Assalamu’alaikum w.b.t wahai sahabat sehandai!
Sebelum luput dari ingatan hamba yang pelupa ini, moleknya aku berkisah saat ini jua. Terlebih mungkin terkurang dari 96 jam yang lalu (4 Syawal), The Dudes (gelaran buat aku juga tiga teman sejati Kalumpang yang lain) telah berjaya melaksanakan acara sunat tahunan, baraan! (istilah yang digunakan oleh masyarakat jawa tatkala saling kunjung mengunjung di hari lebaran). Walaupun istilah ini kurang tepat digunakan disini, tapi inilah tagline The Dudes setiap tibanya Syawal. Sepertimana biasa, Erul, temanku yang punya keberatan hampir 120kg itu tanpa dilantik akan secara automatic menjadi ketua projek setiap kali kami berjumpa dan bersama. Yang lain hanya menjadi penasihat juga pengikut yang setia. Maklum sahajalah, yang mengemudi jentera putih kecil itu juga dia. Masakan kami punya authority menentukan segala. Walaubagaimanapun, bukanlah bererti Erul seorang yang autocratic dalam menjana minda kelas pertama. Segala keputusan mesti juga punya pembentung yang kuat disandar pendapat The Dudes yang lain. Dengan itu juga asbab jalinan kebersamaan kami masih utuh hingga ke detik ini…Alhamdulillah!
Memandangkan penempatanku sahaja yang terpaling berkilometer di Selatan daerah ini, aku dikerah ketua projek supaya hadir lebih awal sekitar jam 7.30pagi di perkarangannya di Kalumpang. Wamakaru wamakarallah, wallahu khairul maakiriin! Seperti yang termaktub dalam al-Kitab, kita merancang Tuhan pun merancang, dan sesungguhnya perancangan Tuhan itu jauh lebih baik. Pagi itu titisan rahmat turun dengan agak dasyat juga sehingga dapat menangguhkan keberangkatanku. Apakan daya, terpaksa jualah aku menanti sehingga saat ia tidak sedasyat tadi. Turapan yang licin berkabus dan jentera berat yang bersiput-siput itu memanjangkan lagi waktu perjalananku pagi itu. Wah, betapa kesabaran begitu teruji. Ingatan pada yang tersayang jua yang terbenak ketika itu.
Jarum yang panjang hampir sahaja mengejar yang pendek. Sekitar jam 9.30pagi aku tiba di Tanah Kalumpang. Menjemput teman-teman yang lain demi meneruskan ekspidisi lebaran ini. Sempurna sahaja pertemuan empat sahabat ini, jentera sejenak melaju ke Gedangsa, sebuah lokasi ala felda yang agak terperosok ke perut desa. Tetapi tidak mengapa, kerna telah dijanjikan santapan pagi disana. Mahunya The Dudes menolak pelawaan berpakej istimewa ini? Lagi pula yang tinggal disana itu Yanie (teman sekolah Erul juga GG semasa ditingakatan 6), dara sunti aficionado ku. Hanya… Sudah dua kali aku kesini, ternyata setahun yang lepas membawa perubahan wajah pada teratak kayu ini. Dahulu, perlu memanjat, kini tidak lagi…:)
"Salam diberi, Kaki melangkah, Kuih dicicipi, Lemaknya nasi diratah!"
Usai berkenyang-kenyang, apa lagi kalau bukan merakam memori dan beransur-ansur menapak keluar. Pelayaran beroda The Dudes diteruskan lagi ke sebuah desa yang terbina jauh ke Slim River, Kg. Balun. Catchy sekali bukan??? Rumah yang kami kunjungi ini hanyalah kenalanku, Hafizol yang ketika itu bertugas sebagai pembantu peperiksaan di UPSI sekitar tahun 2005. Sudah agak lama tidak bersinggah kesini. Hinggakan penghuninya sudah berpindah ke teratak yang baru pun tidaklah sampai ke pengetahuanku. Nasiblah masih dilaluan yang sama. Makanya tidak sukar untuk menemuinya. Sekadar bersembang kecil, berkuih senda gurau dan meneguk manisnya rindu, lawatan ini sebentar cuma. Sekadar mengecap updates yang mana perlu sahaja. Hafizol yang kini melanjutkan pengajiannya di UPSI dalam bidang ilmu jiwa mungkin sekali pakar dalam kaedah-kaedah mempengaruhi jiwa-jiwa wanita idamannya...
