September 18, 2010

Piranha

Assalamu’alaikum semua! Aku baru sahaja pulang dari menonton filem yang kini ditayangkan di TGV Bukit Raja, Piranha. Pada mulanya filem ini bukanlah pilihan utamaku kerana aku ingin sekali menonton filem yang masih panas lagi seperti Devil. Tetapi disebabkan terdapat temanku yang lain mahu menonton Piranha, jadi aku turutkan sahaja, Piranha mengingatkan aku kembali kepada sebuah filem yang juga berjudul sama ketika aku masih kecil lagi. Ternyata Piranha versi baru ini bukanlah sebuah filem remake sepenuhnya walaupun mempunyai penyampaian dan idea yang lebih kurang sama seperti filem yang terdahulu. Ini kerana piranha yang digambarkan di dalam filem ini merupakan spesis haiwan kanibal pra-sejarah yang telah pupus sejak dua juta tahun dahulu. Cuma, mungkin akibat dari aktiviti seismic di dasar tasik membebaskan spesis yang telah lama terperangkap di dalamnya.

Piranha adalah sebuah filem linear dan straightforward. Penonton tidak perlu sama sekali berfikir panjang menghuraikan babak demi babak yang saling berkaitan. Hanya duduk, lihat dan santai. Storyline filem ini begitu biasa untuk ditonton. Persis filem-filem binatang liar yang lain seperti Anaconda dan Snake on a Plane, pertembungan sengit antara manusia dan haiwan dalam menguasai ekosistem masing-masing. Seperti yang menjadi tagline filem ini..."Sea, Sex and Blood"... Piranha hanya memperdagangkan gadis-gadis pantai yang bebas menari berbikini dari mula cerita sehinggalah manjadi santapan para piranha. Tagline ini sekali lagi menjadi centre kepada turning point sebuah penceritaan apabila sang hero yang dikaitkan sebagai pemandu lokasi kepada krew filem porno yang ingin memilih shooting site mereka. Mujur aksi maksi diatas bot berkenaan mendapat tapisan LPF 'semaksimum'nya. 

Boleh dikatakan secara keseluruhan filem ini hanya membawakan kejetun-kejutan yang biasa-biasa sahaja. Tapi pujian harus diberikan kepada unit efek solekan yang menghasilkan kosmetik berdarah yang begitu memualkan! Imej CGI untuk watak piranha pula kelihatan terlalu 3D untuk dihadam oleh mata. Mungkin juga produksi filem ini mahu menekankan pasca suntingan bagi format 3D di pawagam. Efek visual ini gagal untuk menipu 'realiti' para penonton yang menonton dalam format layar biasa. Bagi yang sudah biasa dengan efek hebat seperti Transformers mahupun Iron Man, tentu sahaja filem ini tidak dapat memenuhi kepuasan visual mereka. Juga sebuah pengakhiran yang stereotaip dimana letupan besar yang mampu menjahanamkan spesis haiwan berkenaan dari terus mengancam manusia (yang pasti mereka tidak membunuhnya secara keseluruhan):)

p/s: aku tak tahu yang mana satu membunuhku, piranha atau gadis bikini? :'(

 Trailer Filem PIRANHA 2010



2 comments:

Terima Kasih Daun Pandan

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts,
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides,
Seek only to give and you’ll receive,
So, thank and you will be thanked...

*This page is best viewed in Mozilla Firefox!


.
.