September 18, 2010

KAPOWW: Atoi The Ajaib Boy


Assalamu'alaikum w.b.t kepada semua peminat dan penyokong industri filem tempatan! Sebenarnya sudah agak lama aku ingin menulis tentang filem dan seni layar ini, tapi belum juga menemui kekuatan untuk itu. Sehingga ke hari ini, adalah sedikit daripadanya. Hari ini aku ingin story sikit tentang filem KAPOWW. Walaupun filem ini telah lama ditayangkan di pawagam (17.06.2010) dan DVDnya juga sudah terjual di toko-toko video dan supermarket, aku tergerak untuk mengenengahkan keunikan serta keajaiban filem ini. Wahh, aku harap aku tidak berlebih-lebih...hehe...

Seperti yang kita semua telah maklum, filem KAPOWW adalah sebuah filem bergenre drama superhero aksi komedi. Ia mengisahkan tentang Atoi dan sahabat karibnya, Abu dalam merealisasikan impian Atoi yang ingin menjadi superhero berlesen. Pelbagai usaha gila-gila dilakukan dalam mencari super power! ini semua bertitik tolak dari Audition Superhero Malaysia yang dianjurkan oleh badan superhero KAPOWW itu sendiri. Aku tidak ingin bercerita lanjut tentang kesudahan filem ini. kalau ingin tahu, bolehlah mendapatkan DVDnya di pasaran.

Bagi aku selaku pemerhati filem ini, filem KAPOWW cukup menghiburkan! Azizi Chunk Adnan yang bertindak sebagai pengarah filem ini punya gaya dan pengaruh tersendiri dalam menjayakannya. Walaupun filem pertamanya, Antoo Fighter, aku mesti admit yang filem itu tidak memberi kesan sangat kepada diri aku, filem KAPOWW benar-benar berbeza dari segi nilai dan gaya persembahan. Lawak-lawak dalam filem ini tidak stereotaip dan slapstik, malah ia disampaikan dengan baik oleh kedua watak utama Zizan dan juga Bell Ngasri. Lawak situasi dan loyar buruk lebih nampak meyakinkan. Ini berbeza dengan filem Cicakman yang sekadar promosi besar-besaran tapi inputnya agak kurang. Dari segi visual pula, KAPOWW tidak begitu menghampakan, memandangkan filem ini merupakan filem komedi aksi, bisa saja kecacatan CGI tidak begitu dihiraukan oleh penonton. Walaupun begitu, Azizi Chunk tetap mahukan filem ini tampak meyakinkan di mata penonton. Sesuatu yang membanggakan... Lakonan para pelakon tempelan seperti Usop Kopratasa, Afdlin Shauqi, Awie, Harun Salim Bachik, Khir Rahman, Sofi Jikan dan para pelakon cameo yang lain juga tidak menghampakan. Aku mengatakan 'tempelan' selain dari 'pembantu' kerana tidak banyak watak yang diperankan oleh mereka itu dikembangkan dengan baik. Tapi ini tidak bermakna mempengaruhi sebahagian besar jalan cerita filem ini. Mungkin sutradara Azizi Chunk hanya ingin memfokuskan peribadi Atoi yang dilihat sebagai lupa diri dan nilai heroism yang tinggi!

Aku juga maklum bahawa filem ini adalah antara filem yang gagal teruk ketika ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan. Hasil kutipannya sahaja tidak memberansangkan malah tidak melebihi kos pembikinan (RM1.98 juta), hanya sekitar RM270000. berikutan hal itu, Azizi Chunk telah pun mengeluarkan kenyataan bahawasanya dia sudah berputus asa dan ingin quit dari segala jenis penerbitan filem lagi. Ini merupakan filem terakhir baginya. Apa yang membuatkan filem ini gagal secara total? Walaupun filem ini mendapatkomen serta reaksi baik dari kebanyakan wartawan hiburan (newspapaer reviews), ia tetap tidak mampu menarik penonton ke pawagam. Adakah mungkin sebelum ini ada yang berpendapat bahawa tiada promosi pembikinan yang dilakukanoleh pihak produksi menyebabkan filem ini gagal di pasaran? Mungkin juga disebabkan drama siri (prequel) yang ditayangkan terlebih dahulu di Saluran Astro kelihatan begitu bodoh untuk ditonton? Atau mungkin peminat filem tempatan masih tidak yakin dengan produk terbaru Azizi chunk selepas Antoo Fighter yang kelihatan masih mahu bereksperimen dgn CGI? Atau bersaing hebat dengan filem-filem luar yang dilihat begitu berbaloi untuk ditonton? Semua diatas mungkin menjadi faktor-faktor utama kegagalan filem ini. What a waste...

Jujur aku katakan, filem ini benar-benar menghiburkan dan mampu membuat anda terbahak-bahak melihat aksi lucu juga dialog-dialog layar buruk yang dilontarkan. Visual serta imej ala komik terkadang nampak agak style! Bukan sekadar hiburan kosong tapi terdapat jua mesej dan nilai intrinsik yang begitu jelas sehinggakan mudah dihadam  oleh penonton kanak-kanak sekalipun! Hatta, aku boleh mengatakan bahawa filem ini dari segi nilai lebih baik dari filem komedi Lu Fikirlah sendiri The Movie, Kecoh Betul dan beberapa filem-filem komedi Razak yang lain. Bersama memartabatkan industri filem tanah air! (macam biasa dengar aje ayat ni :P)

p/s: Cakap pun tak guna kalau anda tidak menontonnya! Kepada yang masih berkira-kira untuk menontonnya...Just watch it!!!



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.