Ingin sekali beraya di kediaman opah teman sekelas menengahku di Tg. Malim, tapi apakan daya, tiada pula ia disana. Kalau mahu diikutkan terdapat dua hingga tiga buah rumah teman-temanku dahulu di sini, tapi kami tidak mampu membeli waktu lagi disini. Baraan diteruskan ke lokasi berikutnya, perumahan The Dudes di Kalumpang, dimulakan dengan Aizat, diikuti Erul dan seterusnya GG. Tidak ketinggalan, kami turut bersinggah ke rumah Naim, anak Imam Jaaruddin di perdesaan Pasir Puteh ini. Di desa inilah jua terletaknya sebatang sungai yang mengalir dingin yang pernah menjadi tempat ‘lepak’ kami berlima. Acapkali di gelar Sg. Inki mahupun Rehlah. Entah apalah jua perkembangan di sungai itu, memandangkan terdapat sebuah resort yang dibangunan telah agak lama disitu. Sungguh bapaknya masih lagi mengimami jemaah di Masjid al-Taqwa, mungkin hanya berbaki beberapa tahun lagi bertugas disitu, maklum anaknya. Naim juga lebih dikenali kami sebagai perutusan desa, memandangkan tidak sedikit yang dia tahu fasal perkembangan teman-teman yang lain. Jika inginkan berita ringkas, bolehlah merujuk beliau. Sekurang-kurangnya diri ini tidak terasa begitu asing bila ditebak persoalan kelak.
Sebaik melangkah keluar dari rumahnya Naim, azan Zohor pun melaung... tanpa berlengah lagi, The Dudes terus masuk ke perkarangan masjid al-Taqwa ingin menunaikan fardhu yang menanti. Sejurus memijak permaidani masjid ini, sekilas memori terbayang ketika aku bermastautin disini dahulu. Sungguh, desa ini menggamit sejuta memori, berbillion kenangan yang tak bisa aku padamkan! Saf merapat, Takbir diangkat...:')
Sementelah, persinggahan demi persinggahan yang dirangka dengan keberadaan nasib, memanjangkan lagi baraan ini. Rumah dalam taman a.k.a rumah dalam hutan juga kami kunjungi. Itulah dia rumah Ashiqen Abd Halim di Gumut Tambahan. Gadis yang pernah menjadi tambatan hati Erul suatu ketika dahulu...saat dibangku permonyetan sekolah rendah gamaknya... hahaha... (jangan marah ye Masafiza, gurauan belaka). Nasiblah kau ingin bertunang Iqen oi! Tahniah The Dudes ucapkan... Kalau tidak bergambar di rumah ini, tidak sah juga lawatan ini. Rumah Abd Halim ini punya landscaping dan gubahan dalaman yang bisa dikatakan chauntique juga. Kembara kemudian singgah pula ke sebuah pekan Kuala Kubu Bharu dimana terletaknya sekolah menengahku dahulu. Kini ia punya tembok besar yang memisahkan dunia study dan dunia bebas exam. Tidak aku ketahui apakah gerangan di sebalik tembok besar itu. Apakah masih punya guru-guru yang sama? Suasana yang sama? Padang yang sama? Astaka yang sama? Dan adakah tempoh lapan tahun yang lalu masih lagi mengekalkan yang sama dalam ingatanku ini? Semua itu kerap berlegar dalam benakku walaupun aku pasti tidak sedikit perubahan yang dialami sekolah itu. Suatu masa nanti, insya’Allah akan ku jejak sekolah itu lagi! Memasuki pekan ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah mengimbas kembali apa yang aku lalui dahulu. Malangnya tidak sebuah rumah pun yang dapat kami lawati disini.
Beralih ke pekan Rasa, singgah pula ke rumah teman sediploma aku ketika di Kampus Alor Gajah, Melaka dahulu, Irwan Saputra Ramzi. Tidak berlama di situ, baraan dipanjangkan terus ke Kg. Sg, Kamin, Ulu Yam di perdesaan kenalan juga sahabat Erul dan GG, Man Kebab! Kenalan yang baharu sahaja kehilangan bapa tercinta beberapa bulan yang lalu. Mujur selepas beberapa minggu berlangsungnya perkahwinan beliau dengan isteri. Banyak hal juga yang disembangkan di teratak Man Kebab ini sehingga tidak menyedari hari sudah hampir larut petang. Masa terus dikejar sehingga ke perdesaanku di Serendah, Kuih dijamah sikit-sikit, air diteguk seadanya, wajah disucikan dari melekit, Asar dijemaahkan bersama!
