Assalamu'alaikum w.b.t my dear brothers and sisters!
Melaka, Bandaraya Bersejarah. Cukup bersejarah juga buat aku yang pernah menghabiskan entah berapa suku hayatku disini ketika berdiploma di UiTM Lendu. Sudah agak lama tidak bertapak di tanah ini, hampir berpasangan 365 mungkin. Tanah yang aku rasakan kering dan bahang ini. Entah apa jenis bayu yang bertiup dari selat itu... Waima bahana yang sekontang manapun tanah ini, aku cukup merindukannya... mahunya tidak, disinilah aku mencorakkan kembali hidup yang pernah tidak tentu aturnya dahulu... Alhamdulillah Tuhan mengizinkan aku bertapak lagi ke sini...
Dengan niat menyambung silaturrahmi, aku juga Irwan Saputra Ramzi a.k.a Raden (Pencinta Wanita wannabe) mengatur perjalanan memenuhi jemputan Rumah Terbuka dua teman sekelas kami dahulu, Minona dan Naz, di Negeri Selepas Lapan! Alang-alang menyeluk saku, biar sampai ke pangkal ketiak! Terlanjur menjauh ke Selatan, aku kira tidak salah kalau langkauan kami diperjauh lagi ke Melaka... Bukan selalu beroleh peluang yang sebegini hebat... walhal tiga teratak cuma! Sepeninggalanku selama hampir dua tahun ini, banyak juga perubahan yang aku rasakan. Dari binaan arca penyambut di pintu Alor Gajah hingga ke binaan Tesco Cheng yang serba baharu, landskap perdesaan ini dirasakan membentuk sedikit kelainan... Bertemu muka dengan kubah hijau Masjid Jamek Alor Gajah mengingatkan aku juga Irwan Saputra ketika bersewa-sewa di perumahan berhampirannya tatkala Ramadhan dahulu... Rindunya...
Iswara bapakku yang tidak berdingin hawa itu kian terasa peritnya... hanya mainan minda mempengaruhi titisan-titisan keringat yang kian berlecak dan bertasik itu! Dari Bandar Alor Gajar ke Bandar Melaka menuntut kesabaran yang cukup tinggi, masakan tidak dengan cuaca yang serba serbi gersang, lampu isyarat yang asyik bertandang, debu dan asap kenderaan yang merimaskan, membuatkan hati-hati kami kian penasaran menatap wajah Ain Mahat, gadis genit ala penjajah Jepun di Malim (bak kata Prof. Saaban)... haha... maaf kata andai berbekas dihatimu wahai Ain Mahat... sesungguhnya hanya gurauan semata! Alhamdulillah, kedatangan kami disambut mesra oleh lambaian serta wajah tembam Ain dari celahan muka pintu... Salam bersahut, ikatan bertaut, sebelum memerut, mee goreng disedut!
Uniknya Tanah Melaka dihiasi dengan nama-nama desa yang catchy Alor Gajah, Lendu, Melekek, Durian Tunggal, Bukit Cina, Masjid Tanah dan tidak terkecuali Kg. Sungai Putat! Dimana tinggalnya jejaka Putat pujaan ramai (aku pernah juga berkira-kira kenalan perempuan yang sembilan ramainya), Mohd Hazmir Suboh a.k.a Tujut (Naib presiden JPM Cawangan KBM)! Pada hakikatnya tidak pernah aku melaungkan nama Tujut ini tapi nama ini tetap dalam ingatanku.Dan aku akan memanggilnya disini. Tujut merupakan sahabat sebilikku ketika diploma dahulu. Setiap petang Rabu menjelang, kalau punya kelapangan, pasti kami akan bersinggah menyantap cendol pulut dan pisang goreng (terkadang air kelapa) di tepi jalan bersama. Kebetulan semester berkenaan, tidaklah kami berdua punya kelas di sore hari. Aduhai, betapa nyamannya... sambil angin kenderaan yang lalu-lalang menyapa-nyapa tubuh kami... segala debu karbon monoksida tidak kami hiraukan, malah cendolnya terasa lebih enak dicicipi!
LANGKAH KANAN. Bukan sekadar menjalin wasilah di AidilFitri, kehadiran ke teratak Tujut yang dirancang saat-saat akhir ini disambut dengan rumah terbuka juga. Alhamdulillah… Cendol buatan bondanya Tujut turut jadi pembasah tekak kami, hanya cuma pulutnya hilang entah kemana… hehe… Ahh… segarnya! Khuatir akan tembolok yang padat (walaupun tembolokku tak sepadat Irwan Saputra), juadah kami santap seadanya… sekadar pelengkap acara memeriah suasana! Terima kasih buat Tujut serta famili pakcik beliau kerana sudi menerima tetamu yang jauh dari hulu ini…

