pasal! Ringankan sahaja apa yang menjadi keberatan itu. Mujur aku segerakan sahaja bacaanku, kalau dipanjangkan lagi nescaya sedu sedanlah lantunan emosiku...:P Masakan tidak kalau semua yang ada di situ bukan sejantina denganku... Sang Bukan Teruna yang seorang itu tentu sahaja mahu melambat-lambatkan penyertaannya...
Usai menelangkupkan dua tapak tangan ke wajah, beberapa bidikan kamera aku lanjutkan. Buat santapan memori di hari kelak hendaknya. Menjamah sesuatu yang aku fikirkan mahal dan eksklusif seperti satay menjadi idaman setiap insan di negara ini... mungkin... jika tidak, tidak akan ia jadi rebutan dan kerumunan orang-orang! Padahal, juadah yang lain juga tidak kurang hebat persediaannya. Mengejar waktu ke masjid juga jadi penghalang utama untuk aku berlebih-lebihan tengah hari ini. Sekadar mengisi ruang yang berpatutan ke dalam perut... alhamdulillah!
Sekian, Wassalam!
No comments:
Post a Comment