Beralih ke pekan Rasa, singgah pula ke rumah teman sediploma aku ketika di Kampus Alor Gajah, Melaka dahulu, Irwan Saputra Ramzi. Tidak berlama di situ, baraan dipanjangkan terus ke Kg. Sg, Kamin, Ulu Yam di perdesaan kenalan juga sahabat Erul dan GG, Man Kebab! Kenalan yang baharu sahaja kehilangan bapa tercinta beberapa bulan yang lalu. Mujur selepas beberapa minggu berlangsungnya perkahwinan beliau dengan isteri. Banyak hal juga yang disembangkan di teratak Man Kebab ini sehingga tidak menyedari hari sudah hampir larut petang. Masa terus dikejar sehingga ke perdesaanku di Serendah, Kuih dijamah sikit-sikit, air diteguk seadanya, wajah disucikan dari melekit, Asar dijemaahkan bersama!
Terdapat sebuah lagi rumah yang harus dikunjungi di Puchong! Rumahnya bakal isteri temanku Erul (insya’Allah aku doakan korang berdua), Masafiza. Sebaik tiba disana azan sudah berkumandang menandakan telah masuk waktu Maghrib. Singgah sebentar di masjid yang berdekatan, berjemaah bersama.
Di flatnya Masafiza, selain daripada kuih muih yang berbalang-balang, The Dudes juga dihidangkan dengan juadah istimewa mee goreng, nugget serta ayam goreng spicy keluaran Ayamas. Semuanya jadi santapan kami buat malam itu. Alhamdulillah, wareq! (kenyang in Javanese) Tak perlulah kami menyinggah kemana-mana lagi mencari suapan-suapan lain. Terima kasih Masafiza dan famili yang menyambut kedatangan kami dengan penuh meriah! Hehe... tak tau kenapa special sedemikian...:)
Long story shorts... pengembaraan dari Selatan Tanah Perak menyulusuri segenap laluan utama di Daerah Hulu Selangor hinggga ke destinasi yang terakhir, Puchong, membawa hati-hati ceria juga titipan-tipan salam dari teman-teman. Walau tidak banyak, yang sikit itulah yang aku bawakan kisahnya.
Di flatnya Masafiza, selain daripada kuih muih yang berbalang-balang, The Dudes juga dihidangkan dengan juadah istimewa mee goreng, nugget serta ayam goreng spicy keluaran Ayamas. Semuanya jadi santapan kami buat malam itu. Alhamdulillah, wareq! (kenyang in Javanese) Tak perlulah kami menyinggah kemana-mana lagi mencari suapan-suapan lain. Terima kasih Masafiza dan famili yang menyambut kedatangan kami dengan penuh meriah! Hehe... tak tau kenapa special sedemikian...:)
Long story shorts... pengembaraan dari Selatan Tanah Perak menyulusuri segenap laluan utama di Daerah Hulu Selangor hinggga ke destinasi yang terakhir, Puchong, membawa hati-hati ceria juga titipan-tipan salam dari teman-teman. Walau tidak banyak, yang sikit itulah yang aku bawakan kisahnya.
p/s: Punyalah sakan bergambar di teratak-teratak persinggahan juga I-city, Shah Alam, malang sungguh nasib kami, tidak satu pun memori yang terakam di kamera DSLR Sony Alpha 230 Erul itu yang dapat diselamatkan berikutan ‘corrupted files’ hendaknya. Terpaksalah erul format memory card die....:'( Sedih bukan kepalang...
TERBONGKANG...Jam 3pg kaw-kaw punye letih! |
mmg letih weh...tp enjoy !!! :D
ReplyDeleteasal gambar aku kecik??hahaha
ReplyDeletegamba ko kecik sbb bukan watak utama hehe... sekadar penampilan khas je! cameo tu jadilah...:P
ReplyDeletemane gmbar aku? penat erul angkat kerusi tau
ReplyDelete...and that would be a great frustration iqen... kecewa ko x sekecewa aku n erul...hehe... sila rujuk p/s!!!
ReplyDeleteala!!!!!!! sedih!!! byk virus la tuh..iqen engaged nanti datang amek gmbar byk2!!!
ReplyDeleteKesian adik ko shoot aritu tp xde hasil pon :( Don't worry lah, ko bgtau je tarikhnye bile...Insya'Allah The Dudes pasti hadir di hari pertunanganmu... nanti ko bole upah erul haha...:P
ReplyDeletenice story with nice pictures... (^_^)
ReplyDeleteTQ dhia...nice people with nice compliments....mau pulang ke Melaka esok...:)
ReplyDelete