Usai berpisah-pisahan salam, Desa Batu Berendam jadi lokasi berikut kami. Tempat ini juga jadi pernah jadi saksi keberadaanku di Tanah Melaka. Tempat dimana aku pernah melangsaikan cuti semesterku dan tempat dimana aku berteduh sedang aku bekerja sebagai server/roaster di Kenny Rogers Mahkota Parade dan contract operator di LIKOM suatu ketika dahulu. Walaupun sebentar cuma, keluarga ini tidak akan pernah aku luputkan dari ingatan. Mereka bagaikan sudah jadi sebahagian dari keluargaku jua, itulah dia Abdul Qayyum dan famili. Qayyum juga teman sekamarku seperti Tujut. Aku telah kenal benar dengan keluarga beliau, hanya cuma aku tidak kenal benar akan zaujah yang kini jadi sebahagian dari hidupnya… maklumlah sewaktu walimahnya dahulu pun aku tidak punya rezeki untuk hadir….:’) Malangnya kami tidak punya rezeki untuk bertemu muka lagi kali ini berikutan Qayyum yang punya hal di KBM (almaklumlah jadi Presiden JPM buat kesekian kalinya). Hanya bertemu di talian untuk beberapa detik! Kali terakhir berjumpa ketika dia menghadiri Konvokesyen Diplomanya di Shah Alam dan saat itu dia masih lagi bertunangan…:)
Sebaik jam empat kurang lima minit, kami memohon diri untuk beransur. Kami harus segera menjemput si genit Ain Mahat di Melaka Sentral untuk terus ke desanya Minona A’mar di Senawang. Sebaik menyelusuri lebuhraya di Ayer Keroh, hujan lebat turun menimpa-nimpa! Kabus dan gerimis tebal sepanjang perjalanan menhalau fatamorgana yang sedari tadi membahang. Mungkin ini juga hikmah terbesar buat kenderaanku yang tidak punya pendingin ini. Irwan Saputra sempat-sempat juga meraih mimpi di sepanjang perjalanan itu. Hanya aku dan Ain yang masih bernyawa. Namun tidak ada apa yang kami berdua bualkan saat itu, sekadar bertanya-tanya soal laluan ke sana. Dia pun sepertinya hanyut dibuai dingin tengkujuh ini...
Tepat jam enam, kami selamat tiba di perkarangan teratak Minona yang serba baru! A2mi, Penjejak Badai (bukan nama sebenar) dan dua teman mereka yang lain (entah siapa haram tidak ku kenal) sudah tepat berada di bawah khemah bersendawa mungkin. Journey to The South yang memakan jarak berjuta sentimeter menghalalkanku untuk berjama’ ta’khir sahaja. Usai solat, aku kembali bersama teman yang lain menjamah apa yang sedia terhidang. Boleh dikatakan kami sudah berada dipenghujung majlis… sehinggakan acara closing pun sempat disaksikan oleh kami! Ain Mahat kami titipkan sahaja ke Minona. Lantas dipertanggungjawabkan untuk mengirimkan Ain pulang ke Malim (entah aku tak pasti).

Petang sudah menginjak senja. Teratak mewah milik Siti Nazifa di Kg. Jijan, Nilai mungkin sekali jadi destinasi terakhir kami malam ini. Kenderaan dipacu dengan agak tenang membontoti Saga BLM kepunyaan A2mi dari belakang… Susur keluar ke Seremban diambil dengan agak mengejut, mujur aku sempat mengekori. Jalanan yang panjang, gelap lagi sunyi jadi laluan kami ketika itu. Tiada sebatang lampu jalan pun yang menyoroti kelam laluan ini. Pandanganku yang berbalam sering sahaja diganggu oleh sinaran pekat yang menyilau dari arah bertentangan.
Mujur tidak lama, setibanya dikawasan yang agak terang, kenderaan A2mi mula membelok ke kanan. Syukurlah, sampai juga kami ke perdesaan Nazifah ini. Apabila kenderaan mula memarkir di muka perkarangan, nyata sekali bukan kami sahaja yang diundang ke majlis rumah terbuka ini. Terdapat orang-orang muda yang bersudut di setiap ruang teratak Nazifah. Sungguh, tidak satu pun yang aku kenal melainkan orang yang tidak dikenali! Mungkin juga teman-temannya yang lain, serta teman-teman adik dan kakaknya. Kehadiran kami justeru disambut baik bapanya Siti Nazifa, dan yang paling penting disambut oleh perlawanan bolasepak antara Chealsea dan Manchester City - Malah jadi santapan kami yang paling awal!

Usai menunaikan ibadah solat bersama Irwan Saputra, juadah western – spaghetti – jadi santapan pemula (starter meal). Untunglah spaghetti ini enak rasanya. Walaupun berselera buaya, cukuplah sepinggan cuma. Bukan kerana segan, tapi terasa cukup! Bukannya apa… beri peluang pada yang lain juga. Sementelah, ada juga yang ber’barbeque’ di luar teratak. Dapat jugaklah merasa daging bakaran sendiri. Yang Si Irwan Saputra pula sibuk dengan gadis hijau yang baru ia temui. Sibuk mengusha! Walaupun tak se’grand’ dahulu (dulu yang datang beraya teman-teman sekelas sahaja… sememangnya kecoh!), bahagia tetap bertandang. Sekarang ini, nak berkumpul bersama pun dirasakan cukup-cukup sukar, lagi-lagi yang sudah berlaki dan berbini! Dapat peluang bertemu muka begini pun Alhamdulillah! Yang paling utama ikatan persahabatan diantara kami tetap terjalin erat. Kekal seperti dahulu kala… hanya saja, maut yang memisahkan… insya’Allah! Ameen…:’)
p/s: setelah penat menahan mengantuk di tengah lebuhraya... sampai je kat Rasa pagi buta tu, terus menumpang tidur di rumahnya Irwan, esoknya baru balik Serendah, petangnye pulang ke Shah Alam semula...:')